Showing posts with label Jom Menjahit. Show all posts
Showing posts with label Jom Menjahit. Show all posts

Saturday, 3 January 2015

Settle jugak! :: Cadar baby


assalamualaikum!
hye..hye...amboi makyong skrg busy sgt tau..
dah masuk bulan januari haaaa...mau x kalot..
dah 8bulan lebih dah..apa pun tak settle lagi,

now..alhamdulilllah...
rasa lapang sikit.. cadar baby dah siap!!
baju baby dah basuh, dah paking dah...huhu..
gigih makyong buat sorang2...
dulu masa kat abg amsyar tak de rasa busy cmni tau.
perut dah 7bulan settle dah..ni 8 bulan baru nak settle.hehehe
mungkin sbb rezeki henna tak putus2 sepanjang bulan dec.
time cuti je...henna..henna je time cuti..
rezeki anak2 jugak :)

tema cadar kali ni merah yOooo!
guna kain cotton flannel.
lebihan kain tu buat barut.
mak cakap..buat pi laaah... x rugi pun kalau buat barut.
ok..ok...kita buat saja.hihi.
ana rasa berbaloi sangat beli mesin jahit ni..
sangat membantu!! setakat ni ana dah jahit langsir dan cadar baby guna mesin ni.
bestt..bestt...di mana saja bole jahit.
haritu bawak mesin ni jahit kat rumah mak..siap duduk atas kusyen depan rumah.hehe.
maklum la saiz kecik..senang nk bawak ke mana saja.
tepi pantai pun boleh haaa...huishhh! ada ka nak jahit tepi pantai?hahaha


kalau anda suka menjahit..beli la mesin ni..
x payah beli mahal2 pun tak pa..
mak kata..kat rumah wajib ada satu mesin jahit atau jarum benang...
habuan nak jahit seluar koyak ka..kannn..

ninndiaaaaaaa....
cadar baby "A" kita...
kali ni tilam saiz sederhana ja..x besar macam abg amsyar tuh..over sangat.hahaha
guna kekabu dari tilam abg amsyar...makeover ja.
1 tilam abg amsyar tu boleh dapat la 1 tilam dan 3 bantal adik baby. JIMAT!


siap renda2 lagi tau..en.suami kata, jangan buh renda banyak2 macam perempuan sgt la..
kalau keluar lelaki macamna ? ehh..ada makyong kesah ?? janji cute di mata makyong.




jahitan ZigZag kecik.....kan dah cakap berbaloi beli mesin ni sebab ada jahitan lain lagi.
(pic kelabu pulak)

tak sabarnya nak tunggu baby A ni keluar tau!
rasa macam suprise sangat-sangat ni....nak tau GIRL OR BOY.heheh
member suggest suh pi scan 4D..alaaa...bukan xnak..macam tak aci je dulu amsyar tak scan 4D.
sekarang dah 34 week.. haritu scan masa 32week doc cakap baby A ni kecik..
berat dia cuma 1.4kg ja..beza dgn abg amsyar dulu 1.8kg.
heran jugak kenapa dia kecik sedangkan tiap bulan berat ana naik 2kg maintain ja.huhu.
tak mengapalah sayang..janji kamu sihat ya! insyaALLAH tak lambat dah kita nak jumpa..
semoga semua dipermudahkan..aminnn!

Thursday, 29 May 2014

Review :: Global Sewing Machine


assalamualaikum! hai semua..
masih ingat lg ana pernah share ana beli sewing machine tu ?
lepas je ana publish entry tu, brg dah sampai..hehehe. mcm kebetulan pulak kan.
ok mula2 tu kemain la excited tau nak bukak tengok saiz dia..

alkisah sebelum barang sampai, ana ada bgtau mak,ana beli mesin jahit.

ana : 'mak,kak beli mesin jahit,mak cuba teka kak beli mesin jahit harga berapa?'
mak : dalam RM 300 +++ kot.....
ana :  salah la mak! RM 169 je.hihi.
mak : biar betul..mesin jahit mainan ka apa ?
ana : mesin betul laa makkk..nanti brg sampai mak tengok. special mak ada jahit zigzag lagi tau!!

mak tak percaya..hahaha..adoi lawak betol..
tak patot tau dia cakap ana beli mesin jahit mainan!
lepas je barang sampai, dia pun bekenan,siap rekemen kat kawan2 dia pulak.
esoknya ana order kat jiran pulak, lusa barang sampai..abg kurier tu cakap "eh order lagi ?"
"ya..ini org punya"..ehh..malu pulak muka kita ni tau order banyak kali..hihi.

Review :: Global Sewing Machine


mesin ni best sebab dia ada 8 jenis jahitan.
boleh buat jahitan biasa dan zigzag..
Pusing je kat bulat tu nak jahitan jenis apa..



cara2 nak masuk benang pun senang..
siap tunjuk step by step..nampak tak anak panah no.2, 3 dan 4.
itu step untuk masukkan benang kat jarum untuk sesi jahit tuh.
tp jgn la risau kalau tak reti sebab nanti depa dah bubuh siap dah.hehe
lagi satu, kalau nak jahit malam2..kot la kelabu mata ka, ada lampu kecil di sediakan.
nak masukkan sekoci pun senang..
ok kan jahitan dia ? kemas :)
boleh la nak jahit baju koyak2 ka, jahit kain batik ka.
jahit langsir kaaaa..macam2 lagi lah.



mesin ni boleh control guna tangan atau guna kaki.
warna hitam tu pedal untuk pijak guna kaki..eh..betul ke pedal ?
takpa lah janji faham ye murid-murid.
kalau nak control guna tangan boleh control kat L-OFF-H tuh!
L untuk LOW perlahan, H untuk high laju la.
tapi bg ana guna pedal kaki senang lagi..
mesin ni boleh guna elektrik, kalau tak nak guna elektrik boleh guna betri jugak!
guna bateri biasa 4 biji bawah tapak tu..

sejak ada mesin jahit ni, ana rasa semangat nak buat baju sendiri *konon2 nya la kan.hahahaha
insyaALLAH akan ku usahakan buat baju jubah.. teringin sgt nk buat baju jubah.
dah ada pola, tunggu nak lakar atas kertas minyak ja..
Nanti jika ada kesempatan ana share buat baju pulak.
ewahh..macam expert je kan ? padahal hentam kromo je.hahaha.
ada ana kesah ? janji jadi baju boleh pakai..
ana cari pola dalam blog orang je...
nasib baik ada internet kan, betul cakap paklong ana.
internet ibarat library,kita boleh mencari ilmu :)

pendapat ana tentang mesin ni....
 Saiz yang sederhana, ringan, mudah nak simpan atau nak bawak ke mana saja (mana lah tau, nak feeling menjahit tepi pantai ke..hihi)
✿ senang nak guna,sesiapa yang tak dak basic menjahit pun boleh guna.insyaALLAH.
✿ Bunyi yg tidak kuat, kalau amsyar tido, ana menjahit pun tak menganggu mimpi dia tuh!hehe.

Sunday, 25 May 2014

GLOBAL sewing machine "terbeli" jugak akhirnya!!!


assalamualaikum....
hai semua...sihat ke? dah makan ? :)

korang suka menjahit tak ? ana suka sangat tau!
sekadar hobi lah katakan...hihi.
mak ana pun pandai menjahit, ana belajar menjahit dari mak ana jela..
pernah jugak rasa nak join kelas menjahit, buat baju kurung moden or baju fesyen2 ni.
tapi masih belum ada rezeki nak join..tak apa. ana tak kisah pun.
semalam ana sesaja ushaa2 online shopping.hahaha.
kononya nak cuci mata lahhh..entah macam mana tergerak hati nak servey pasal mesin jahit.
nak tengok review2 orang yg pernah guna masin jahit moden.
kat rumah mak ana ada mesin jahit, model "Singer"..ehh betul ke tak ejaan tu.hehe
jenis lama punya..besaq gabak..berat..susah jugak la kalau nak alih2..hmm.
jenis jahitan satu je..lurus. xdak zigzag la.

ana memang tak plan nak beli mesin jahit tu sekarang, tp dlm wishlist 2014 target nak mesin jahit ada jgk.
so..memang nak beli, tp nak cari yg sesuai dgn ana n bajet pun tak tinggi.hihi (ini penting ok!)
semalam servey2, nampak review pasal model Global-Sewing-Machine-GSM-505. NOT BAD OK!
tapi bila nampak harga dia yg sgt MURAH tu..terus rasa nak beli !!!!!
Nafsu orang perempuan kan..hahahaha..mana blh tahan tgok benda murah!!!


klik gambar utk lihat lebih jelas

kalau korang nak order, layari Lazada.com.
klik kat HOME APPLIANCES.
Pastu SEWING MACHINE.
Cari model Global-Sewing-Machine-GSM-505.

dapat cari tak ?
sekarang ni masih ada promosi lagi..tp tak tau la sampai bila.
barang kat Lazada ni ok jgk harganya..ada yg betul2 murah!
Servis pun bagus ! ana baru je order semalam, harini barang dah sampai. cepat kan ?
dah la ana order pukul 5 ptg, rasanya time tu org dah balik keja..*ada kena mengena jgk ka?
lepas ana buat order,dia hantar SMS cakap dah place order, pkoi 7mlm hantar SMS lg inform barang dah shipped !
dan yang paling besttt..masa barang sampai nanti ana baru bayar duit..hehehe..
tapi korang ada pilihan samada nak bayar terus guna Credit card atau debit card.
dekat payment ana letak "Cash On Delivery" senang ! FREE SHIPPING plak tu :)


ini lah mesin jahit yang ana cakap tuu..
comey kan ?
baru tengok dalam gambar dah cakap comey..hahahaha..

jom tengok apa keistimewaannya :-
 Automatik thread putar balik
 Lebar jahitan laras
 Mempunyai Suis tangan atau operasi pedal kaki
 ada 8 corak jahitan.
 Powered oleh AC atau AAA bateri (kalau xdak letrik gna bateri je)
✿ Long lasting!

saiz : Size (L x W x H) 31.1L x 14.7W x 29.5H cm.
berat:  4.5kg
Waranty : 1 year.

ana rekemen kpd korang yang suka jahit menjahit tu..
beli la mesin jahit ni sbb saiz dia yg sederhana, tak kecik n besaq, mudah nak simpan.
mana lah tau kan boleh jahit langsir rumah ke lepas ni.hehehe.
ana nak jahit baju raya nie..wahhhh! semangat gitu! posa pun belum lagik.

nanti ana review pasal Global-Sewing-Machine-GSM-505.
ohhh....GLOBAL sewing machine "terbeli" jugak akhirnya!!!
pembelian yang tidak merugikan ! :)