Wednesday, 24 September 2014

ARABIC HENNA !!


pasti ramai yg keliru antara arabic henna dan indian henna.hehe
Ana memang MINAT sangat2 dengan arabic henna ni tauu!!

ok meh ana bg korang suma cuci mata sikit dengan ARABIC HENNA ni..













haaaah! dah puas tengok ? hehe..mesti rambang mata kan!
perasaan tak dalam semua pic arabic henna ni..
kebanyakan coraknya lebih halus kan ?
lebih kemas...

yang paling ana suka..coraknya tak serabut dan nampak sgt moden!!
ana dah try lukis inai Ala-ala arabic ni..hihi.
tapi ana buat xdelah sepenuh tangan mcm di atas ni..
simple sajooo...

customer dr penang.lukis masa nk raya.huhu

tuan henna pun nak mencuba jugak!hehe


dan lagi.................hahaha..

bagi ana untuk menghasilkan arabic henna ni memerlukan kesabaran yg sgt tinggi..
bukan mudah ye kawan-kawan, kadang2 sampai sakit pinggang ahkak tau duk tunduk!huhu.

ana bole je ikut design yg sebijik sejibon pic arabic henna tu..tp harganya mungkin berbeza dri yang biasa ya!

kalau ada kawan2 tanya nk lukis henna,sila promote ana ya..hahaha.

anda pun nak berhenna jugak ?

sila SMS or Wasap ya!
017-466 3393 (ana)

untuk lihat lebih banyak koleksi anna henna SP..
Instagram : ANNASHAFIZE
klik pakej henna untuk lihat pakej yg di sediakan oleh anna henna sp.

Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah sahaja!
*Cas transport di kenakan sekiranya ana pergi ke rumah anda ya!
*Jika anda ada design sendiri melalui internet ke.. sila send pic kat whatsapp ana  terlebih dahulu untuk menentukan harga henna.

new update :: buat masa sekarang, ana dah tak pergi ke rumah customer ya! di sebabkan kesihatan kadang kala tak menentu..maklum lah tgh pregnant ni haaaaa.. anda boleh je mesej or call ana utk tau lokasi rumah ana. maaf jika terlambat reply :)

TQ atas kerjasama anda.

Tuesday, 23 September 2014

TEMUJANJI DENGAN PAKAR PEMAKANAN


Assalamualaikum! dan salam sejahtera semua..

Harini ana ada temujanji dengan pakar pemakanan.
dahsyat tauuu..anak sulong dulu tak pernah kena jumpa pakar pemakanan.
sebab pa kena jumpa ? hmmm..berat badan susah nak naik..faktor pemakanan jgk la kot..
berat ana tetap maintain sebelum kahwin 43 KG,
berat sekarang tgh prgnant masih 44kg...
teringin gilaaa nak berat badan 48kg lepas bersalin ni,barulah BMI tahap normal!
pakar tu cakap..kalau time prgnant berat ana naik dalam 10-20kg itu adalah normal.

tapi bagus jugak la ana jumpa pakar pemakanan ni..
dapat INFO macam2.hehehe.
siap bawak buku dan pen lagi nak tulis nota.. *rajin sgt!


ini antara nasihat pakar untuk ana untuk naikkan berat badan :-

1. First sekali pasal BREAKFAST.hoho..
kena breakfast sebelum pukul 8pagi, makan yang ringan sahaja.
tidak perlu terus menghentam nasi lemak di awal pagi..tak bagusss! hehe.
*macam ada kena mengena jgk!

2 minum susu 2 gelas sehari (susu Fresh milk atau fullcream, low fat tidak di galakkan) atau
makan cheddar chesee 2 keping bersamaa 2 gelas susu atau
makan 2 keping roti gardenier bersamaan 2 gelas susu. (tapi roti tu kena la buat sandwich ke, letak egg scramble ke..)

3. pukul 10 pagi - jangan makan benda berat,boleh makan benda yang bersup..

 LUNCH TIME - sebelum pukul 2 petang.
- Nasi mesti 3 senduk!
- saiz ikan sejengkal.
- Utamakan daun hijau..penting!
- Lepas makan minum air buah @ jus, jangan minum air berwarna seperti sirap sbb tiada khasiat.

4. sebelum Asar, jangan makan benda berat, boleh  makan kismis, buah-buhan.

5. DINNER - sebelum pukul 8 malam.
- makan makan berat. (nasi, koewtiaw, bihun dll..) sukatan sama 3 senduk.
- sebelum tidur minum susu @ makan biskut ringan.



harap2 lepasni ni berat naik mendadak! ewaaaahh! kemain kannnn..haha.
orang lain sibuk diet..yg ana sibuk naikkan berat badan.
tak pe..berat secara normal, xmoooo obesiti! NO..NO..NO..
harus kurus dan maintain sampai ke hari tua...hehe.




Monday, 15 September 2014

BREASTPUMP :: yang mana satu ?


assalamualaikum suma :)

harini nak cerita pasal BP..
dulu masa bf amsyar ana guna BP medela harmony sealed.
beli online je kat kak SHAKINA FARHAN.hihi.
so far guna memang puas hati....tapi biasalah manual kan. lenguh tgn ahkak ni!
masa tu bajet kurang..so beli jela yang single ni.huhuhu.
BP mmg banyak berjasa jugak time terkena bengkak susu.hehehe
masih tersimpan dengan rapi..syg kat BP ni tau! :)


rezeki dariNya.alhamdulillah.
sejak pregnant si adik ni..ana berniat nak bf selama 2tahun.*insyaaALLAH.
dah ada pengalaman, walaupun x bf amsyar selama 2 tahun..sobs..sobs..
BF ni bukan mudah sebenarnya, nk bf kena ada ilmu.
ana selalu jugak la google sana sini nak dapatkan ilmu tentang BF ni :)
ana respect pd ibu-ibu yg bekerjaya bf anak dorang..
ibu surirumah pun ada yg buat stok EBM walaupun boleh bg fresh aje.huhu.

ana target nak beli BP yang double electric yang mampu milik jer!
kalau verangan nak "medela freestyle" entah ank ke berapa baru dpt.hahaha.

mula2 tu bekenan jenama EVE LOVE..jenama malaysia ni.
Flexi brestpump!


tapi agak kecewa la..sebab dah x keluar model ni.
suka kaler pink tu.comel!hahaha
apa yg bt ana tertarik kat bp ini ialah boleh guna power bank, elektrik dan betri.
ada muzik lgi tau!, tahap level sampai 9 kot.
senang nak pasang dan basuh.
HARGA : RM 499 

walaupun flexi dah tiadaaaa
EVELOVE ada keluaran baru yg ganti flexi ni,
Lily Breastpump. harga sama. tapiii
x menarik...x suka laaa... (cerewet sungguh mak buyong ni ok!)

lepastu kannn kawan ana share pasal 1 breastpump ni..
dia pun mcm ana tengah duk servey BP..

MALISH ILARIA
kemain nama BP ni tau! boleh letak nama anak gituuu.haha
pernah dengar BP ni ?

baru lagi rasanya...menarik juga. *eh..tetiba :P


Double pump. Dual left and right motor.Anti backflow.Quiet and silent motor.2 phase function.9 level stimulation phase.9 speed expression phase.3 Power sources : Power AC Adapter, Battery case and cable power bank.

haaa...plissss tengok harga tu duluu!!! RM 399 je..
MURAH bg ana..under bajet la tu.hihi.
suma ni boleh beli online je PUMP ONTHEGO
online shop ni selalu buat promo. siap dengan freegift lagi!
ana siap tengok testimoni..banyak review yg bagus ttg BP ni..

BP ni sgt larissss tau..mungkin sebab harganya mmg mampu milik kan ?
wahhh..tetiba hati rasa macam nak pre-order sekarang jugak!!
kerenah mak buyong ni macam2 la..layan jela ok.
kalau tak beli sekarang, boleh beli hujung tahun ni.. masih sempat lgi.hihii :)


Tuesday, 2 September 2014

BARUT BAYI WAJIB PAKAI KA ?




ana masih terfikir untuk second baby ni nak bagi pakai barut ke tidok..
errrr...abg amsyar dulu tak pakai barut, alhamdulillah..jarang-jarang kembong perot.
sebenarnya kes abg amsyar tak pakai barut tu sebab barut tak muat! hahaha
ana la yang jahit barut tu untuk dia..duk bajet anak kecik,sebab perot ana kecik.
ana ingatkan amsyar dulu lahir bawah 2.5kg ka,tak sangka keluar 2.8kg..hahhhh..besor jgk tu! tak padan dengan perot..
ana ikut ukuran saiz normal barut yg guna tali tu, tp silap ana jugak ana tak guna tali..
ana guna pelekat tu.sebab tu la saiz jadi kecik kotttt...hehehe.

tapi mak ana ada cakap..budak-budak dulu selalu kembong perot.
"tambah2 hang..hang la paling teruk! petang2 kembong perot..qeyau mau satu rumah dengaq..
pastu kena tuam dengan sireh yang di layur api..."itu cerita mak ana..
mak kata orang dulu macam mana tak kembong perot, sebab duk bagi minum ayaq masak kat baby.
nurse la suruh bg banyak2 sebab nak bg berak senang katanya..
tapi sekarang air masak dah tak boleh bagi untuk baby bawah 6 bulan, sebab tu jarang kena kembong perot.
tambah2 sekarang ni nurse galakkan kita beri susu badan kann..bagus la. banyak khasiat.

betul jugak kan apa yang mak ana cakap ni ?
beza cara sekarang dengan cara yang dulu kan..
yela..zaman sekarang apa-apa sikit kita boleh seacrh kat google je..
pasal itu ini..banyak ilmu yang bermanfaat kita dapat.
apa yang baik kita amalkan,yang buruk elakkan sama sekali tau!

# rasa nak buat barut bg besar sikit lah..buat pi lah kan...tak rugi pon.hehehe.
tak guna nanti boleh bagi kat orang je. nak buat warna apa ekh...

Thursday, 28 August 2014

RESEPI KU :: BAKSO CARA MUDAH!


Bakso...pernah makan ? eh..tak pernah ?
kena la cuba makan..sedap tau!
BAKSO ni berasal dari makanan indonesia.
kat indon femes la Bakso2 ni...
Bakso ni macam ala-ala bihun sup2..
tapi rasa dia x sama macam bihun sup.
rasa macam bihun PAMA ye jugak..hihi.
tapi yang best bakso ni kena ada bebola daging..

kalau kita lihat resepi asal..
Resepi bakso ni kena guna halia, serai untuk kuah..ana x guna suma tu.hihi
tapi yang ana perasan la..kalau bakso indon depa tak guna bihun.
kita nampak mcm bihun tapi sebenarnya guna suhun!
haritu ana pernah beli kat org indon jual..
makan suhun memang tak kenyang la.huhuhu..
pastu bebola daging depa buat sendiri..besor2..puas makan!
*kalau kita rajin pun boleh buat sndiri jugak.hehe
dan resepi yg ana nak share ni amik dari org indon jugak.
cuma ada ubah sikit dari resepi asal...

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


kita buat cara kita BAKSO malaysia.hahaha.

ni resepi BAKSO CARA MUDAH!!

abaikan jela rupa bakso ana yang tak berapa nak lengkap tu.
dah la buh dalam pinggan plastik je..
sangat menyelerakan untuk ibu mengandung ni.hehe



Bahan-bahan :-

  • 1 bungkus bihun yang di celur dan ditoskan.
  • daun sup + daun bawang. (hiasan)
  • Taugeh. (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)


bahan Untuk kuah :-

  • 6 ulas Bawang putih + 3 ulas bawang besar (blender halus)
  • sup bunjut 1 paket.
  • bebola daging (ada jual kt pasaraya)
  • Lada hitam sikit.
  • Garam secukup rasa.

cara-cara :-
panaskan minyak, tumis bahan blender dulu...pastu masukkan air secukupnya (agak2 la nk kuah banyak mana) pastu masukkan sup bunjut,agak2 mendidih masukkan bebola daging, lada hitam sikit, garam secukup rasa..bila kuah dah siap masak buh daun bawang n daun sup bg wangi..SIAP! (kalau ada penambah perasa mcm "cukup rasa" ke bubuh la sekali). setengah orang dia letak sayur carrot dlm kuah bakso ni..nk letak pun boleh..x salah.hehe..

untuk cabai hitam
  • cabai melaka / cili padi ( sama je.hahaha)
  • kicap

cara-cara :-
goreng cabai melaka guna minyak yg sedikit ye,jangan sampai hangit plak.
lepastu boleh la blend kering dengan kicap ya! SIAP !

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  

makan time panas-panas lepastu pedas-pedas plak memang umpppphhhhhh lahh!!
faberet ni tau! mak ana selalu buat sebab senang..hehe
lepasni nak try buat LAKSA pulak tak guna ikan rebus...
semua nak mudah2 je..JANJI SEDAPPPPP!!



Friday, 22 August 2014

Inai Homemade selamat kah???


Assalamualaikum dan salam kasih sayang!
maaf lama blog ini tak update...masih dalam mood yg kurang baik.hihi

" H A T I - H A T I "

ini ja yang ana nak pesan..

haritu ana google resepi inai homemade ni sbb rasa mcm nk try buat..

last2 baru tau bahan dia guna axion + kapur..hehe.. xjadi la nk buat. 
ada member cakap pakai inai ni pedih kuku..bg yg serasi ok la kottt..

keburukan inai homemade :-
1.diperbuat dari kapur yang sememangnya "tajam" untuk diletak atas kuku.
2.kuku jadi nipis akibat kapur hakis kuku tu
3.kuku jadi bengkok dan melengkung ke atas, bayangkan la kalau terlanggar sesuatu permukaan and kuku kita tercuit dari isi maka sakit la ya amat..

# kesian kt jari budak ni....kuku budak kan nipis,bila buh bahan tajam cmni..mmg teruk laa.. lenkali hati-hati nk beli..better pakai "inai serbuk" lagi bagus! boleh rawat kuku lagi..warna lgi cantik!










Wednesday, 20 August 2014

Pengalaman yang BERBEZA!


Syukur alhamdulillah...
awal bulan 8 haritu dah selesai buka buku pink utk adik bby :)
*sory baru nak cerita.haha


tak pasal je tau kena bising ngn nurse sebab bukak buku lambat.hihi
siap tgok buku lama.."eh..dlu 1st preganncy awai kemain bukak..9minggu dah bukak buku..awat hat ni bukak lambat 12minggu lebih?"
owhh...hat ni sebab alah teruk..bulan posa pulak,.sy tak larat nak mai klinik.hahaha..*bg alasan x larat.

settle untuk haritu amik darah, minum ayaq gula....emm..minum ayaq gula sbb ayah ada diabetes!
dlu masa pregnant amsyar pi bgtau kat nurse..ayah ada diabetes..baguihh sungguh pi bgtau siap2.hehe
lepas ni setiap kali pregnant mmg WAJIB minum ayaq gula,huhhhhh!!

Due date nak sama ngn abg amsyar tau! Abg amsyar lahir 11 FEB 2013..
untung kannn nti boleh sammbut birthday sekali..owh..JIMAT kos gituuuu..haha


Cerita tentang alah kali ni :-
1. bagi ana 2nd preganncy ni sangat2 CEREWET! bab makan..ayam ikan ana tak boleh sentuh,yang ana suka kerang, jenis siput2, sotong ka...tapi kalau ayam KFC boleh plak makan.hahaha...pelik sungguh! pastu suka ngidam nak makan benda yang belum pernah makan. masa Amsyar dulu ana ngidam benda yg pernah makan..hat ni terbalik pulakkkkk..

2. ana jadi semakin malas..nk update blog malas, nk update FB malas..semua malas, pastu rasa nak hangin jee..hihi..Amsyar pun ana dah x amik tau sangat..semua ayah dia yang handle. bg mandi, bancuh susu, layan dia main semua ayah.oh..syukur sbb dpt suami yg sgt memahami..

3. muka dah hilang seri...sobs2..bukan apa jerawat naik mcm cendawan baru lepas kena hujan! sampai ada org tegur..campak ka apa ???? naik biji halus2 tuu. adehh..hilang keyakinan diri buat sementara waktu ni....

4. kurang selera makan..makan sikit sangat2..pastu muntah. pagi2 wajib muntah.. bila timbang berat susah nak naik..doktor minta join kelas pemakanan pulakkkkkk..kesian sungguh sampai kena pi kelas pemakanan,amsyar dlu mcm ni jugak tp xdak lah kena join kelas ka apa..nasib2...

5. tak suka keluar berjalan seperti dulu..jalan sekejap ja dah xlarat..padahal perot x boyot lagi.hahaha..asyik2 rasa nk pitam..mungkin sbb kurang makan kot.hmmmm.

6. vitamin shaklee tak boleh nk telan.....adehh..kena hold dulu, lepas alah dah kurang insyaALLAH boleh start balik..

harap2 kejap je alah ni...apa pun ibu kena KUAT!!
"Semoga allah berikan kesihatan yg baik untuk aku dan anakku..amin!"

UPDATE : 15 week dah :)