Showing posts with label DIY ana. Show all posts
Showing posts with label DIY ana. Show all posts

Monday, 15 June 2015

DIY :: CARA MUDAH ELAKKAN TUDUNG ROSAK


Cara mudah untuk elakkan tudung rosak..
khas untuk korang yang suka pakai tudung menggunakan pin.
terutamanya jenis tudung bawal..atau shawl (wide shawl)
instant shawl x payah cakap lah..x perlu guna pin ponn!

hahh..cerita pasal tudung..,bila dah pin kalau tersilap bukak kaa mesti benang 'tertarik' kan ?
pernah jadi tak ? tak pernah ?? biaq betoiii ? 99% korang tipu.hahaha.
ana tak percaya kalau korang bukak pin tak pernah tertarik benang tuh.
tudung ana banyak rosak..emmm.mungkin ana kasar sgt kot ??
ke..kalot ngn anak2 terus cabut pin..hehehe :P

jom belajar cara DIY yang mudah sangat!
untuk elakkan tudung kita rosak :)

BAHAN-BAHAN.
1. Getah
2. Gunting
3. Pin-pin yang korang ada.

tengok pic di bawah..mudah aje la..hihi





Fungsi getah tu untuk elakkan kain tudung kita tersangkut hujung pin tuh..
itu yang menyebabkan kain tersangkut dan rosak..
Ana dah buat...setakat la ni pakai tudung dah tak dak problem tudung rosak.. :)
korang pun kena try jugak tau!!

Thursday, 2 October 2014

BILA SI IBU BERMAIN DENGAN SI ANAK


APA PANDANGAN KORANG BILA TENGOK PIC NIE? hahaha


ni lah jadinya "bila si ibu bermain dengan si anak"
OK..jangan gelak rupa khemah tu..itu khemah kitar semula namanya.. :P
ana sejak dari kecik lagi memang suka main khemah2 tau.
mak ana pun jenis melayan je, siap bagi selimut,kadang2 tolong buatkan khemah lagi.

Now...
ana pulak jadi macam mak ana.hahahahha.
serius rasa macam best je main macam ni...amsyar pun enjoy sangat!!
bukan apa si Amsyar ni dia tak boleh di dedahkan dengan TV,TAB dan seangkatan dengannya.
sebab ?? dia tengok kejap2 je lepastu buat perangai boring..
kadang-kadang mengamuk tak tentu pasal. kita pulak yang hangin!hehe

jadi untuk hilangkan boring, ana cuba buat sesuatu yang dia boleh main.
contoh macam khemah di atas la..serius idea ni datang tetiba jerrr..
guna karpet ekamatik tu...hehehe..
yang lawak tu ana post dalam FB, ada kakak tu cakap..
"akak pun nak beli macamni jugak la ana..best je."
ana heran dia nak beli apa ?? ana cakap kt dia.."akak nk beli karpet ke?"
dia balas " eh..karpet ke ana ? ana ingat betul2 khemah tadi.."hahaha...adehhhh!

kadang2 ana buat gelongsor guna tilam or toto.
yang ni amsyar suka sangat! guling2 atas tilam tu haaaa....
sebenarnya kan duduk kat rumah ni mcam2 bole buat..kena kreatif aje.
ana pun dah ajar suami, kalau nampak amsyar boring buat la apa2 aktiviti yang best2..
jangan ajar dia main tab.. (suami ana suka bg tab..geram sangat!!!)
sekarang ni suami ana pon dah melayan amsyar cara ana...
kadang2 dia amik karpet tu buat terowong..main kejar2 dengan amsyar..
riuh rendah dengar amsyar duk jerit2 smabil berlari..hehe
macam tu la cara kami main dengan anak.
yang penting amsyar aktif dan happy!


Wednesday, 6 August 2014

DIY :: PAPER FAN paling mudah!



pernah tengok paper fan ni tak ?
masih ingat lagi entry kisah bilik pengantin ana dulu ? SINI
Ada yang tanya ana macam mana nak buat paper fan ni..
jadi ana sertakan video sumber dari youtube utk anda!
ni cara paling mudah..semudah ABC..hehe.
lipat macam kita buat kipas, alaa masa kecik2 dulu mesti penah buat punya lah!

to bride be to be..kalau rajin boleh la diy banyak2..
boleh letak kat pelamin ke, kat bilik pengntin ke..atau untuk photobooth ke..
jimat tau buat benda ni..hehehe.. nanti dalam gambar pun nampak cantik je.



yang ana buat ni ana lekat dekat polisterin je..cucuk dengan jarum peniti..
ada yang cucuk dengan lidi sate tu.. yang kat tengah2 tu doily paper kot nama dia..oh lupa sudah!
boleh cari kat mana2 kedai bakery...ada jual.

SELAMAT DIY :)


Friday, 11 July 2014

TIKAR EKAMATIK 2 IN 1



Al kisah tikar ekamatik 2 in 1.hehe

^


^


^


^


^


^


^


^


^


jeng..jeng..jeng..!!!




si Rayyan Amsyar sedang syok bermain ayaq (air).
maklum la haritu musim panas..suka la kalau nak berendam ni kan.

mula2 ana terfikir gak nak beli kolam kecik kat dia.
tapi ana fikir banyak kali nak beli ke takkkkk..errr..bukan masalah kedekut ke apa..
budak besar amsyar ni xleh ajar mandi kolam sangat...kang selsema pulak.
sekali dia berendam jangan harap sat saja..lebih 1jam sampai kecut 1 badan pun xpa!
kalau ana beli kolam, nanti dia nampak kolam tu mengamuk nak mandi kolam hari2 pulak..
jenuhhh la ibu kamu nak tunggu, tak jadi keja ler..huhu

so..ana terfikir ni idea yg baik.hahahahhaa..
lagipun amsyar suka..lepas dia mandi terus jemur tikar tu.
dah x nampak macam kolam kan..hehehe

nak try buat ??

mudah je nak buat..yg penting kena ada bata berapa ketoi n penyepit baju.
hujung bucu2 tikar tu sila kepit dengan pengepit supaya air dapat bertakung.
bata plak susun tepi2 sikit..ana guna dalam 3 bata je pun.. tak guna pun xpa, :)

Thursday, 22 May 2014

DIY :: LAMPU !!


Assalamualaikum..
harini nak share DIY lampu.
tapi bukan ana yg buat la..hihi..
boleh jadi rujukan untuk kita semua jugak ni..
mana lah tau ada bahan yang dpt di kitar semula..ye dak ?

jom layan gambar  :)


comey tak? kreatif gila kan ???
























ok cukup setakat tu..hehehe.
selamat ber DIY ya ! :)

Saturday, 19 April 2014

DIY : bekas letak Handphone


assalamualaikum hai semua !
harini nak kongsi DIY bekas letak HP..

bila dah ada anak ni....barang2 seperti pisau ke, HP ke dan lain2 tak boleh letak atas meja.
nak je dia tarik dan capai sampai dapat! bahaya tauuu!!
HP la satu masalah bg ana sebab ana cas letak atas rak, memang dia boleh capai HP tuh!
nanti dia tarik wayar2 cas tu....hai risau betol..kang terputus wayar, kena beli lain pulak T_T
sebab tula ana teringat pasal DIY yg lalu ada buat bekas ni..
macam OK je kan..jom cuba...xguna modal banyak pun..hehe


sumber google

mula2 nak buat guna botol yang macam gitu..tapi non ado pulak..hihi..
Rayyan Amsyar x guna produk Johnson's..
jadi fikir punya fikir..emm baru teringat sabun pencuci baju tu dah habis..
nasib tak buang lagi tauuuu! kita recycle balik..
jadikan bekas letak HP...



sebenarnnya botol ni xdelah besar sangat..huhu.. sederhana ja..
Ana suka guna pencuci ni...wangii gilaaaaa!! tak payah celup pewangi dah..hehe
jenama tollyjoy je..1 liter RM 14 ++ kot..
ehh..ter'promot tolloyjoy pulakkk..sorryyy !

.................tapi ana xdak tutorial lahh..
ana just gunting ja jadikan bentuk seperti di bawah nieee.....
lepastu kalau ada pembalut kertas, balut la bagi nampak cantik sikit kann..nampak comel..
bila dah siap..boleh la try letak kat tempat cas tu...
wayar gulung2 masuk dalam bekas tu supaya tak nampak berjuntai OK..
sekarang ni Rayyan Amsyar pun dah tak kacau HP ibu n ayah :)



selamat mencuba.....
lebih selamat dan paling penting lebih jimat !!!

Thursday, 6 February 2014

DIY : Jom jadi kreatif !


assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
harini saja nak share something tentang DIY..
tengah carik ideal yg menarik nak deco rumah tapi ternampak benda lain pulak.hihi
so..mcm best je kan? jom la kita try buat..


selipar belon..hehe colourfull OK! cantik plak..

agak-agak nak bg kad kat kawan tu,..boleh la guna ideal ni. rasanya semua benda ada kat rumah.hehe
comel kan ? kambing biri-biri yang cute :)




yang ni plak..kalau ada anak perempuan memang best la dia sbb dpt cabinet dapur camnie!
tapi org sekarang xdanya nak DIY..baik beli yg dah siap.hihi

cantik dan sgt kreatif :)

ha kalau xdak tempat letak payung ke,,letak kertas ke..
boleh cuba idea ni..stail jugak..



ana teringin nak buat baju mcmni..orang panggil apa entah..'dye' ka?
dulu ada rasa jugak nk testing buat..tapi sampai sekarang tak buat2 pun.haha
tp ana perasan lah..srkg trend ni agaknya...ada org jual skirt, selendang corak cmnie! cantik tauu..




kadang-kadang tak terfikir pun nak buat cmnie kan?
baju-baju si ayah yang dah tak pakai tu boleh la di buat pelapik utk anak :)



baju di jadikan kasut...comey jeee....


anak nak ank patung? jom buat sendiri je..guna stokin :)
tapi jgn guna stoking yg dah lasam pulak..kang anak nk cium ank patung pengsan! hahaha



kreatif sgt..perlu buat nie! maklum la bila cas HP je ank kacau..


haaaa..ni mesti ramai yang dah pernah buat kan?
ana sendiri pun kdg2 buat kat rayyan amsyar tu.hehe
mak ana sampai cakap "ada plak ajar ank laki main kemah2.hahaha"


Amacam best tak tengok DIY cmnie? hehe
mesti teringin nak buat kan...jom la kita buat :)

#credit

Wednesday, 4 December 2013

DIY : Bunga kertas yang senang nak buat :)



assalamualaikum hai semua!

harini boring sangat duk kat ofis sorang2.
pandang sana dinding. pandang sini dinding.
pandang depan je tunggu customer datang.huhu
dengan hujan renyai2 ni, macam best plak kalau tido!hehehe
dua2 partner ana cuti..syok la depa p bercuti.
ana? hmm..nanti lahhhh pi bercuti.

emm..disebabkan boring xtau nk buat apa la kan.
tetiba teringat pulak kat kawan ana sorang ni.
dia bakal berkahwin, mungkin tahun depan kot.
semalam dia pm ana tanya pasal bunga kertas ni.
suruh buat tutorial katanya. mudah nak ikut..STEP by STEP.
yela..ana pun dah lupa sebenarnya nk wt tutorial nie.
naseb la atas permintaan dia..dapat jugak buatkan.
ni mesti dia ada tengok pic kahwin ana nieeeee..
sebab ana buat pelamin bunga kertas!
BUNGA ROS tau!


 PELAMIN KAHWIN ANA :)
(rindu plak kt pelamin ni.hihihihi)



Bajet berapa eh nak buat bunga ni ??
jawapan : tak sampai RM10 pun.hahaha.
bajet gila kan?

yelah..ana guna kertas A4 putih beli kat kedai RM 1.90 je.
dalam tu dah ada 40 keping kot.
1 bunga guna 4 keping kertas.
cuba bahagikan 40/4 = 10 kuntum bunga kita dapat.

kalau anda tnya bajet pelamin ana ni..lagi tekejut nanti!
bajet RM50 je boleh buat pelamin!
tak percaya ke? semua tu barang kitar semula je.
tak perlu beli baru..yang penting, kena kreatif dan rajin.
semua org boleh laaaa.........


TUTORIAL BUNGA KERTAS versi ANA :)

bahan-bahan :-
1. Kertas saiz A4.
2. Gam jenis tembak tu.. erkk..gam yg buh letrik tu la.. tak tau? guna je gam UHU..hihihi.
3. Gunting (takmau gunting ikan ehh..nanti bunga tak wangi )
4. Pensel dan pemadam (wajib ye! kena ikut cakap cikgu,jgn bantah!!)
5. Diri Sendiri ( haa..wajib hadir cikgu sdg mengajar nie cepat sediakan! :P )



jelas tak ??? tak jelas ker? cuba klik pic ni nampak besar lagi kot.

OK..first step -->> kita guna 4 keping kertas A4.
kertas NO.1 : lukis lekuk2 dalam bentuk bulatan. nanti senang nak gunting.
NO.2 : kertas A4 di lipat 4. pastu lukis bentuk kelopak kecil. nanti gunting dapat 4 keping kelopak kecil.
NO.3 : (guna 2 kertas ya!) kertas A4 di lipat 2. lukis bentuk kelopak besar, nanti gunting dapat 4 keping kelopak besar.



rupa bila dah di gunting.


NEXT




yang lekuk2 tadi tu rupa dia macam ni lah..
ni untuk bunga tengah2 tuu..alaaaa..xtau la orang panggil apa.
erkkk..hentam jela labu.hahaha.
pastu kita gulung2 dia sampai hujung, pastu gam kan. OK?




Untuk kelopak pulak.
1. guntingkan sikit bawah kelopak tuu..sikit je dlm 1cm..
2. sebab pe gunting ? sebab nak bg jdi bentuk mcm kelopak bunga betul.
3. pastu gam kan tempat yg di gunting tadi.
4. jangan lupa ye..buat apa ehh........errr...gulung kt hujung kelopak atas tu nk bg jadi bentuk melentur.

ok dah siap ke ???

alahai..cikgu dah penat laaa...
ampa tengok la sendiri ye. pic bawah ni.
pic naa laa punya besaq!! hahaha

untuk kelopak bunga kita hanya guna 3 kelopak saja!!
3 kelopak kecil, 3kelopak besar.
Yang selebih tu boleh topup kuntum yg lain plak :)


ohh..terlupa pulak..sila abaikan ana ada guna stapler tuuu!
sepatutnya kena guna gam k, klu guna stapler ni tak kukuh bunga tu nanti.
maklum la..tutorial ni di buat di ofis bukan di rumah. gam tembak tu xde kt ofis.hehe

kalau dah siap bunga ni tunjuk kat CIKGU ANA ye! :P

*  *  *  *  *  *
masa ana kahwin dulu..
ana sendiri tak nak ambil pakej kat butik.
kawan ckp rugi la...nanti teringin pulak! alaaa sekali seumur hidup.
tapi ana rasa membazir. dan pelamin yg ana nak tu mana ada kat butik lagi masa tuuuu..
ana nk bunga2 besar mcm ni..tp masa tu, trend bunga kertas blum femes lagi.
sekarang? dah ramai org buat tau!!

ana tak nyesal sbb tak amek pelamin butik.
ana rasa puas hati sbb ni hasil kreatif ana.
walaupun tak seberapa ana rasa bersyukur sgt!
apa org lain ada..kita pun ada jugak. tp kita tak membazir kan?
skrg ni duduk kat pelamin kejap aje..byk habiskan masa kt outdoor lagi adalah...



Kisah di sebalik takbir pelamin ana.

1. KAIN : bajet ana memang sikit untuk pelamin sebab ana tak guna banyak kain. hanya kain untk background belakang je. kain pun beli yg lelong punya.hahaha..kat nagoya 1meter RM 3. untung kan ???

2. BUNGA2 : DIY sendiri je yg bunga kertas tuu. tapi bunga kat tepi kiri kanan tu mak saudara yg punya la..

3. KERUSI : haaa..ni kerusi mak ana yg reka, asalnye kerusi meja makan, tp dah teruk dah kerusi tu sbb tempat sandar dah patah, jadi kebetulan ada 2kerusi tempat sandar yg patah.hehe, jadi mak gabungkan 2 kerusi tu jadi la mcm dlm gambar tu. kain mak jahitkan. KUSYEN atas kerusi tu, guna kusyen rumah yg dah mmg ada. cuma buat sarung kusyen baru jela :)

4. BANTAL : buat sendiri jugak!

5. STAGE : hehehe..pinjam kayu katil jiran punya.hahahaha..jiran xguna ok, sebelum pinjam ofcos mintak izin dulu ye!

6. KARPET SHAGGY : beli sendiri..mmg dah ada..


ok lahh..itu jela nak cerita...
maaf entry panjang..jangan marah ye murid-murid..hahahaha :D
cikgu syg kalian semua !!!


Tuesday, 24 September 2013

DIY :Ala-ala wallpaper cara jimat :D



assalamualaikum dan salam sejahtera!!

Pertama sekali ana rasa Syukur Alhamdulillah.
sebab bulan depan (oktober 2013) ana dan suami dah mula duduk rumah sewa.
kalau di ikutkan, target ana tahun ni nak dapat rumah hakmilik.
tapi belum ada rezeki lagi, tapi tak mengapa lah.
dapat duduk rumah sewa pun dah bersyukur, rezeki jugak tu.
mungkin ada hikmah di sebalik nya kan? :)
tahun depan doa-doa la moga dapat rumah hak milik kekal pulak.insyaALLAH.

bila dah dapat duduk rumah sewa nie, rasa seronok sangat!
teruja pulak..yela sebab selama ni ana duduk rumah mertua,
kadang-kadang duduk rumah mak abah ana.
lagipun, rumah yang ana sewa ni dekat sangat dengan rumah mak abah ana.
dan tak jauh pun dengan rumah mertua,
jadi senang la,kalau apa-apa terjadi kpd mereka, boleh pergi tengok kan.huhu.

cerita pasal cat rumah ni, sebenarnya cat asal warna oren muda,
tapi warna dah lusuh pulak, maklum la tuan rumah ni dah lama pindah.
jadi tak dak sapa pun jaga rumah tu. adik dia cuma datang sekali sekala je tengok.
ana dan suami berbesar hati sedekahkan cat untuk mengecat rumah.
baru cantik, lagipun kos tak tinggi, alaaa..guna cat putih aje pon.hehe
tetiba dapat idea nak cat macam wallpaper kat bilik ana tu..


bilik ana masa nikah haritu
ni bilik ana. cantik tak ala-ala wallpaper mahal tuh?ehehehe
ada jiran masuk bilik ana masa hari nikah tu, mesti depa p sentuh dinding,
ingat kertas dinding,rupanya cat je..huhu.
kalau nak buat wallpaper macam ni, 1syarat je!
mesti kena RAJIN!!


Cat asal tuan rumah warna oren tapi dah lusuh



sudah di cat putih

ok gambar di atas ana dan suami dah cat putih seluruh ruangtamu tu.
pilih warna putih Nampak suci dan bersih je..huhu.
harap-harap Rayyan Amsyar tak conteng dinding, kalau conteng nangis tau!
dah la rumah orang punya..


BARANG-BARANG YANG DI PERLUKAN :-
1. Cat putih (kalau ada lebihan lagi bagus!) atk kisah la brand apa pon.
2. pewarna makanan.
3. masking tape.
4. berus cat, tangga, dan diri-sendiri (ha..benda ni sangat penting!! :P )

ana nak ajar cara jimat.haha
untuk dapatkan pelbagai warna jalur-jalur tu, gunalah pewarna makanan.
ana guna pewarna makanan jenis cecair je, mudah larut dalam cat.
ana guna warna BIRU dan HIJAU.
tema biru+hijau+terqoise.
ana nak warna macam pastel colour.
untuk dapatkan warna terqoise, mix kn biru+hijau je.


STEP 1


ambil satu bekas, letak cat putih dan campur dengan pewarna makanan.
cat tu agak-agak la ye cukup-cukup untuk mengecat jalur-jalur tu.
ana main agak je. kalau lebih banyak membazir pulak kan...



STEP 2

lepas tu, ambil masking tape buat jalur-jalur. macam di atas.
kalau nak ukur bagi pun sama saiz jalur pun boleh *kalau rajin*
ana ni pemalas cikit, ana suka hentam je sebab kalau ikut ukuran nanti tak sama besar,
rasa macam tension je.huhuhu..
masking tape tu boleh di guna 2kali ya! jadi tak perlu nak membazir beli masking tape banyak2.
lepas tu, kita dah boleh mengecat, terpulang lah nak letak warna apa dulu.
ikut citarasa masing-masing la kan.



STEP 3
bila dah settle mengecat macam di atas, boleh la buang semua masking tape tu.
tarrraaaaa.....cantik tak????????
ok la kan, ala-ala wallpaper jugak..hehe
warna lembut je sebab ana nak pastel colour :)





PERBEZAAN sebelum dan selepas :)



belum letak tikar getah dan barang-barang lagi.
kalau dah ada tikar getah, TV, karpet, lagi menarik kan?
tak pe nanti ana tunjuk bila semua dah settle.

Ouh..terlupa pula, ana nak bagitau kalau buat cara ni,
satu je kekurangan nya,
bila cat yg di campur tu habis, jadi agak susah kalau nak mix kan balik warna yang kita buat tadi tu. sebab tu la ana suruh agak-agak untuk jalur tu, lebih sedikit xpa, jangan tak cukup cat ya!!


OK.selama DIY ya!!
nanti ana share lgi apa yang best tentang DIY, yang penting JIMAT.hahahaha