Tuesday, 24 September 2013

DIY :Ala-ala wallpaper cara jimat :D



assalamualaikum dan salam sejahtera!!

Pertama sekali ana rasa Syukur Alhamdulillah.
sebab bulan depan (oktober 2013) ana dan suami dah mula duduk rumah sewa.
kalau di ikutkan, target ana tahun ni nak dapat rumah hakmilik.
tapi belum ada rezeki lagi, tapi tak mengapa lah.
dapat duduk rumah sewa pun dah bersyukur, rezeki jugak tu.
mungkin ada hikmah di sebalik nya kan? :)
tahun depan doa-doa la moga dapat rumah hak milik kekal pulak.insyaALLAH.

bila dah dapat duduk rumah sewa nie, rasa seronok sangat!
teruja pulak..yela sebab selama ni ana duduk rumah mertua,
kadang-kadang duduk rumah mak abah ana.
lagipun, rumah yang ana sewa ni dekat sangat dengan rumah mak abah ana.
dan tak jauh pun dengan rumah mertua,
jadi senang la,kalau apa-apa terjadi kpd mereka, boleh pergi tengok kan.huhu.

cerita pasal cat rumah ni, sebenarnya cat asal warna oren muda,
tapi warna dah lusuh pulak, maklum la tuan rumah ni dah lama pindah.
jadi tak dak sapa pun jaga rumah tu. adik dia cuma datang sekali sekala je tengok.
ana dan suami berbesar hati sedekahkan cat untuk mengecat rumah.
baru cantik, lagipun kos tak tinggi, alaaa..guna cat putih aje pon.hehe
tetiba dapat idea nak cat macam wallpaper kat bilik ana tu..


bilik ana masa nikah haritu
ni bilik ana. cantik tak ala-ala wallpaper mahal tuh?ehehehe
ada jiran masuk bilik ana masa hari nikah tu, mesti depa p sentuh dinding,
ingat kertas dinding,rupanya cat je..huhu.
kalau nak buat wallpaper macam ni, 1syarat je!
mesti kena RAJIN!!


Cat asal tuan rumah warna oren tapi dah lusuh



sudah di cat putih

ok gambar di atas ana dan suami dah cat putih seluruh ruangtamu tu.
pilih warna putih Nampak suci dan bersih je..huhu.
harap-harap Rayyan Amsyar tak conteng dinding, kalau conteng nangis tau!
dah la rumah orang punya..


BARANG-BARANG YANG DI PERLUKAN :-
1. Cat putih (kalau ada lebihan lagi bagus!) atk kisah la brand apa pon.
2. pewarna makanan.
3. masking tape.
4. berus cat, tangga, dan diri-sendiri (ha..benda ni sangat penting!! :P )

ana nak ajar cara jimat.haha
untuk dapatkan pelbagai warna jalur-jalur tu, gunalah pewarna makanan.
ana guna pewarna makanan jenis cecair je, mudah larut dalam cat.
ana guna warna BIRU dan HIJAU.
tema biru+hijau+terqoise.
ana nak warna macam pastel colour.
untuk dapatkan warna terqoise, mix kn biru+hijau je.


STEP 1


ambil satu bekas, letak cat putih dan campur dengan pewarna makanan.
cat tu agak-agak la ye cukup-cukup untuk mengecat jalur-jalur tu.
ana main agak je. kalau lebih banyak membazir pulak kan...



STEP 2

lepas tu, ambil masking tape buat jalur-jalur. macam di atas.
kalau nak ukur bagi pun sama saiz jalur pun boleh *kalau rajin*
ana ni pemalas cikit, ana suka hentam je sebab kalau ikut ukuran nanti tak sama besar,
rasa macam tension je.huhuhu..
masking tape tu boleh di guna 2kali ya! jadi tak perlu nak membazir beli masking tape banyak2.
lepas tu, kita dah boleh mengecat, terpulang lah nak letak warna apa dulu.
ikut citarasa masing-masing la kan.



STEP 3
bila dah settle mengecat macam di atas, boleh la buang semua masking tape tu.
tarrraaaaa.....cantik tak????????
ok la kan, ala-ala wallpaper jugak..hehe
warna lembut je sebab ana nak pastel colour :)





PERBEZAAN sebelum dan selepas :)



belum letak tikar getah dan barang-barang lagi.
kalau dah ada tikar getah, TV, karpet, lagi menarik kan?
tak pe nanti ana tunjuk bila semua dah settle.

Ouh..terlupa pula, ana nak bagitau kalau buat cara ni,
satu je kekurangan nya,
bila cat yg di campur tu habis, jadi agak susah kalau nak mix kan balik warna yang kita buat tadi tu. sebab tu la ana suruh agak-agak untuk jalur tu, lebih sedikit xpa, jangan tak cukup cat ya!!


OK.selama DIY ya!!
nanti ana share lgi apa yang best tentang DIY, yang penting JIMAT.hahahaha




Sunday, 22 September 2013

Jadi ibubapa yang terbaik : CARA DIDIKAN ANAK ITU PENTING !


tetiba rasa nak tulis something yang mungkin boleh jadi pengajaran buat kita semua :)
ini antara dialog yang selalu ana dengar dari mulut mak ana sendiri :-

situasi 1:- Masa kecil-kecil dulu,bila adik ana terjatuh,lalu dia menangis.
mak ana cakap :- Jangan nangis, itu kan dugaan n cabaran dalam hidup sambil peluk adik ana.

kalau mak orang lain mesti dah marah-marah kan, sebab tak dengar cakap lah, 'haa..main lagi, main!!betul tak ?? tapi mak ana langsung tak marah anak dia macam tu, dia bagi kata semangat untuk anak dia.

*  *  *  *  *

situasi 2 :- baru-baru ni adik ana dan kawan dia exciden naik motor, tak lah teruk mana hanya luka ringan sahaja, tapi dia terlanggar kereta orang,salah adik ana bukan kawan dia,sebab adik ana yang bawak moto tu, pecah lampu belakang kereta dan perlu bayar ganti rugi banyak jugak sampai RM400.

mak ana cakap :- alhamdulillah,anak mak tak jadi apa, risau jugak kalau patah tangan ka masuk hospital ka.
makcik (mak kwn adik) : tulaa..orang tak bagi naik moto, gatai naik jugak! (marah kat anak dia) tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi kat orang!! nak kena dengan ayah hang..bla..bla.....
mak ana :- kak..kalau depa tau kata depa nak exciden, depa pun xmau naik moto aih. benda nak jadi, bukan kita mintak. la ni hal saya, anak saya yang salah, saya bayar ganti rugi tu walau macam mana pun, kak jangan marah anak kak sebab dia tak salah, yang salah anak saya, dia yang bawak moto.
makcik (mak kwn adik) : balik rumah (diam)
makcik (jiran) : ishhh..kalau anak aku ka, dah lama aku marah, silap-silap aku pukul ja.

lihat.......mak ana langsung tak marah anak dia, bukan dia manjakan anak tapi dia sendiri cakap benda nak jadi,dia boleh terima qada n qadar. dia boleh berbincang untuk selesaikan masalah ni. kalau mak orang lain, tak pasal-pasal ja kena pukul,dan tak boleh keluar rumah, ana sendiri tak faham, dah jadi masalah tapi di besarkan lagi masalah tu. 

*  *  *  *  *

situasi 3 : kami suka peluk mak,cium pipi mak, terutamanya adik ana yang last sekali tu, dia suka peluk mak depan kawan dia sampai kawan dia cakap adik "anak mak"hehe.

mak ana cakap : biarlah dia peluk puas-puas, dia nak manja puas-puas. makcik tak kisah,
tetiba kawan adik cuba nak peluk mak dia sendiri tapi mak dia tepis dan cakap 'yang hang duk mai peluk-peluk ni pasaipa?? *marah tak tentu pasal. kesian!

ya Allah..kenapa la kan, kesian tengok kawan-kawan yang dapat mak-mak yang jenis pemarah macam tu, anak ni nak kasih sayang dan bermanja tapi mak tak bagi. bila anak jadi perangai macam-macam nak salahkan siapa pulak ? anak ?

*  *  *  *  *

ana sendiri dapat rasakan KASIH SAYANG itu sangat penting, dan KESABARAN MENDIDIK ANAK itu perlu ada setiap ibubapa. Jangan lah menengking anak tak tentu pasal,kesian kalau kawan-kawan lain tengok. ada cara untuk menegur anak dan waktu yang sesuai untuk nasihatkan dia.

Ana sendiri belajar dari kesilapan orang lain supaya ana tak nak jadi ibu yang macam tu, ana nak jadi ibu macam mak ana, bila dia lembut dengan kami, kami dapat rasa apa itu kasih sayang! tak tergamak nak sakitkan hati dia sebab dia dah sangat baik mendidik kami adik beradik. Mak ana tak pernah mengajar untuk meminta, tapi mak ana mengajar untuk memberi dan berkongsi dari kecil. sebab itu, ana jenis tak suka meminta.

teringat balik Ustaz Kazim Elias kata : kalau kita nak buat jahat, cuba pikir mak.

Jom kita jadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak.insyaALLAH :)



Kesan-Kesan terhadap anak jika kita abaikan mereka!



PERKARA YANG PERLU KITA INGAT :-


3 Perkara yang ditinggalkan selepas meninggal dunia

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."

1.  Anak yang soleh.
Anak yang soleh tidak semestinya seorang ustaz atau Al-hafiz, tetapi jika anak itu dapat menghafalkan Al-Quran adalah yang terbaik bagi ibu bapanya.  Seterusnya seorang anak itu taat kepada perintahNya, meninggalkan semua laranganNya dan melaksanakan segala suruhanNya.Mereka juga akan menghadiahkan ayat-ayat suci al quran kepada ibu bapa mereka  sebagai tanda ingatan dan kasih sayang anak kepada ibu bapa mereka semasa ketiadaan mereka nanti..dan menjaga nama baik keluarga,diri dan agama
selama hidup di muka bumi ini..

2. Ilmu yang ditinggalkan
.
Segala Ilmu yang ada di dada dan kita sampaikannya kepada orang lain,,selama mana ilmu itu saling disampaikan satu sama lain,,selama itulah si pengajar dan si penyampai mendapat saham,,pahala dan manfaatnya dari ALLAH,,


3.  Sedekah Amal Jariah.


Sedekah kepada orang susah dan anak-anak yatim dan golongan2 yang layak mendapatnya.Sekiranya kaum kerabat dan juga keluarga kita sendiri memerlukannya,,wajib kita mendahulukan mereka kerana mereka adalah orang  yang terdekat dengan kita,, Sekiranya mempunyai rezeki yang lebih boleh juga kita menyumbangkannya atau mewakafkannya dengan membina dan membangunkan pusat2 keilmuan,ibadah,dan masjid atau surau untuk kebaikan masyarakat setempat dan sumbangan kita kepada agama Islam untuk kebajikan.


*SHARING IS CARING*

Saturday, 21 September 2013

Puri-Memuri : Stok Ayam


Assalam :)

hi mommies semua! pagi-pagi ni ada mood nak update blog pasal stok ayam.huhu
kalau tak. entah bila nak update..asyik terlupa aje!
tak tahu lah sekarang ni penyakit lupa semakin menjadi-jadi,
kadang-kadang hari pun terlupa, kalau tarikh xpe lagi kan.
orang tua-tua cakap, masa kita bersalin dulu urat putus,
kalau bersalin ank perempuan, urat putus 1 , kalau lelaki 2 urat putus! erkk!!
patot la...ana urat dah putus 2..hahahaa.. *tapi bole percaya ka?

bila anak dah masuk 7bulan, masa ni agak mencabar kan?
Yela sebab si kecil dah pandai rasa, dah pandai memilih makanan.
masa ni lah yang terbaik untuk perkenal makanan baru untuk si kecil iaitu AYAM!
tapi si Rayyan Amsyar, dia kurang makan kalau ana letak ayam dalam bubur dia.
maybe dia tak berapa suka kot..kalau bubur sayur n letak ikan bilis, habis dia makan tau!
tapi ana tetap jugak nak bg ayam dekat dia, tapi mungkin cara lain,
kita boleh mempelbagaikan resepi lagi untuk makanan si kecil.
sepanjang ana perkenalkan makanan ayam ni, alhamdulillah, dia tak alergik :)
try untuk 4hari yang pertama ya! takot alergik ja.

Jom kita lihat step by step nak buat stok ayam.
Rujukan : blogummierna



ana guna isi ayam, ada jugak yang guna tulang ayam.
tapi ni ana nak buat stok isi ayam.hehe,bukan stok sup ayam.
kalau nk buat stok sup ayam sekali, boleh letak air banyak sikit k.

basuh ayam sampai bersih dulu tau! selalunya orang basuh guna air tepung gandum
untuk elak bau hanyir ayam :)
ayam tu agak2 jela, xpayah la sampai 1 ekor nak buat stok ayam.
kesian orang lain tak boleh makan ayam plak..hahaha,




masukkan air ke dalam periuk, pastikan air melebihi paras ayam.
kemudian masukkan kesemua bahan yang lain, masak hingga mendidih.
jangka masa 30minit macam tu.




Tapiskan ayam dan air rebusan ayam tadi jangan buang. Pilih isi ayam dan sedikit daun saderi, masukkan kesemua air rebusan tadi dan blend bersama. Jangan masukkan rempah empat sekawan. Bawang holland, halia dan bawang putih pun asingkan. Kisar isi ayam bersama sedikit sahaja daun saderi.

lepas itu, seperti biasa lah letak dalam bekas kiub yang ana selalu guna untuk buat puri tuh.
masukkan dalam frezer, pastikan tertutup ya! untuk mengelakkan sebarang pencemaran makanan.
ana suka guna bekas kiub macam ni sebab nanti bila dah beku, ana asingkan pula letak dalam bekas yang tertutup seperti di bawah, dan di label tarikh.
setiap kali masak bubur untuk Rayyan Amsyar, ana akan letak 1 or 2 kiub stok ayam. sedap!!




INI SANGAT PENTING !! 



Gigih tau ana buat stok puri untuk Rayyan Amsyar!
macam-macam ada, sampai penuh freezer rumah maktok dia.hahaha
sampai sekarang, pemakanan Rayyan Amsyar masih terjaga! masih lagi makan makanan homemade!
alhamdulillah, tak pernah lagi bagi dia makan nestum cerelac tu :)
tapi kenapa bila orang tanya 'anak dah start makan ka?bg makan nestum ka?'
Ana 'tak bg nestum, tp makan bubur, buah-buah, sayur-sayur :)'

ana sendiri tak paham, bila sebut anak dah boleh makan, mesti kena NESTUM!!!
berkhasiat ke NESTUM tu ????
Owh..terlupa, Rayyan Amsyar dah start makan OAT :)
Lepas ni dia ada jadual tersendiri, nanti ana share ya!
Breakfast, Lunch n dinner..amboiii..kemain kan?hehehe
perut makin membesar!!


SHARING IS CARING
FOR MOMMIES :)









Sunday, 15 September 2013

KOLEKSI LAWAK SAMY VELU


1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"




2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"



3. Samy said in one of his "ceramah":
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"



4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"



6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"
7. During blood donation's program at Sungai Siput:"Marilah kita semua menderma dare"


8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been "saudara-saudari")


9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"




10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


 
haa.. kalau korang baca mesti korang nk tergelak kan? sekian lawak samy velu dari ana untuk hari minggu nie..hehe
This entry was posted in

Thursday, 12 September 2013

About ME ??



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan..
Terima kasih sebab sudi baca blog ana..
selamat berkenalan kepada kawan-kawan yang belum kenai Puan empunya blog yang tak seberapa ni :)
Panggil saja Ana, nama penuh dalam IC : Nurul Fahana binti Saifol Baharen,
Berasal dari Sungai petani Kedah. seorang Isteri kepada En.suami Shafize, dan seorang ibu kepada Muhammad Rayyan Amsyar.
Seorang isteri yang bekerja, dan suka je nak buat kerja partime,hehe..syok2 ja!
seorang yang peramah, cepat mesra dengan orang, happy go lucky! suka dengan DIY..
suka mencuba sesuatu yang baru dan mencabar diri sendiri!hehe

ha..nak tempek gambar sekeping..
kalau terjumpa kat mana-mana, please say hi hi ok!!
xpun lebih sopan..Assalamualaikum Ana!!! hehehe

pic terbaru :)

Dulu asalnya blog ni konon-konon nak catat pengalaman bride to be :)
sebab ana ada banyak sangat idea, dan suka pada DIY,
tapi di sebabkan kemalasan yang terlampau dan terlalu sibuk dengan persiapan..
sampai terlupa dah nk update blog.hehe *maaf ye :)
Tak pa, sampai masanya nanti ana share la apa yang best dan ampa suma boleh buat!
Yang penting boleh jimat KOS! :P

Emm..sekarang ni ada dah masa nak update blog.
kat dalam blog ni carca merba sikit lah!
selain berbisnes partime SHAKLEE, ana juga bercerita dan kongsi hal2 lain jugak.
kalau ada ilmu yang berguna untuk orang, tak salah kan kita SHARE ??
dan ana jugak ada share RESEPI yang simple2 dan mudah orang nak buat..huhu
Owh..terlupa pulak pasal HENNA. ana ambil tempahan untuk lukis inai pengantin!
Sapa-sapa nak lukis inai boleh la contact ana, khas untuk area Sungai Petani ja nah!
kalau nak booking tarikh lukis inai, sila booking awai-awai ya!
sebab ana keja, melukis inai ni bukanlah fulltime..hanya partime saja :)

Ok, berbalik cerita pasal shaklee..
ana suka dan jatuh cinta dengan shaklee!
SHAKLEE super duper BESSSTTT tau!!
kenapa orang lain tak jatuh cinta lagik ??
mungkin sebab belum kenal kan? tak ape..kalau tak kenal shaklee.
baca je blog ana ni, insyaaAllah bila dah kenal shaklee pastu mesti anda akan rasa nak 'cuba' shaklee..
bila dah 'cuba', mesti anda akan rasai kehebatan vitamin ni, itulah orang cakap "tak kenal maka tak cinta"
ramai orang fikir SHAKLEE ni macam ubat! itu salah..SHAKLEE ianya sejenis vitamin 100% semulajadi.
Di jamin halal dan selamat untuk di amalkan.
yela..badan kita ni mana cukup vitamin kalau nak makan semua benda dalam 1 masa..
di sebabkan pemakanan kita yang kurang seimbang juga mempengaruhi kurangnya vitamin dalam badan.
tapi tak di nafikan, ramai yang cakap HARGA SHAKLEE mahal ??
bagi ana,tidak lah semahal mana jika di bandingkan dengan kehebatannya tak ternilai dengan wang tau!
sangat berbaloi kalau beli. kalau anda nakkan harga AHLI boleh je hubungi ana ya!
kalau anda ada masalah kekangan wang, kekurangan bajet, insyaaAllah anda akan cuba untuk anda dapatkan vitamin yang hebat ini.

anda boleh klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang SHAKLEE :-

1 . Kenapa kita perlukan vitamin ?
2.  Jom kenali SHAKLEE :)
3.  set-set SHAKLEE tawarkan
4.  Harga Vitamin Shaklee

dan banyak lagi tentang shaklee. anda boleh je terokai blog ana ni..huhu.
macam Astro! macam-macam ada...

ok la setakat ni je nak cerita tentang about me!
dah habis topik..HAHA..k bye.
Assalamualaikum ya!




* semoga anak ibu menjadi anak yang soleh,bijak cerdik, bertanggungjawab, dan seorang
yang berguna pada msyarakat, bangsa dan Negara!* ammboihh..panjang benor harapan ibunye..haha
 
MUHAMMAD RAYYAN AMSYAR BIN SHAFIZE
 


RESEPI BABY : makanan baby yang berasaskan KURMA !


 
assalam mommies semua!
harini search kat google resepi baby ker?huhu
bila anak dah mula makan, kita mesti penin kan nak bagi makan ape harini..
mesti la kita nak bagi anak2 makan yang sedap2 dan juga berkhasiat
yang penting homemade!! ..betol tak ??
 
ha..harini ana nak share resepi baby..sesuai untuk 6 bulan++ or 7bulan la.
ni salah satu nasi bubur faberet Rayyan Amsyar tau!
kalau masak nasi dengan kurma memang lincin dia makan..
tak sempat ibu dia nak makan jugak..hihihi
 
kurma ni sangat bagus untuk tumbesaran kanak-kanak..
korang boleh tengok banyak sangat khasiat kurma yang kita sendiri tak ambil tahu.
pasni, kalau rasa nak manis2 kita guna kurma tau! :)
 
 
 
 
Antara khasiat kurma yang perlu anda tahu ;-
 
  • Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan B serta niasin.
  • Dari segi saintifik, kurma dapat membantu mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
  • Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga.
  • Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
  • Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah.
  • Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang.
  • dari segi keperibadian khasiat kurma dapat Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran anak-anak.
  •  kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
 
 
 
 
 
 
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur
 
*  *  *  *  *  *  *
 
ok cukup setakat tu..see ??
sebab itu lah ana suka sangat bagi Rayyan Amsyar makan kurma.
tapi mak cakap manis!! bagi ana..tak pe mak, ni manis kurma lebih baik dari manis gula :)
jom kita teruskan dengan resepi berasaskan kurma.
resepi ini mengikut sukatan anak ana, kalau anak anda makan lebih, jadi pandai2 lah lebihkan yang mana patot ye ?
 
 

NASI BUBUR KURMA PISANG LENYEK
 

Bahan-bahan :-
  • 2 sudu beras ( putih/perang),
  • 1 cawan air, 
  • 2 ketul puri kurma,
  • sebiji pisang emas.

Cara-caranya :

* masak bubur seperti biasa, masukkan kesemua bahan kecuali pisang.
*lepas bubur dah masak, potong je pisang macam gambar di atas, nanti masa nak bagi baby makan, just lenyek je dengan sudu..huhu..pastikan pisang tu masak ok!


*  *  *  *  *  *  *  *
 
 
MASHED POTATO KURMA
 


Bahan-bahan :-
  • Ubi kentang USA,
  •  2 ketul puri kurma,
  • 1 ketul puri ayam,
  • 1/2 cawan air,
  • 1 sudu kecil tepung suji (kalau xde xpe, jgn susahkan diri pegi beli.huhu)
Cara-caranya :-

* rebus ubi kentang sampai empuk lepas tu lenyek ( jangan blend pulak!)
* dalam masa yang sama, masak kuah..er...kuah la kot kan? hentam je lah..haha
*cara buat kuah pulak, masukkan puri kurma + puri ayam + 1/2 cawan air.
* untuk pekatkan kuah, ana guna tepung suji je, bancuh ngan air dulu, pastu tuang je. kacau sampai masak dan kuah menjadi pekat. kalau xde tepung suji, x payah bubuh la, cuma kuah dia xpekat je. tak best!huhu
* untuk hidangkan, letak ubi kentang lenyek, pastu tuang kuah atas kentang tersebut! siap!

sedappp ooii hat ni..ibu dia pun tumpang makan sekaki..hahaha..tak percaya? try buat!
tapi kalau anak jenis cepat kembung perot ka apa..jangan la bg makan mashed potato kurma ni ya!
ada orang cakap, ubi kentang ni angin..hehe..entah la, selama ni ana bagi Rayyan Amsyar makan macam2 dah, tak penah lagi kena perot kembong,minyak angin pun tak sapu kat perot dia. sebab kulit dia agak alergik dengan sebarang minyak angin..Mungkin Rayyan Amsyar ni jenis kuat antibody....macam ibu dia tau! Alhamdullillah :)

ok la mommies2..nanti kita share lagi ok!

Tuesday, 10 September 2013

RESEPI KU : PUDING ROTI SOS KASTARD KUKUS MUDAH !


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
tetiba sekarang rajin plak nak share resepi..huhu
sebenarnya ana sendiri pun budak baru belajar lagi..
nak cakap terer masak tu..salah lah yek!
masih mahu mencuba..I'M NOT MASTERCHEF..

bak kata UAI : Isteri tak pandai masak tak ape yang penting dia rajin masak!!
kata orang lain pulak : kalau tak pandai masak, rajin-rajin lah ke dapur, lama-lama anda akan pandai memasak! insyaa Allah :)

ana ni pelik sikit, ana suka try masak benda yang simple je.
simple dan cepat! hehehe..sebab rasa tak sabar nak makan! itu masalah ana :P
dan satu lagi ana suak masakan yang kukus or tak perlu di bakar sebabnya oven kat rumah xde ok!hihi

Harini ana nak share cara buat Puding Roti sos kastard kukus yang sangat mudah! 


menyelerakan tak ? huhuu..yummy!!

* PUDING ROTI KUKUS*

BAHAN- BAHAN :-

  •  5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu butter
  • Kismis ( beli je 1 kotak kecil )

CARA- CARANYA :-
  • Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh..ana guna blender ja.huhu)
  • lepas tu, masukkan susu cair, kacau sekata.
  • Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang bagi comel-comel tau!
  • kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
  • Kukus selama 20-25 minit.

*SOS KASTARD*

BAHAN-BAHAN :-
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu kecik esen vanila.
CARA-CARA :-
  • Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
  • pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul. 



SELAMAT MENCUBA YA KAWAN-KAWAN !!