Showing posts with label Tips dari ana. Show all posts
Showing posts with label Tips dari ana. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

ANAK HANG PERNAH JATUH KATIL DAK ?


haha..sorry, sekali keluar tajuk mai bahasa KEDAH teruihhh!
bukan apa haritu ana duk sembang dengan kawan-kawan..
cerita pasal anak-anak yang semakin membesar dan aktif nie..
topik "Anak hang pernah jatuh katil dak?"

kalau ana bagitau Rayyan Amsyar tak pernah jatuh katil. ampa percaya ?
tak percaya ? hahaha...tapi ana tak tipu tau..
Amsyar tak pernah jatuh katil, sekali pun tak pernah.
kalau orang lain yang ada anak kecik yang aktif..
mesti kena tidur bawah je lebih selamat kan?hehe

Ana tak da lah tips sangat pun.
jenis ana ni suka 'mengajar' anak ana buat sebelum apa2 terjadi.

contoh : Amsyar umur 10-11 bulan dah mula nak panjat memanjat.

ana memang perhati dia main, ana tak tinggal dia main sorang2.
sampai satu masa dia nak panjat katil.
(katil ana tak bahaya sebab katil divan tak tinggi sgt )
ana ajar dia panjat katil..tarik kaki dia cara panjat..
lepas dah boleh naik, dia tak reti turun..huhuhu.
NORMAL la budak yang tak reti turun katil ofcos dia nak turunkan kepala dulu kannn.
ana ajar pulak cara turun plak...lama2 dia sendiri dah pandai naik turun katil tanpa jatuh...LEGA!!
harap2 tak jatuh la ye..hehe. panjat SOFA pun dah tera kemain!

tapi....tapi.......

kalau anak pernah jatuh katil..
biasalah Kemalangan memang tidak boleh dijangka. 
Sehebat mana kita mengawal pergerakan anak kadang kala ada juga kemalangan yang berlaku kan.

Siapa yang tidak terkejut apabila anak tiba-tiba terjatuh dari katil Panik betol dibuatnya.


Pastinya bayi akan menangis kuat dan kelihatan terkejut. Jika bernasib baik, tiada benjol berlaku di badan atau kepalanya. Bagaimanapun pastinya papa dan mama tetap bimbang ada kesan gegaran pada otak bayi.
Sebenarnya, menurut pakar pediatrik, kecederaan yang akan dialami oleh bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala dan bagaimana cara mereka terjatuh.
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda tidak sepatutnya meninggalkan bayi keseorangan di atas katil tidak kira berapa umur mereka. Ini kerana, jika bayi terjatuh dan mengalami perdarahan di dalam otak, ia mungkin agak susah dirawat dan mungkin akan menyebabkan komplikasi yang serius dan berpanjangan.-pama

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


JIKA ANAK ANDA JATUH KATIL :-
Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 
P/S :  jika terdapat tanda-tanda seperti yang tertera segera dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Wednesday, 19 March 2014

Sawan Demam :: Kena ambil tahu!


assalamualaikum...
ana rasa macam lama sangat tak update blog ni, dah berhabukkk dah..hihi.
sorry ye syg2 semua..ana memang tak da masa sangat sekarang nie,,

baru2 ni amsyar kena sawan demam.. ya ALLAH..ana ingatkan demam biasa2 saja.
ya..demam biasa2 sebab suhu dia xlah terlalu tinggi, mungkin "silap" ana sebab ana langsung tak bagi dia makan ubat. nak bagi tapi dah tak sempat!! dia kena sawan dulu..alahai kesian anak ibu tau.
ana kan pergi keja, tinggal lah dia dengan mak ana, ubat ada kat rumah ana..baguihhh sungguhhh!
ini adalah pertama kali amsyar kena sawan, tapi memang ana tau dia akan jadi sawan,
sebab amsyar ada urat sawan kat betul2 tgh batang hidung tuh, sampai sekarang ada!
org sllu tanya kenapa urat itu ini..tapi yg betul itu urat sawan.

masa kena sawan tu, ana baru je balik kerja, pkoi 10 mlm.
balik rumah mak nak ambil amsyar balik rumah ana, masa tu amsyar tido, badan tak panas. mak ana tak jelum la dah badan tak bapa panas..
bila amsyar terjaga dari tido, merap2 dengan ana, lepastu dia pergi kat maktok dia tiba2 jadi tarik!
mata naik ke atas, badan kejang..memang cuak gilaaaa..takottt!!!!
tapi mak ana relax ja! dia arah kami ambil besen ada air baggi dia mandi...sambil urut badan dia..
lepastu amsyar nangis...telefon mak mertua, dia suruh bawa pergi hospital, risau kalau terjadi lagi sekali.
amsyar jadi sawan dekat 5 minit jugak!

pkoi 11 malam pergi hospital, kat EMERGENCY..
mula lah doc tanya, sawan berapa lama ? buat mcmna ? demam dah berapa hari ? bla...bla.....
Doc check suhu badan amsyar 39'c..makk aiiii...tingginya!
doc cakap kena tahan wad kemungkinan dia akan jadi sawan lagi..
bermulalah episod tido kat hospital bersama Amsyar kali ke2 selepas bersalin.huhu..
3 hari ana bermalam di hospital, sangat2 lah boring....huhu..
Paling kesian kat amsyar la..dia nak tengok TV..citer karton >.<
TV ada tapi karton xdak.hihi.
paling sedih bab kena cucuk..dengar dia menagis pun..haiii rasa mcm nak pukul doc tu jangan cucuk anak sy ! tapi nak buat mcmna terpaksa la..nak masukkan antibiotik sb amsyar susah makan ubat.


nasib la ibu amsyar ni kecik tau! boleh gak tido dalam tu sekali.haha, paling tak best katil tu kecik, kaki kena lipat arrr..lenguh kaki, amsyar pulak nak nenen je..merap sangat2..


APAKAH ITU SAWAN ?
Sawan berlaku di sebabkan aktiviti elektrik otak di luar kawalan dan mengakibatkan:-
✿ Kekejangan otot
✿ mata naik ke atas
✿ mulut berbuih
✿ kancing gigi
✿ menggigil
✿ tidak sedarkan diri dan lain2.

APAKAH ITU SAWAN DEMAM ?
Sawan demam adalah :-
sawan yang berlaku apabila suhu badan melebihi 38'c
ia biasanya berlaku pada hari pertama or kedua demam.
linkungan umur adalah antara 6bulan sehingga 6 tahun.

APAKAH PUNCA SAWAN DEMAM ?
ianya disebabkan demam yg terlalu tinggi. kebiasaannya demam tinggi di sebabkan oleh jangkitan pada telinga atau bahagian atas saluran pernafasan.

BOLEHKAH SAWAN DEMAM BERULANG ?
Ya! 30% demam sawan akan berulang.

ADAKAH SAWAN DEMAM MENGAKIBATKAN KECACATAN OTAK ?
TIDAK, kecuali apabila sawan berlaku terlalu lama (melebihi 15minit)

ADAKAH IANYA KETURUNAN ?
TIDAK, ia bukan sejenis penyakit keturunan tetapi sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami demam sawn semasa kecil, risikonya adalah lebih tinggi (10% hingga 20% )

ADAKAH IA BOLEH MENGAKIBATKAN EPILEPSI (penyakit sawan berpanjangan) ?
Hanya segelintir saja. (2-7%)

BAGAIMANA MENGENALI SAWAN DEMAM ?
badan terlalu panas
badan dan kaki tegang
kaki dan tangan tergoncang tanpa ransangan
mungkin terjatuh
mulut berbuih
terbuang air kencing
tertidur dan tidak sedarkan diri seketika
apabla terjaga, juga terasa bingung seketika
kemudian aktif semula

APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN JIKA ANAK ANDA DEMAM ?
Tanggalkan pakaian anak, pakaikan baju yang nipis
jelum dengan air
beri ubat demam.
galakkan anak anda minum banyak air.
pasangkan kipas atau memberi peredaran udara yang baik
dapatkan nasihat doktor jika demam berterusan

APAKAH YANG ANDA PERLU LAKUKAN KETIKA "SAWAN' ?
Bertenang dan catitkan masa bila sawan berlaku
jangan tinggalkan anak anda sendirian
longgarkan pakaian terutama di bahagian leher, bogelkan terus tak apa. (baby la)
letakkan anak baringan mengiring pada sebelah kiri, kepala rendah daripada badan (jgn gunakan bantal!)
jauhkan barang2 yang berbahaya di sekitar
jirus atau lap seluruh badan menggunakan air paip biasa (tak sejuk tak panas ya!) macam bagi mandi tu.
lap bahan muntah atau bendalir dari mulut tatapi jangan masukkan apa2 benda ke dalam mulut walaupun gigi anak berkancing!
beri ubat sumbat ke punggung untuk berhentikan sawan yang berlanjutan lebih dari 5minit. ubat ini biasanya diberikan oleh doktor untuk mereka yg berisiko tinggi mendapat sawan demam berulang-ulang.

sekiranya serangan sawan berpanjangan (melebihi 10minit) bawa anak anda ke klinik / hospital berdekatan dan dapatkan rawatan doktor secepat mungkin!!

RUJUKAN : Jabatan Pediatrik, HSAH.sp.kedah

Thursday, 12 December 2013

Anak DEMAM : Tips dan Info



Seperti orang dewasa, anak-anak demam tidak akan berselera untuk makan. Jadi apakah makanan yang sesuai untuk anak anda sewaktu dia demam?
Secara umumnya, demam bukanlah penyakit. Tubuh anak-anak akan berasa panas akibat dari tindakbalas melawan jangkitan dan penyakit lain. Demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bekateria, virus dan kulat.

anak demam Menu untuk Anak Demam: Tips & Info

Gejala biasa ketika demam ialah:
1. Tidak berselera makan
2. Lesu
3. Berpeluh
4. Lemah

Oleh yang demikian, untuk memastikan anak kembali bertenaga, para ibu bapa perlulah lebih prihatin tentang pemakanan anak-anak anda.

Tips:
  • Makanan yang diberi kepada anak-anak perlulah tinggi kalori, tinggi protein, rendah lemak dan banyak air.
  • Pada 2 sehingga 3 hari anak demam, anda harus pastikan sang anak mengambil banyak cecair dengan memberinya makan sup, air glukosa dan bijirin bersama susu.
  • Makanan untuk anak demam mestilah lembut dan mudah dihadamkan serta diserap oleh tubuh seperti pisang, tauhu dan betik.
  • Pengambilan makanan kaya protein perlu dipertingkatkan. Oleh itu berilah anak anda makan susu, telur dan kacang dal.
  • Elakkan dari memberi anak anda makan makanan yang susah untuk dihadam.
  • Selain protein, kanak-kanak demam juga perlu meningkatkan pengambilan vitamin A, vitamin C, vitamin B, kalsium, besi dan sodium.

Makanan yang boleh diambil:
Jus buah-buahan, air glukosa, susu, air kelapa, air barli, telur, sup, bijirin, ikan bakar, sayur rebus, buah-buahan sitrus, PERFORMANCE DRINK SHAKLEE, dll.

Makanan yang perlu dielakkan: 
Mentega, minyak sapi, minyak sayur-sayuran, makanan bergoreng, makanan berempah, makanan terlalu banyak serat, sup krim, dll.


 #credit



Friday, 6 September 2013

TIPS NAK KAHWIN DI USIA MUDA CARA BAJET :)


 *maaf entry ni ayat rojak sikit, loghat Kedah je banyak..haha..harap paham*

bila keluar pi mana-mana terserempak dengan kawan-kawan..
Pernah sorang kawan ana cakap kt ana 'Seronok la hang dpt kawin awai..hang doakan aku kawin awai cm hang gak k'..
ana "insyaALLAH,niat yg baik ALLAH swt akan permudahkan"

 

OK..straight to the point..mmg Ana x target nak kawin umO 21thn, bajet2 dlm 23thn ke atas baru nk kawin..tettt! salah tu..ALLAH swt ckp dah smpai JODOH jadi kena kahwin lah kan?huhuhu

Ana pernah ckap kt kawan ana kalau nk kahwin,ada tips nya (berdasarkan pengalaman ana lah ) bajet xsmpai RM10k pn leh wt kenuri lah! :-

1. Hantaran dan mas kawin.

First skali,kalau nak kawin, bincang ngn si lelaki dulu, agak2 berapa hantaran dia blh bagi, jangan la ckit sangat agak2 cukup la buat kenuri.
(paling kurang kalau amek katering RM5000 ke atas la..kalau kt kawasan rumah ada pakatan tu lagi jimat sbb masak sendiri ja. then, bincang ngn family xpayah nk letak hantaran belas2 ribu or puluh2 ribu, buat org mengata ja..letak rendah xpa, janji pasni xdak hutang2,jgn membebankan bakal suami..lain lah klu bakal suami keja bagus2 or anak dato!..huhu)

2 . Barang hantaran.

xpayah nk beli brg mahal2..beli ikut kemampuan dah la.. ni tak, jam saja pun dah beribu2..yg lain blom lgi..haruu2... kena pikir la, ala beli mahal2, org bukan nk tau hrga pun..org tau tgok elok ke tak aje..!!haha..bab mghias hentam je janji elok, xpayah nk hias lawa2 siap fresh flower bagai, last2buang jgk,nk shoping brg kawin..p la time org buat sales! jimat di situ OK.. )

3. Buat majlis kahwin yg sederhana/ buat sebelah pihak ja.

kalau nk buat kenuri grand2..mmg lambat lagi la nk kawin..sbb nk simpan duit byk2 dulu...xpun cari anak Datuk2 ke..leh la wt grand2. tp cm aku lebih baik majlis aku sederhana je tp meriah!! Mula2 tu ada gak la niat nk buh scallop keliling khemah nmpk grand je, tp bila pikir balik..alah org mai makan ja pun...bukan nk perhati khemah tu lawa ka tak!hahaha..klu makanan sedap, org lagi ingat tau drpd khemah yg lawa tu!hehe.

4. Sewa baju pengantin dan makeup saja.

mcm aku..sewa baju pngntin ja,baju nikah upah org buat, bajet sama ja ngn harga sewa baju nikah dlm RM300. baju nikah lebih baik buat or beli siap pnya.pasni leh pkai gak time raya ka, p kenuri ka.. hrga sewa bju pengantin dlm RM 400 ke atas ikut baju jgk n butik yg nak amek tu. pasal Pelamin, bilik tidur n meja makan buat je sendiri. guna ja kain yg mana ada..jadi la kreatif ckit....kdg2 hasil sndiri lgi puas hati wlupun xhebat!! biar la hudoh2 pun tp org akan respect tau! ampa tau..rugi ja amek pelamin lawa2 tp zaman skrg byk habiskan masa kt outdoor. bilik tidur tu..hias lawa sat ja..pastu depa amek balik..hahaha..dr amek pakej beribu2 baik buat sndiri, beli cadar sndiri..kain sndiri gntung2 hias lawa2, hari2 rasa cm pngntin baru! ewaahhh!!...)

5. Doorgift dan Kad Jemputan

percaya tak kalau ana kata mjlis kawin ana ritu xdak bunga telor??hehehe! yesss!! mmg xdak pun..ada bunga telor tapi buh sabun telor..yela, renyah jgk nk rebus2 telur ni..zaman la x banyak dah org guna bunga telur..bukan nk matikan adat, tapi membazir ja..lebih baik bg doorgift yg berfaedah,kira org leh simpan lah..mcm ana, ana DIY bunga telur sndiri then ana letak sabun bentuk telor, org leh simpan dlm keta..lawa ja..haha.*perasan jap!)
bab kad jemputan tuh..nak jimat buat sendiri, lagi jimat! sekarang dah mcam2 software ada..download je. tak tau buat tengok toturial kat youtube..mesti ada xpun usha2 blog orang lain!hehe

6. Kek kawin.

haa..bab kek mmg ana membazir jugak..kek 2 tingkat smpai RM100 ++ (KEK RED VELVET) sedap weehhhhhh!!!! ana rasa puas hati sb baik membazir pd makanan lgi bagus daripada membazir pada benda yg xleh makan..huhuhu.. ni tak beli kek 4 or 5 tingkat,nk nunjuk kata kek hebat tp xsedap mana pun....apa barang mjlis hebat tp kek xsedap last2 org xmkn!! membazir pulak..hahaha..*jahat mulut aku, dah sungguh kan??)

7. Photografer

kalau ada adik badik/saudara mara yg mahir bab tgkap gmbar ni dan ada camera al canggih tu..suruh la dia buatkan..xkn ngn adik bradik berkira gak kot!!huhu..xpun ada member2 yg minat bab2 ni tapi belum ada pengalaman tangkap pic kawin..ha blh suruh dia jgk..kn senang..depa blh blajar,kita pn leh jimat sikit..hahaha, hrga utk photogrfer skrg RM700 ke atas ikut pakej la..paling mahal ribuu2..

8. DJ / JuruHebah

nak boleh, tak nak pun xapa. DJ ni selalunya kena bayar RM250 kot kalau tak silap lah.
agak2 nak lagi meriah, panggil je orang kampong nyanyi ramai2..hihi..kompen meriahhhh!!


OK tu ja ana nk gtau pun...taip pjg2 larat ka ampa nk baca?hehe.

kalau nk ikutkan org sekeliling semua nk suruh buat grand2! sungguh! dulu ana pn cmtu..sbb byk yang kita impikan tp bila pikir balik, kita buat setakat mana kemampuan kita, janji kita kawin, kita HALAL di sisi ALLAH swt.. buat kenuri dgn niat yg ikhlas bukan nk menunjuk2 kata kenuri kita tu hebat.

satu perkara org perlu ingt 'SETIAP MAJLIS X SEMESTINYA SEMUA SEMPURNA..AKAN ADA JUGAK CACAT CELANYA DI MATA ORG..PERCAYALAH!'..

jadi kesimpulannya, nk KAHWIN bukan susah pun walupun dah rasa teringin nk kawin n dah rasa bersedia pn nk pikul tggjwb...
tp diri kita tu x sedar yg kita ni punya byk kehendak sbb tu susah, tmbh x cukup duit lgi susah....bajet ckit pn xpa.leh buat kenuri jgk!

ayat sllu dgr 'ala sekali ja seumur hidup!' OK fine!..org pn akan ingt mjlis kita skli tu ja..hebat x hebat org xingt dah pun....
OK..pd yg blh terima segala pndangan ana pasal benda ni.ok lah..pda yg xboleh tu..biarlah....ana xkisah pun!


"Setiap pndangan orang berbeza2..jadi terpulang lah" :)
 apa yang penting kat sini, LEPAS KAHWIN TAK DAK HUTANG KELILING PINGGANG..............

SEKIAN.............


 
bajet orang sekarang ? kalau si lelaki tengok memang seram ahh!!haha
tak cukup RM 10 k jangan dok pinang anak orang lagi ye!
pssttt!! bajet ana dulu RM7k je..meriahhhh jugak! semua ada tau!!
Alhamdulillah :')