Showing posts with label INFO Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label INFO Kesihatan. Show all posts

Thursday, 3 April 2014

KHASIAT PISANG YANG ANDA TIDAK TAHU!


assalamualaikum semua!
anda suka makan pisang tak ?hehehe
ana suka sangat! kalau ada pisang mesti nak buat banana shake!! :)
campor dengan ESP pulak kan..perhhh !! yummyyyy!!
harini ana nak share tentang khasiat pisang.
ana pun baru ja tau nih..hahahaha..



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.
Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya.

ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah. kata-kata ; "Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

**Kesimpulannya, pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Satu lagi; ingin kilatkan kasut??
Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Friday, 27 December 2013

Makanan elak MULUT anda berbau !!






Masalah mulut berbau berlaku akibat pembiakan mikro atas lidah, khususnya pada bahagian belakang lidah. Keadaan ini dipanggil halitosis.

Ia juga sebabkan tabiat individu mengawal pemgambilan makanan atau diet. Sejenis bahan kimia digelar ketones akan dibebaskan ketika bernafas apabila lemak dalam badan dibakar.

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


Info Punca Mulut Berbau

Makanan 
Sisa makanan terselit pada celah gigi. Makanan mengandungi minyak mudah bertukar menjadi gas (menghasilkan bau) seperti bawang putih, bawang merah dan sesetengah sayur-sayuran dimasak dengan rempah. Selepas makanan ini dicerna dan minyak yang berbau diserap masuk ke dalam salur darah ia seterusnya dibawa masuk ke paru-paru. Gasnya akan dibebaskan melalui pernafasan. Proses ini berterusan sehingga makanan tadi dikumuhkan daripada badan.

Abai kebersihan gigi
Tabiat membersihkan gigi yang buruk antara punca utama nafas berbau. Sisa makanan pada celah gigi menggalakkan pembiakan bakteria penyebab bau mulut. Jika tidak dibersihkan, bakteria akan terus berkumpul dan membentuk plak. Jika tidak diberus akan menyebabkan radang gusi (gingivitis) dan mereputkan gigi.

Mulut kering
Air liur membantu membersihkan dan melembabkan mulut. Mulut kering menyebabkan sel mati berkumpul pada lidah, gusi dan pipi. Sel mati terkumpul akan mereputkan gigi danmengeluarkan bau. Mulut menjadi kering ketika tidur juga menyebabkan berbau pada keesokanharinya.

Tembakau
Semua hasil tembakau tidak kira jenama membuatkan mulut berbau. Merokok bolehmengeringkan mulut dan mengakibatkan bau tidak menyenangkan.

Diet keterlaluan
Individu yang mengamalkan diet keterlaluan mengakibatkan pengumpulan bahan kimiaketoasidosis yang terhasil ketika mereka menahan lapar.


✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


Bagaimanapun, kajian lima makanan di bawah boleh membantu menghapuskan bakteria penyebab nafas berbau.



1 Strawberi
Buah ini bukan saja lazat dan berkhasiat, malah membantu mencegah bakteria serta kuman penyebab bau mulut. Kandungan vitamin C yang ada pada buah ini juga bagus untuk melawan jangkitan bakteria.






2 Teh
Hidangan teh hijau atau merah tanpa gula mengandungi antioksida dalam teh mencegah berkembangnya bakteria pada bahagian mulut.






3 Kacang Hazelnut
Siapa sangka kacang juga boleh mencegah bau mulut. Cuma kunyah seketika. Kunyahan itu akan menerbitkan zat pada dinding mulut.






4 Yogurt
Pengambilannya mampu mengurangkan perkembangan bakteria penyebab nafas berbau. Kajian pakar perubatan di Jepun menunjukkan pembentukan plak di gusi akan berkurangan apabila minum yogurt.





5 Epal
Mampu mencegah kemunculan plak pada gigi.





# Credit