Assalaamualaikum dan salam sejahtera!
Harini ana sharing tentang konsep asas penyusuan susu ibu.
seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah di fahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara memperbanyakkan susu ibu.
vitamin di ambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.
KONSEP ASAS PENYUSUAN
Kekerapan Menyusukan bayi
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 3- 4 jam.
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
Kerapkan sesi mengepam
Pam payudara setiap kali slps menyusu. Untuk ideal pam lah setiap 3 jam (8x sehari). Jika payudara berasa agak lembut slps bayi menyusu maka kita boleh mengepam di antara waktu menyusu (mungkin boleh jarak kan masa mengepam sejam selepas menyusukan bayi). Pam lah dengan kerap untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Mengepam di waktu malam dengan kerap dapat merangsangkan penghasilan susu yang banyak kerana hormone prolactin dirembeskan dengan banyak pada waktu malam
Pemakanan yang teratur dan seimbang
Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan (nutrient yang lengkap dan berkahsiat. Banyakkan minum air (digalakkan air suam) sepanjang hari sekurang-kurangnya 2L sehari. Pengambilan supplement penting sekiranya ibu tidak dapat mengamalkan gizi pemakanan yang seimbang.
Keyakinan dan semangat yang berterusan
Ini penting kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
Gembira serta berfikiran positif
Jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin B atau lengkap dengan semua vitamin B , insyaAllah si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif. Ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah, cepat marah, mudah mengamuk, sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX di dalam tubuh mereka. B complex tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri.





