assalamualaikum dan salam sejahtera!!
Pertama sekali ana rasa Syukur Alhamdulillah.
sebab bulan depan (oktober 2013) ana dan suami dah mula duduk rumah sewa.
kalau di ikutkan, target ana tahun ni nak dapat rumah hakmilik.
tapi belum ada rezeki lagi, tapi tak mengapa lah.
dapat duduk rumah sewa pun dah bersyukur, rezeki jugak tu.
mungkin ada hikmah di sebalik nya kan? :)
tahun depan doa-doa la moga dapat rumah hak milik kekal pulak.insyaALLAH.
bila dah dapat duduk rumah sewa nie, rasa seronok sangat!
teruja pulak..yela sebab selama ni ana duduk rumah mertua,
kadang-kadang duduk rumah mak abah ana.
lagipun, rumah yang ana sewa ni dekat sangat dengan rumah mak abah ana.
dan tak jauh pun dengan rumah mertua,
jadi senang la,kalau apa-apa terjadi kpd mereka, boleh pergi tengok kan.huhu.
cerita pasal cat rumah ni, sebenarnya cat asal warna oren muda,
tapi warna dah lusuh pulak, maklum la tuan rumah ni dah lama pindah.
jadi tak dak sapa pun jaga rumah tu. adik dia cuma datang sekali sekala je tengok.
ana dan suami berbesar hati sedekahkan cat untuk mengecat rumah.
baru cantik, lagipun kos tak tinggi, alaaa..guna cat putih aje pon.hehe
tetiba dapat idea nak cat macam wallpaper kat bilik ana tu..
| bilik ana masa nikah haritu |
ada jiran masuk bilik ana masa hari nikah tu, mesti depa p sentuh dinding,
ingat kertas dinding,rupanya cat je..huhu.
kalau nak buat wallpaper macam ni, 1syarat je!
mesti kena RAJIN!!
![]() |
| Cat asal tuan rumah warna oren tapi dah lusuh |
![]() |
| sudah di cat putih |
ok gambar di atas ana dan suami dah cat putih seluruh ruangtamu tu.
pilih warna putih Nampak suci dan bersih je..huhu.
harap-harap Rayyan Amsyar tak conteng dinding, kalau conteng nangis tau!
dah la rumah orang punya..
BARANG-BARANG YANG DI PERLUKAN :-
1. Cat putih (kalau ada lebihan lagi bagus!) atk kisah la brand apa pon.
2. pewarna makanan.
3. masking tape.
4. berus cat, tangga, dan diri-sendiri (ha..benda ni sangat penting!! :P )
![]() |
untuk dapatkan pelbagai warna jalur-jalur tu, gunalah pewarna makanan.
ana guna pewarna makanan jenis cecair je, mudah larut dalam cat.
ana guna warna BIRU dan HIJAU.
tema biru+hijau+terqoise.
ana nak warna macam pastel colour.
untuk dapatkan warna terqoise, mix kn biru+hijau je.
![]() |
| STEP 1 |
ambil satu bekas, letak cat putih dan campur dengan pewarna makanan.
cat tu agak-agak la ye cukup-cukup untuk mengecat jalur-jalur tu.
ana main agak je. kalau lebih banyak membazir pulak kan...
![]() |
| STEP 2 |
lepas tu, ambil masking tape buat jalur-jalur. macam di atas.
kalau nak ukur bagi pun sama saiz jalur pun boleh *kalau rajin*
ana ni pemalas cikit, ana suka hentam je sebab kalau ikut ukuran nanti tak sama besar,
rasa macam tension je.huhuhu..
masking tape tu boleh di guna 2kali ya! jadi tak perlu nak membazir beli masking tape banyak2.
lepas tu, kita dah boleh mengecat, terpulang lah nak letak warna apa dulu.
ikut citarasa masing-masing la kan.
![]() |
| STEP 3 |
tarrraaaaa.....cantik tak????????
ok la kan, ala-ala wallpaper jugak..hehe
warna lembut je sebab ana nak pastel colour :)
PERBEZAAN sebelum dan selepas :)
belum letak tikar getah dan barang-barang lagi.
kalau dah ada tikar getah, TV, karpet, lagi menarik kan?
tak pe nanti ana tunjuk bila semua dah settle.
Ouh..terlupa pula, ana nak bagitau kalau buat cara ni,
satu je kekurangan nya,
bila cat yg di campur tu habis, jadi agak susah kalau nak mix kan balik warna yang kita buat tadi tu. sebab tu la ana suruh agak-agak untuk jalur tu, lebih sedikit xpa, jangan tak cukup cat ya!!
OK.selama DIY ya!!
nanti ana share lgi apa yang best tentang DIY, yang penting JIMAT.hahahaha































