Showing posts with label Rayyan Amsyar. Show all posts
Showing posts with label Rayyan Amsyar. Show all posts

Friday, 9 January 2015

Umur 2 Tahun hantar ke TASKA ??


Assalamualaikum semua..
lama tak tempek gambar budak ni kan.hehehe


dah besar dah dia..Muhammad Rayyan Amsyar bin Shafize
11 Feb 2015 cukup umur 2tahun dan jadi abang :)
wahhh..cepat betul masa berlalu kan. dulu tau minum susu, menangis je.
sekarang dah berlari, mulut pun potpet..huhu
badan slim macam mak ayah dia ok.
dah makin bijak nak itu nak ini..
beli baju nak pilih sendiri..kalau dia bekenan kena beli lahh.
pernah try potty train kononnya kat dia..ni kes maktok yg training dia..
firstime pkai underwear tanpa pampers seronok kemain..
tapi bila dah kencing baru bgtau.."cingggg"..hahahaha.
yang best tu lap sendiri pastu basuh underwear sendiri..sidai kat tangga.
bertuah betul budak ni...

harini nak cakap pasal taska...
"Umur 2 Tahun hantar ke TASKA ??"
sorry...bukan nak cakap ini betul itu salah tau!..NO..NO..NO.
Haritu borak dengan group mommy (geng skolah).. pakat cerita pasal Taska.
anak kami semua sama umor baru nak masuk 2 tahun// 2015.
sebenarnya ana tak fikir pun nak hantar Amsyar ke taska.
Memang takdak dalam senarai la taska ni dalam otak ana.hehe
sebab ? rasa macam dia kecik lagi.,umur baru 2tahun dah nak hantar taska rasa macam kurang sesuai.
kesian pulak.hihi.lain la klu umur dah 3-4tahun kan.

kawan-kawan lain depa ada alasan sendiri kenapa nak hantar ke taska.
yg sorang tu sebab anak dua, tak mampu nak handle 2 org dalam 1 masa.
maklum la jarak setahun sorang.hehe..pening la sikit kan.
yg sorang lagi sebab nak kerja. senang bila hantar taska.
dan bg depa, kos taska lebih rendah dari hantar orang mengasuh.
taska jugak ada pendidikan yang di ajar, bukan setakat main saja.

walaupun TASKA ni ada kebaikan dan keburukannya jugak.
Antara kebaikan yg ana tengok..yes..budak cepat berdikari, cepat belajar.
otak budak memang faham kan...
dari segi pergaulan,anak2 kita jadi lebih suka berkawan.dan pandai bermain.
ok...tapiiii...sekarang ni macam2 kes kat terjadi taska kan..
budak mati tercekik susu lah..adoiii..
pastu pengasuh suap makanan kat anak secara paksa..
kena kurung dalam bilik air sebab nakal sangat kannnn..
dan macam-macam lagi lahh............
owhhhh..tidakkk! ana tak boleh terima. takotttt!

bg ana umur 2 tahun bukan lah cerdik sepenuhnya macam 4-5 tahun tu..
bukan pandai berdikari sangat pun lagi..
kadang2 kita cakap dan larang pun susah nak dengar..
inikan pula tinggal kat taska.
risau..ye memang risau....tak tahu orang layan anak kita macam mana.
setakat nak cari pengasuh pun ana tak harap..
sebab tu bagi mak mengasuh, mak sendiri cakap mengasuh cucu tak sama mengasuh ank orang :)
ini kan pula nak pegi hantar taska...no.no..belum tiba masanya lagi.

ana lebih suka kalau dia umur 2-3tahun nak hantar kelas mengaji ke..
ana rasa lebih baik ajar homeschooling je kat rumah..
kita pun bole ajar anak sendiri...
beli buku ada gambaq2 tuh..beli flashcard..ajar..ajar..
ana suka la tengok mak-mak yang rajin buat homeschooling ajar anak kat rumah.
tak semestinya kena hantar gi taska jadi pandai..huhuhu.
kaannnnn ???

iklan sat nooooo
Masing-masing ada alasan sendiri kenapa nak hantar ke taska.
ana tak tau lah pendapat korang macam mana..
wajar ke anak berumur 2tahun hantar ke taska semata2 nak dia berdikari?
ana selalu je berangan kalau ana tak keja..nak luangkan masa dengan anak 24jam 7hari seminggu.
walaupun kadang2 ana jadi tarzan jugak kat rumah tu dengan perangai anak.hahaha.
tapi best..macam2 aktiviti boleh buat kan..

kalau korang nak hantar ke taska jugak pilihlah taska yang elok2..
yang berdaftar dan yang boleh jaga anak kita sebaik mungkin..insyaALLAH :)



Thursday, 2 October 2014

BILA SI IBU BERMAIN DENGAN SI ANAK


APA PANDANGAN KORANG BILA TENGOK PIC NIE? hahaha


ni lah jadinya "bila si ibu bermain dengan si anak"
OK..jangan gelak rupa khemah tu..itu khemah kitar semula namanya.. :P
ana sejak dari kecik lagi memang suka main khemah2 tau.
mak ana pun jenis melayan je, siap bagi selimut,kadang2 tolong buatkan khemah lagi.

Now...
ana pulak jadi macam mak ana.hahahahha.
serius rasa macam best je main macam ni...amsyar pun enjoy sangat!!
bukan apa si Amsyar ni dia tak boleh di dedahkan dengan TV,TAB dan seangkatan dengannya.
sebab ?? dia tengok kejap2 je lepastu buat perangai boring..
kadang-kadang mengamuk tak tentu pasal. kita pulak yang hangin!hehe

jadi untuk hilangkan boring, ana cuba buat sesuatu yang dia boleh main.
contoh macam khemah di atas la..serius idea ni datang tetiba jerrr..
guna karpet ekamatik tu...hehehe..
yang lawak tu ana post dalam FB, ada kakak tu cakap..
"akak pun nak beli macamni jugak la ana..best je."
ana heran dia nak beli apa ?? ana cakap kt dia.."akak nk beli karpet ke?"
dia balas " eh..karpet ke ana ? ana ingat betul2 khemah tadi.."hahaha...adehhhh!

kadang2 ana buat gelongsor guna tilam or toto.
yang ni amsyar suka sangat! guling2 atas tilam tu haaaa....
sebenarnya kan duduk kat rumah ni mcam2 bole buat..kena kreatif aje.
ana pun dah ajar suami, kalau nampak amsyar boring buat la apa2 aktiviti yang best2..
jangan ajar dia main tab.. (suami ana suka bg tab..geram sangat!!!)
sekarang ni suami ana pon dah melayan amsyar cara ana...
kadang2 dia amik karpet tu buat terowong..main kejar2 dengan amsyar..
riuh rendah dengar amsyar duk jerit2 smabil berlari..hehe
macam tu la cara kami main dengan anak.
yang penting amsyar aktif dan happy!


Friday, 11 July 2014

TIKAR EKAMATIK 2 IN 1



Al kisah tikar ekamatik 2 in 1.hehe

^


^


^


^


^


^


^


^


^


jeng..jeng..jeng..!!!




si Rayyan Amsyar sedang syok bermain ayaq (air).
maklum la haritu musim panas..suka la kalau nak berendam ni kan.

mula2 ana terfikir gak nak beli kolam kecik kat dia.
tapi ana fikir banyak kali nak beli ke takkkkk..errr..bukan masalah kedekut ke apa..
budak besar amsyar ni xleh ajar mandi kolam sangat...kang selsema pulak.
sekali dia berendam jangan harap sat saja..lebih 1jam sampai kecut 1 badan pun xpa!
kalau ana beli kolam, nanti dia nampak kolam tu mengamuk nak mandi kolam hari2 pulak..
jenuhhh la ibu kamu nak tunggu, tak jadi keja ler..huhu

so..ana terfikir ni idea yg baik.hahahahhaa..
lagipun amsyar suka..lepas dia mandi terus jemur tikar tu.
dah x nampak macam kolam kan..hehehe

nak try buat ??

mudah je nak buat..yg penting kena ada bata berapa ketoi n penyepit baju.
hujung bucu2 tikar tu sila kepit dengan pengepit supaya air dapat bertakung.
bata plak susun tepi2 sikit..ana guna dalam 3 bata je pun.. tak guna pun xpa, :)

Wednesday, 9 July 2014

nak dapat adik :: anak buat perangai pelik


assalamualaikum :)

sejak dua menjak ni ana selalu perhati perangai amsyar..
kadang2 ana sendiri tak boleh nak handle..
makin lama makin menjadi sungguh!
xtau nak cakap macam mana..
orang kata 'budak nak dapat adik memang macamtu"
yaka ? ampa ada pengalaman tak ?

bila ana balik kerja,amsyar mula buat perangai..
mak ana sendiri pun pelik jgk ngn perangai amsyar.huhu.
mak pun kata..'laa tadi main duk elok ja, hang balik terus jadi mcmtu."
yela..kadang2 ana pun faham budak2 kalau RINDU dia x reti habaq kan..
dia mula memberontak, nak perhatian..nak manja.
OK..kita layankan saja, dulu ok, tak melebih2 sangat mengamuk dia..
tapi sekarang ana sendiri rasa macam tekanan jugak laa..
kalau ana hilang sabaq,silap2 boleh pukul dia..tapii tak bolehh..kesian.
dia baru umur setahun lebih, xkan dah nak pukul kot dengan perangai mcm tu.
org kata macam kena 'tantrum'...

bila amsyar mengamuk,semua tak kena. ana duduk tak kena,ana bangun x kena..
dukung pun x kena..haishhhh..kita pun boleh naik angin jugak..hahaha..
kira susah jugak nk pujuk dia bila dia mengamuk....
tarik napassss..urut dada..alahai anak ibu.......
tapi bila mai angin dia happy,buat lawak..gelak tu kuat gilaaa!
sampai abahwan dia kata ' haaa..gelak kuat, qeyau pun kuat mcm tu lah'

dulu..abah ana pun x leh dengaq amsyar mengamuk or qeyau..
dia marahkan mak ana pulak...sebab dia tak suka amsyar qeyau mcm tu.
tapi sekarang, abah ana sndri dah paham..mungkin sebab dia nak dapat adik.
dia buat perangai macam2..

sekarang ni suka tengok DVD pocoyo, upin ipin..
malam2 kacau ayah..ayah nk tengok bola amsyar nk tengok karton..
haa..berebut la ampa dua..ibu tidoq dulu..hehehe..
kalau kat rumah, ayah dia la yang dk melayan amsyar..
buat perangai macam tu jugak..entah sampai bila la...


Harap2 lepas dia ada adik nanti..matang sikit kot kan.hehe
sekarang nampak baby pun dia dah sukaa :)

# pic bawak anak pi taman sat time rehat waktu keja.




Tuesday, 11 February 2014

Dah setahun HERO ayah ibu :)


assalamualaikum...
Teringat kembali saat menanggung kesakitan ketika melahirkan dia.
sebaik saja dia dilahirkan..ajaibnya kesakitan yg ku tanggung itu hilang serta merta kerana melihat wajah comelnya di letakkan di dadaku, pertama kali ku menyentuh dia, ku cium, ku menyusukannya.
subhanallah..indahnya perasaan itu pertama kali bergelar title ibu :')

dulu ana selalu je fikir,
boleh kah ana menjaga anak ? sedangkan ana nk dukung baby pun tak reti dan tak berani.
boleh kah ana berjaga malam ? sedangkan ana mmg tido tak sedar diri.haha..opsss!!
boleh kah ana bersalin secara normal ? sbb ana sendiri dulu takot nk bersalin.hihi.
boleh kah ana menjadi ibu yg penyabar ? sedangkan ana ni panas baran jgk.haha.

tapi.....apa yg ana fikir itu,alhamdulilah...semua ana boleh buat.
yelaaa..ana rasa keberanian tu dtg secara tiba-tiba bukan di buat2.
lama ana tak cerita pasal putera hati ana dan suami ni.
nak cerita bermula dari lahir sampai la dah berumur 1 tahun :)
sekejap je masa ni berlalu kan ?
dan bulan febuary ni Muhammad Rayyan Amsyar dah masuk umur setahun 11 feb !!
ya ALLAH..cepatnya anakku membesar, terasa macam semalam je baru bersalin.hihi
harini nak bercerita tentang putera hati dari lahir sampailah umur satu tahun :)

Biodata :
Nama penuh : Muhammad Rayyan Amsyar bin Shafize
Tarikh lahir : 11 FEB 2013
Tempat lahir : Hosp.Sultan Abdul Halim, Sg.petani,kedah
Menerap : Umur 5 bulan
Menyulur : umur 6 bln
Merangkak : umur 8 bln.
Tumbuh gigi : umur7 bln
Berdiri : umur 9 bln
Berjalan : belum lagi.hihihi

semasa baru lahir..
tanggal 11 Feb 2013 tepat jam 8.06mlm ibu melahirkan kamu..


umur 1 hari :)
sebenarnya banyak lagi gambar amsyar tpi suma pic ni ana amik dari FB je.huhu
hari ke 7- baru di berikan. Muhammad /ygt terpuji ,rayyan /pintu syurga (pilihan ayah), amsyar / kecerdasan (pilihan ibu)
so muhammad rayyan amsyar jadi pilihan kami...

umur 17hari

umur 1 bulan
masa ni dah lepas pantang, so bawak amsyar lawat ke rumah nenek :)
amsyar dah boleh senyum dan ajak bersembang masa umur belum cukup sebulan, kira masa tu time pantang laaa..yg boleh perasan dia ajak bersembang tu sbb abah ana la duk acah2 dia..pastu dia bunyi suara,pelan je suara..hehe..mmg comel sgt dia ajak sembang tau!


2 bulan
masa umur 2bulan dah pandai senyum2 sampai nampak gusi.hehe, isap jari, dah tau nama sendiri :)

umur 3 bulan
masa umur 3 bulan, amsyar sgt suka keluar berjalan dgn ayah n ibu, tgok senyuman dia sudahlaa.hehe :)
baik je dia kalau kuar jalan2..xpernah nk menjerit or menagis..kira senang nak bwk pergi mna2 ja. sebab tu maktok dia suka usung pi sana sini..x kacau langsung!

umur 4 bulan
umur 5 bulan

suka tengok amsyar masa umur 5 bulan. sbb dia bambam sangat !!!!!
serius rasa nk gigit pipi dia.haha..suka sangat jelir lidah tuuuu..
masa ni baru boleh menerap.. ada budak menerap awal kan 3 bulan dah boleh, amsyar 5bulan.hehe
lain budak lain pekembangannya..ada lambat, ada cepat.

umur 6 bulan (raya 2013)
tahun 2013, raya bersama anak :) nasib la pakai kopiah time raya dia tak buang.huhu.. bwk pergi melawat rumah saudara langsung tak buat perangai! seronok je dia..


umur 7 bulan

amsyar seorang yg suka senyum ! ada lesung pipi kiri n kanan.. ikut ayah dia kot.hehe


umur 8bulan
biasalah..umur mcmni pantang jumpa benda sikit nak masuk mulut kan ?
dah boleh duduk, baru nk merangkak..

umur 9 bulan



umur 9 bulan..belajar makan sendiri :) dah pandai isap straw..

umur 10 bulan

11 bulan

dah mkin selim.hahaha.. kesian kan ? dulu kecik2 berisi jugak haa..
masa ni dai dah xlalu nk makan nasi, dia lebih suka makan buah..


12bulan (setahun!!!)

ini yang terbaruuu !! 
amsyar bila berhadapan dengan orang lain, dia tak perakkk..ehh..ko faham ke?haha
kira tak de masalah la..tak larik...biasa ja..
orang buli pun dia buat tak tahu, tak kedekut ok!
tapiii kalau benda yg dia nak kita tak bagi, mengamuk jugak.haha
suka tidur lewat..time tidur dia pukul 1-2pagi. kadang2 lajak sampai 3-4pgi.
naseb la ibu kau tak keja ofis hour kui 8pg dah kena pi keja..nasib la keja koi 10pgi,dpt rest jugak.
amsyar ni sgt manja dengan ibu ayah dia. kdg2 terpikir jugak mcmne la klu dia ada adik nanti :P

to my son :- Muhammad Rayyan Amsyar bin Shafize.
(andai 1hari nnt amsyar dah besar dan terbaca entry ni, )

selamat hari lahir anakku yg pertama.
tak terasa kamu semakin membesar.
senyum di wajahmu membuatkan ibu dan ayah kuat utk selalu menjagamu..
semoga menjadi ank yg soleh dan dpt menjadi seorang pemimpin dan contoh kpd adik2.
ibu dan ayah sayang kamu sgt2 :')