Thursday, 22 August 2013

PURI MEMURI DAN BUBUR NASI BAYI



As salam..hyepp!!
sekarang ni bila anak dah start makan.
ibunye plak yang excited dan terpikir2 nak buat makanan ape yang patot untuk si kecil tu kan?
macam ana senang je..untuk memudahkan mak ana jugak..sebab Rayyan Amsyar duk umah maktok dia sehari ok..jadi makan minum mandi semua kat rumah maktok.hehe
jadi ana buat puri frozen sebab bila buat puri ni, jadi mudah bila kita nak sediakan bubur bayi.


bagi ibu2 yang masih lagi konpius tak tahu nak bg anak makan apa..
boleh rujuk kat bawah nie :-


klik untuk lebih besar !!


kalau boleh ikut 4day rules, contohnya kalau bagi puri buah apple, bagi secara 4day untuk tengok anak alergik ke tidak. kalau ok, teruskan makanan lain pulak 4days ok?
tapiiii...ana derhaka sikit. tak ikut pon 4days rules ni.hahaha.
kemain ko kan?? ajar orang tapi sendirik pon tak ikut.hihihi..


sila abaikan periuk hitam tu..hahahaha

1. kupas buah dan sayur yang nak di buat puri, basuh dan toskan. kemudian masukkan buah dan sayur ke dalam periuk dan masukkan air.buah dan sayur boleh di stim ataupun di rebus macam gambar di atas. better stim je sbb khasiat buah n sayur tu tak hilang :) gambar di atas, ana nak buat puri kentang.

2. bila dah lembut, blend kan buah or sayur tadi. sebelum blend pastikan buah or sayur tu dah sejuk / suam2 sebab kalau ko blend benda panas2 nanti blender ko rosak. kena beli lain pulak! haishh..sebelum terjadi baik jangan buat kan.


Bekas ni ana beli kat GIANT je. berapa RM entah..huhu *terlupa*


3. bila dah blend, masukkan dalam bekas kiub macam di atas, sebenarnya terpulanglah nak letak dalam bekas mana pon, tapi kena ada penutup ok. supaya makanan yang di bekukan tidak tercemar :) nak mudah letak je dalam bekas macam nie sebab nanti nak masak bubur ambil seketul2 ajer. Simpan dalam Freezer ok.



INI PURI YANG ANA DAH BUAT....



bila kita dah buat puri, jadi bab nak masak bubur jadi mudah la.. semudah ABC, ehhh!! semudah 123*sama je la..haha



CARA MASAK BUBUR :-



setiap kali masak, ana akan masukkan 2sudu beras, 2 ketul puri, dan 1cawan air.
kalau nak bg makan buah pulak, ana akan campurkan sedikit Susu ibu or FM.

ni resepi yang ana pernah buat ( ewahhh! kemain..ada resepi mcm master chef!haha)

1. nasi + kurma ( faberet amsyar! manis2 kurma )
2. nasi + carrot + brocoli
3. nasi + sweet potato ( sedap,manis dan berlemak! )
4. nasi + labu
5. nasi + kentang.
6. puri epal + susu ibu (masam2 manis epal! yummy!)
7. dan macam-macam lah..pandai2 la mix kan untuk anak sendiri..hehe

kalau nak lemak guna kentang, nak manis guna kurma, nak masin guna ikan bilis (ana belum buat lagi stok ikan bilis, mybe amsyar umo 7bln baru nak bg rasa ikan bilis pulak :)


Yang penting kat sini, NO SALT, NO SUGAR !!!!!





Saturday, 17 August 2013

ANNA HENNA SP,KEDAH




IKLAN DI TIMELINE FACEBOOK ANA :)

assalamualaikum dan salam sejahtera !!
rasa lama pulak tak membebel..eh ?
sebelum ni post bab SHAKLEE je..tak membebel pon kan? hahakk..

selain dari berniaga, ana suka sangat melukis!
yes!! melukis adalah satu hobi yang wajib ana masa zaman sekolah dulu.
kemahiran melukis ni mungkin turun dari mak ana..
dia pun kreatif jugak!
masa zaman sekolah, bab nak melukis poster, ana memang wajib masuk pertandingan..haha *pulun!
Kadang2 ada jugak kawan2 upah suruh lukiskan sesuatu untuk depa..*dapat duit ok!
tapi bila teringat balik.....
yang ana perasan lah. ana banyak sijil melukis poster dari sijil or trofi2 kokurikulum ke hapa..hahaha
bab nak lari2 memang tak suka !!! *walaupun badan kurus, tapi tak larat nak lari pon! :P
*lupakan pasal cerita melukis ni..terlajak cerita pulak.

sekarang ana dah mula buat perkhidmatan melukis HENNA untuk bakal pengantin.
Ramai tanya ana, ana pergi kursus ke belajar melukis henna nie?
jawapannya tidak! ana cuma mencari idea dan contoh2 yang menarik dan simple je kat google.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *
ANDA BAKAL PENGANTIN ?
masih tercari2 servis melukis henna ?
meh contact ana.. serius ramai yg berpuas hati!*Alhamdulillah :)
  • khas untuk area Sungai Petani, kedah sahaja! jika anda berada di luar kawasan ini, insyaALLAH akan di pertimbangkan jika tiada apa-apa halangan.
  • Cas pengangkutan akan di kenakan sekiranya Ana pergi ke rumah anda.
  • Pemakaian inai pengantin haruslah di buat awal sehari sebelum majlis.
  • sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu, jika ada saudara mara yang berminat untuk berinai sama.
  • Harga kemungkinan berubah jika ada penambahan corak yang di minta.
  • sila buat tempahan awal, kerana waktu kerja dan cuti ana tidak menentu,ini kerja partime sahaja bukan fulltime.


ini design HENNA yang ana pernah lukis :)








 bab design, ana dah sediakan satu file design khas untuk customer ANNA HENNA SP.
Anda di beri pilihan, jika anda mempunyai design yg lain, insyALLAH ana akan cuba hasilkan design sepertimana yang anda mahu.


HARGA ??? !!
Yang pasti..harga Ana lah yang paling murah sekali !!hehe
nak tahu pasal harga, sila mesej ana.
harga tak penting untuk ana, biar orang kata murah,
 yang penting adalah kualiti dan kekemasan henna yang di hasilkan!
Bila anda suka dengan hasi henna ana, cukup buat ana rasa puas hati..*ewahhh!haha.

NAMA, PAKEJ INAI, TEMPAT TINGGAL
ke 017-4663393 (ana)
PAKEJ INAI :-
  • SINGLE ( lukisan corak atas tangan/ simple sahaja)
  • SERI ( lukisan corak atas tangan dan jari jemari)
  • COMEL ( lukisan corak atas tangan, jari jemari, atas kaki or keliling kaki)
  • CANTIK ( lukisan corak special atas tangan,tapak tangan, jari jemari, atas kaki, keliling kaki dan full cap jari tangan dan kaki)-khas untuk pengantin.

jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi ana di talian  call/sms/ whatsapp 017-4663393, atau add ana di facebook SINI -> Anna Shafize untuk lihat koleksi Anna Henna SP dengan lebih banyak lagi!! Boleh follow kat istagram AnnaShafize jugak ya!


Terima kasih :)




Tuesday, 13 August 2013

Cara penyediaan beras untuk memudahkan masakan bubur bayi :)



assalamualaikum...
harini ana nak kongsi serba sedikit tentang penyediaan beras untuk bayi,
apa yang kita tahu,setengah orang, masak nasi dan sayur dulu, baru blend !
tapi ana sediakan beras yang sudah di blend dulu, buat pure carot,labu dan lain2 sayur simpan dalam freezer.
lepas tu kalau nak masak, masukkan semua dalam periuk kecil.
buka api perlahan dan 5-10minit dah siap!! cepat kan ???
haa..ni la kaedahnya, senang dan cepat.

kenapa ana buat kaedah macam tu ?
sebab ana seorang ibu yang bekerja.
setiap hari ana akan hantar Rayyan Amsyar ke rumah mak.
mak ana yang mengasuh cucu kesayangan dia tu.. :)
jadi ana memang tak sempat masak bubur cara lama tu.
tambahan pulak, mak ana ambil upah menjahit dan buat kuih-muih untuk dijual.
Jadinya kami ni sama-sama sibuk..huhu..
bila ana buatkan kaedah macam ni.
senang lah mak ana nak sediakan bubur untuk Rayyan Amsyar tu..
tak ambil masa yang lama.

ok ana akan mulakan dengan cara penyediaan beras.
beras biasa / putih pun boleh beras perang pun boleh.
( PERNAH TAHU TAK KHASIAT BERAS PERANG ?? )
ana buat kedua-dua beras, setiap kali masak..1 sudu beras putih,1 sudu beras perang :)
Beras perang ana beli pack 1KG je, harga dalam RM 7.00 ++ ( terlupa )
beras perang ni terpulanglah pada kita nak bg anak makan brand apa.hehe




CONTOH BERAS PERANG YANG ANA GUNA :)




Kebaikan beras perang :-
1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
 

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
 

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? 

Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
 

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks
 

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
 
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya. 



ok cara penyediaan beras ni senang ja.
basuh beras bersih2 beserta selawat ye :)
lepas tu sangai beras sampai garing , bukan hangit k :P
maksud sangai tu menggoreng tanpa minyak..
beras putih pun buat mcm tu jugak. proses yang sama.



beras perang yang di sangai



bila beras dah garing dan keras-keras.
masukkan beras dalam blender kering tuh
( pastikan beras sejuk dulu baru blend sbb kalau blend beras panas2 nanti blender cepat rosak *bukan ana cakap, org yang yang cakap..ana bagitau je..hihihi )
kisar sampai halus.. ( untuk baby mcm amsyar baru nak makan kena blend halus mulus k, kalau baby dah besar sikit tu blend agak2 je la xpayah halus sangat..)




contoh : ni beras perang yang dah di kisar, beras perang mudah di kisar berbanding beras putih.

lepas tu masukkan beras yang sudah di kisar tadi kedalam bekas kedap udara.
mudah kan ?? bukan susah pun,yang paling penting kena RAJIN .....
macam ibu yang bekerja macam ana boleh buat stok beras ni untuk seminggu atau sebulan.
kita boleh buat setiap hari minggu masa kita cuti bekerja (**kalau rajin)
bila nak masak ambil je 1 sudu beras atau terpulang lah pada anda..
ikut la sukatan yang bersesuaian dengan umur anak anda ok..


itu je yang ana share..pasni nak share apa pulak ??? hehee
PUREE pulak la kan??









Saturday, 10 August 2013

Jom perkenalkan makanan pepejal kepada bayi anda!



Assalamulaikum..
apa khabar semua ?
hmm..macam biasa, bila nk menulis blog mesti kena pikir apa yang ana nak kongsikan kat sini :)
ana nak share tentang pemakanan pepejal bayi 6 bulan ke atas.
ana mula start bg Rayyan Amsyar makan masa umur dia 5 bulan ++..
kenapa awai ? sebab ana dah nampak ciri-ciri nak makan tu dah ada pada dia..
jadi ana tak sampai hati bila dia tengok orang makan sambil mulut nak kunyah..
sebelum bg makan, ana dah search ilmu ibu-ibu ni..bab pemakanan anak.
maklum la ana kan suka mecari maklumat yang ana xtau..
macam anda sekarang yang tengah mencari maklumat yang sama :)


Weaning
Apakah ia? Ada dua maksud. Kalau kat US, weaning ni lebih kepada nak berhentikan penyusuan susu ibu. Tapi kalau kat UK, wening ni bermaksud nak kenalkan makanan kepada bayi (tidak lagi bergantung kepada susu semata)Signs Your Baby is Ready for Solids
  • Loss of tounge-thrust reflex :: Refleks ni bertujuan untuk mengelakkan bayi tercekik. Kalau bayi masih ada refleks ni, lidah dia akan menolak makanan keluar (instead of bringing the food inwards)
  • Boleh "beri tahu" yang dia dah kenyang
  • Boleh tegakkan kepala dan duduk
  • Berminat dengan makanan
  • Berat lahir dah 2 kali ganda
  • Kerap bangun malam


apa yang ana tau,nurse tak galakkan kita beri makan kpd bayi 6 bulan ke bawah selain susu ibu or susu formula sahaja..
sebabnya usus mereka masih kecil..
setiap setiap baby tak sama, ada yang 4 bulan dah ready nak makan..
umur yang di galakkan perkenalkan makanan pepejal antara 4 bln -6 bulan :)
tapi ada yang masih belum cukup ilmu agaknya bg anak makan semasa lepas pantang..
sebab ??? orang tua-tua yang suruh...
alhamdulillah..mak ana dan mertua ana sangat bersetuju untuk ikut cara sekarang.
orang dulu xdak ilmu..jadi mereka selalu fikir bayi menangis tu sebab tak kenyang susu !
mula lah campur dengan nestum dan ada pulak yang bg pisang di lenyek2..
mereka langsung tak fikir usus bayi yang masih lembut dan kecil nak menampung makanan yang berserat mcm tu..
dan satu hal lagi, pemberian AIR MASAK !!
tahukah anda air masak tidak bagus untuk bayi ??
boleh merencatkan akal, membantutkan tumbesaran....
walaupun ana suka mencari ilmu di internet..sehinggakan mak ana sendiri gelar ana MAK INTERNET, ANAK PUN INTERNET !! hahaha..
lantak la...tetapi ana tak da lah SKEMA sangat nak ikut internet tu sebijik2 !
yang mana baik untuk anak, ana akan ikut, yang mana x baik ana cuba elakkan :)
MOM KNOWS THE BEST RIGHT ????bab pemakanan anak, ana memang menitikberatkan makanan yang home made!
kalau boleh ana nak elakkan dia dari makan nestum cerelac or biskut farley kecuali satu hari nanti keadaan betul2 memaksa. contohnya ,kalau amsyar dah tak nak makan home made.
sebelum ana bersalin lagi, ana dah mula search bab pemakanan anak..huhu
gila kan? excited jugak !! sekarang anak dah boleh makan lagi la excited sbb nak buat makanan yang berkhasiat untuk dia !!!!
first sekali ana plan nak buat beras yang siap di kisar supaya mudah untuk menyediakan bubur amsyar nanti.
dan satu lagi, ana nak buat puree..tahu tak puree ???
PUREE adalah sejenis makanan yang terdiri daripada buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah di rebus 0r stim lepas tu kisar sampai halus mulus, :)
puree ni sangat sesuai untuk bayi yang baru nak mula makan..
nanti ana share macam mana nak sediakan beras kisar dan puree :D


SHARING IS CARING KAN?
FOR MUMMY,MAMA,IBU,UMMI DAN EMAK :)






Monday, 29 July 2013

kenapa tajuk blog : Hanya Kasih cinta ??



hai kawan2...Kalau masuk blog sini, ana kira kawan la k :P
haaa..mesti heran kenapa lah ana letak nama blog ni..HANYA KASIH CINTA (ehh..perlu ke heran?hihihi)
mesti la bersebab, 'Hanya kerana KASIH orang boleh jatuh CINTA !!"
Hehehe..hebat tak????
amboi..kemain kooo....nak kasih cinta la sangat kenn...
tak dak lahh..bukan makna yang bukan2 ye....
ana letak nama ni..ana suka..(saya suka..saya suka! -memey upin ipin )
Kerana ana kasih pd anda..ana nak sharing macam2 kat sini..sharing is caring!!
supaya anda boleh jatuh cinta pd ana...ehhhh..bukan cintan cintun la ye!
Cinta pd produk yang ana duk promot ni arr!! huhuhu
Ana dah jatuh cinta pada SHAKLEE..

lepas ni ana nak cuba set Kecantikan pulakk...
Maklum la..bila dah jadi ibu, muka sendiri pun tak sempat nak jaga..
asyik jaga anak dan suami aje kan..huhu..
muka dah makin naik jerawat,*mungkin hormon masih tak stabil lagi.
muka pon dah nampak kusam sikit... :(
nak try set kurus mana bole..sebab dah kurung sangat dah ni!! :D
pastu nak cuba mealshakes pulak..untuk naikkan berat badan..
sedihh wehhhh...kalau jumpa kengkawan lama cakap ana makin kurus!!
berat sekarang 43kg je...huhu..maintain dari zaman sekolah..susah sangat nak naik..

kalau sesape ada masalah berat macam ana ni..BMI kurang berat la kan..
jom la kita cuba Mealshakes..ramai orang cakap mealshakes sedap tauu!!!
wahhh..tak sabar nak cuba..sebab sebelum ni ana makan ESP+Alfafa..
ESP ni bagus jugak untuk sistem penghadaman..
kalau sesape ada masalah sembelit..memang elok minum ESP ni..
ana dulu time pantang..memang takot ar kena sembelit! dah seriau kat luka tuhhh..
aihhhh....naseb baik minum ESP.alhamdulillah...selama berpantang sampai la sekarang memang xda masalah sembelit. Hari-hari membuang, baru la sihat kan!!

kalau anda nak dapatkan set Shaklee..boleh la hubungi ana di talian 017-4663393,
kalau rasa segan nak bercakap anda boleh add ana di facebook jugak!
kalua rasa malu ??? ha..email je di nurulfahanasb@gmail.com.
jangan malu jangan segan..mau hidup sihat, mesti la kena berusaha...kan?
ana seorang yang peramah sangat.. sape2 pun ana boleh jadi macam kawan kenal 10 tahun!haha

macam set shaklee tawarkan, bukan sahaja untuk wanita berpantang dan menyusu, malah untuk kecantikan dalaman dan luaran jugak! dan banyak lagi...............................



Apa yang menarik jika beli dari Ana?
✔ Percuma panduan makan vitamin 
✔ Konsultasi berterusan
✔ Jaminan pulangan wang jika vitamin yang di pos tidak sampai kepada anda.




 JADI APA TUNGGU LAGI ?? JOM BERUBAH UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT DARI LUAR DAN DALAMAN :)


Thursday, 25 July 2013

PENGALAMAN BERSALIN ;)

Haluu..
Assalamualaikum...
Pada 11 FEB 2013, jam 8.06pm...
Ana selamat melahirkan seorang baby boy..
seberat 2.8kg, secara normal...normal ok!!
macam tak percaya dah jadi seorang ibu...
mental dan fizikal duk macam budak2 je lagi..hihi

Ana tak sangka yg ana dapat bersalin secara normal..
sbb masa kandungan 7bulan. doc ada cakap..kemungkinan ana bersalin secara induce or operate
sbb perut kecik sangat..baby x dapat nak membesar ruang sempit !!
tapi itu doc cakap..kuasa ALLAH swt kan..ana bersalin masa kandungan 38week / 9bulan.
Alhamdulillah..........x da masalah pada anak n ibunya juga :)

cerita bersalin......

10 FEB 2013 ( raya cina pertama )
hari raya cina..ana cuti selama 3 hari..
terus pergi bermalam kat rumah mak ana..
saja nak manja2..hehe
masa ni tiada tanda bersalin pun..hati kemain excited tunggu turun tanda..
sbb tak sabar nak jumpa baby...
makan pun dengan seleranya.......sempat jugak la ngidam apa yg belum dapat..


11 FEB 2013 ( raya cina kedua )

11.30pagi
lepas bangun tidur
tetiba rasa sakit pinggang..dan sakit perut rasa nak membuang..
lepas membuang je..still sakit pinggang on off...
5 minit sekali sakit pinggang tuuu, masa ni tak terpikir pon ni kontraksi bersalin betul2..hehe
dan terlupa yang nurse ada pesan kalau sakit pinggang 5 minit sekali terus pergi hospital..
yang ana ni masih lagi nak tunggu turun tanda samada keluar darah ataupun air ketuban..
takot jugak nak pergi hospital, kena2 belum sampai masanya lagi, kena balik pulak..
malu pon ada...tak nak la macam tu..hehe


12.30 tgahri

sakit pinggang lagi tapi masih boleh bertahan sebab selalu rasa sakit pinggang sepanjang mengandung nie...
yang ana perasan baby kurang gerak haritu! tu petanda nak bersalin ok!!
masa mak tengah masakkan lauk tengahari, ana bagitau yang ana sakit pinggang.
mak mula x senang hati, dia rasa bimbang,tapi sempat pulak dia bergurau!
mak cakap 'nasib baik la hang pakai kain batik baru harini, kot la bersalin terus p hospital ja..xpayah salin dah' huhuhu..
ana mintak mak buatkan kuih lepat liat *dalam sakit2 pun duk teringin nak makan mcam2 lagi*
sedap woohhh..mak buatkan....pas makan ana lending2 kat dalam bilik...
rasa jugak sakit pinggang tu..dah banyak kali kuar masuk toilet rasa nak membuang tapi hampeh..
tu pun xsedar diri lagi , sakit tu dah nak bersalin. *masih boleh bertahan :)


2.00ptg

call suami, bagitau dia yang ana sakit pinggang dari tengahari sampai sekarang x lega lagi..
dia cakap sabar la..japgi urut2 hilang la tuhh..
sempat jugak mintak dia beli Coconut shake!! yummyyy..teringinnye nk makannn!!!haha
tapi tak kesampaian nk mkn coconut shake tu sbb habis, gerai tu suruh datang malam nti..
sempat main GAME dengan adik pastu terlelap tidur...........
bangun tido pun rasa lagi...hmmmmm..
tapi tak keluar tanda pon :(
sampailah ke petang.............


6.00 ptg

Sakit pinggang yang dah tak boleh di tahan lagi..
sakit tahap nk patah pinggang.. *bole bayangkan tak??' hehe..
suami call mama nya..Tanya pendapat nk pergi ke hospital ke tak..
maklum la mak mertua pencen nurse..dia lebih memahami kot! huhu
last mama suruh pergi check dulu..kalau belum masanya balik la..
dengan NIAT nak pergi CHECK aje.....



7.00 mlm

naik kereta abah, kebetulan mak n abah nak keluar pergi Tesco,
jadi depa hantar ana dulu ke hospital,
sampai kat depan pintu dewan bersalin,ana dah tak boleh jalan....*tetiba  je'
naik whellchair, mak tolakkan (merasa jugak aku naik whellchair ye)
sampai kat dalam tempat pendaftaran,
nurse mula menyoal, sakit dari pukul berapa....bla......bla....
pastu suruh timbang...haa..masa timbang ni la..
tetiba poppp!!! keluar air suam2 n campur darah.....masa keluar air ketuban lah rasa lagi sakit dari sakit pinggang tadi..
memang rasa ada benda nak terkeluar je..tapi dok tahan2..
muka ni dah memang lain macam sbb tahan sakit..huhu
nurse suruh berjalan sendiri pergi check CTG..
dah la sakit...pastu suruh jalan sendiri ????!!!!
terbongkok2 mcm nenek kebayan dah aku jalan..
serius rasa nak marah sgt sb aku rasa kaki dah jadi krem nk jalan, tp gagah jugak!
tp mungkin depa pikir anak sulung ni lambat...ok aku terima..

Masa check CTG tu sakit rasa nak meneran dah ada..tp tahan jugak...
dalam masa yang sama, baca surah nabi yunus..n ayat kursi banyak2..
Doktor datang...perempuan ok.muda lagi..comey!!
dia check VE.....tetiba dia cakap..ya ALLAH..dah FULL !!!!!! EMERGENCY !!!
ha amek kau...nurse kat situ kelam kabut sediakan persiapan kat bilik bersalin..
ana terus di tolak ke bilik bersalin..


8.00 mlm

masa kat bilik bersalin ni lah yang paling kelakar sekali..
bukan apa....yang depan suruh PUSHHH!!
yang best tu..ana cakap, 'kejap2, sy tak rasa lagi nak pushhh..hihihi'
Yang kiri mintak tangan nak cucuk jarum utk masuk air..
Yang kanan pulak...mintak tangan nak letak gelang nama tuh..
hahahaha..kelam kabut wehhhh...
tapiiii...meriahhh gila kat dalam tu..ramai jugak aku rasa..
masa pushhhh tu ramai jerit2..lagi2.....
ada yang tolong tolak perut...hehe....meriah sngguh! suma ppuan..lega!
ada la 4...5 kali Pusshhhh jugak! jam 8.06mlm baru la keluar my baby...syukur alhamdulillahhh!!
syukur sangat2.......macam tak percaya mampu je nk bersalin normal..
alhamdulillahh..allah swt izinkan ana bersalin normal..
nurse tunjuk jantina, n ana cakap baby BOY :)
nurse tnya, baju baby ada tak??
'alamakkk!! sy datang sehelai sepinggang aje....cuba Tanya suami saya kat luar, mungkin dia bawak'
hehehhee..NIAT nak dating check je..sekali terus nak bersalin...

selesai suma...nurse bersihkan baby.. dan letakkan atas dada..
perasan jugak baby ada tanda lahir kat lengan..kecik je..
haaaa...senang la nk kenal anak cmni.. (takot tetukar plak mcm cerita indon tuuu) bole ana pikir mcm tu????
yang pelik tu..kenapa ana tak rasa nak keluar air mata syahdu melihat anak depan mata..hehe
tp hanya ALLAH swt saja yang tau betapa gembiranya hati seorang ibu bila dah selamat melahirkan khalifah yang di nanti2 kn tu...tau!!
nurse jahit luka episiotomy...normal la klu bersalin anak sulung, memang kena bukak laluan sikit..hehe.. bab jahit tu rasa serik sikit, terasa benang2 yang di cucuk walaupun dah di bius 2x..
pastu nurse bg baby..suruh menyusu,,ya allahhh..comey sungguh anak aku *dlm hati
mulut nak isap nen....serius momen tu sangat indah untuk ana..
mula2 dia xpandai nak hisap..tapi lama2 dia boleh hisap....
susu pon x keluar banyak lagi..hanya susu kolostrum sahaja..warna kuning2 tu :)

selepas selesai semua..
nurse tolak ana keluar kat bahagian pendaftaran..
mak abah...adik2..mak mertua n suami tunggu di luar...
semua pakat mai tengok ahli keluarga baru nie :)
masa ni rupa2 nya semua tak tau jantina baby ana apa..kecuali ana..
nurse suruh bukak pampers tengok sendiri...huhu..mak mertua cakap, memang polisi depa cmni..
suami azankan baby kami.....

lepas tuuuu..baru nurse bawak ana masuk wad bersalin..
bermula laaa malam pertama bersama baby ana....
ni lah pertama kali ana masuk hospital..hehehe



baru je lahir..dah celik dah..hai budak zaman sekarang kan..








Bambamm sungguh!!!!! ikut muka sape ek ??????


PESANAN :-

bg ana sakit bersalin ni.. xda lah sesakit mana..
Alhamdulillah...sbb ana rasa ana sakit kejap ja..
setiap pengalaman org xsama kan?? masing2 ada bahagian nya tersendiri..
Alllah dah permudahkan untuk ana...syukur sangat2...
yang penting, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal..
masa dah dekat nak due tu..selalu la baca pengalaman bersalin org lain..
supaya kita dapat bersedia dengan proses kelahiran....
masa mengandung ana selalu buat senaman memudahkan bersalin..
banyakkan berjalan,...ana tak ikot pun petua orang dulu2..
bg ana..ana percaya, kalau Allah swt nak permudahkan untuk ana.
insyaALLAH akan permudahkan, banyakkan berdoa....percaya dgn kebesaran Allah swt.










PENGALAMAN MANIS : MENGANDUNG :)

Teringin pulak nk share pasal ana mngandung 9 bulan tu sampailah bersalin..
Bg ana, ini la pengalaman yg paling manis ana lalui sbg seorang ibu,
ya..pengorbanan ibu memang besar! besar sgt!
bila dah ada anak, baru rasa mnyesal dulu2 duk derhaka kt mak :'(
Tapi dah mintak maaf banyak2 dah sbb kecik dulu mmg ketegaq!hihi

Alhamdulillah..ana betul2 tak sangka ALLAH nak bg rezeki anak tu awal utk kami..
kalau ikutkan period ana sepatotnya datang masa hari kenduri tuh tp xda pun....
yela..ana kan NIKAH 2 minggu awal..hehe
baru 3 minggu kami kawin, masa tu pergi honeymoon..masih x period.
Rasa pelik jugak..ajak En.suami pegi beli UPT kt 7eleven terdekat.
Try check tapi 1 line,1 line lagi kabur mmg xjelas pun..
esok tu pegi jumpa doktor pulak sbb takot darah period xdatang ( patot ke risau?? )
Test UPT jgk tp negatif.. OK, sebenarnya ana x berharap sgt pun,
kalau ALLAH nk bg rezeki tu, ana terima ja.
Doctor cakap Hormon x stabil  sbb tu jadi mcm tu..

Semingu kemudian, mula la rasa lain,
Hati ni asyik kata ana mngandung..
mula lah ana search tanda2 mengandung kt google! hehe
yes! kebanyakan tanda tu ada pada ana :)
Tetiba rasa excited dah!
Terus pegi beli UPT kat farmasi pulak. sbb rasa tertipu jerk dgn UPT 7eleven tuh..hahaha.
Pagi esoknya, waktu subuh tu baru ana chek,
terkejut sgt bila tgok double line!!
Ya Allah..rasa macam tak percaya sgt nk jadi ibu dah..
Tunjuk kat En.suami, dia sengih2 je..
macam tak percaya jugak....
1001 perasaan ada dalam hati..

bila dah tahu diri ni mengandung,
baru pergi klinik,nak buat pengesahan betul ke tidak..
kdg2 pernah jugak UPT + tp x mngandung pun..
masa doktor scan tu doktor tunjuk ' ini jantung anak kamu'
Ya allah..kecilnya..hanya 8mm jer :')
Ruginya En.suami xdpt tengok di sebabkan kerja haritu,
kalau nak pergi sama2 memang susah sbb cuti x sama..
tapi ana hantar mesej jela, dia cakap dia dah melompat2 kt tmpat keja.. ( lawak betul)

Bermula lah episod trimester 1,
Masa ni yg ana ingat muntah ajer..huhu..
ana muntah on off sampailah 4 bulan..
rasa terok sangat2..sampai tak boleh nak makan pagi langsung..
makan je buang..kdg2 sampai sedih sbb pikir 'asyik muntah aje, ank dlm perot ni xmkn apa' hehe
ana ingat lagi makanan pertama yang ana mengidam..
iaitu IKAN SALMON MASAK STIM!
perhh...suruh en.suami pegi beli kt tesco,
kita masakkan..puas la makan ikan salmon tu tau!hehe
masa ni pergi kerja masih sendiri..naik motor...
tapi risau la jugak...
 Makan pertama yang ana ana ngidan :)
 kesian kat suami sebab keletihan kerja shift malam, teman isterinya g checkup..hihi
Trimester 2 pulak lain ceritanya..huhu
masa mgndung 5 bulan..perut langsung x nampak!
org lain perut dah makin ke depan..
masa ana mengandung 4 bulan, ana mengalami kegatalan kulit..
yang peliknya..sebelah kanan aje dia naik..
bermula dgn tangan kanan.. lepas tu kaki kanan..
kiri tak naik pon!! mak kata pembawakan budak sama..
hmmm..macam2 kan? tapi lama2 naik jugak sebelah kiri..
nasib baik la x naik dekat muka..huhu..
sapu ubat pun x da kesannya..tiap malam garu2..sampai lekat parut :(
dah tukar cadar bantal semua pun tetap sama jugak....
ujian dari ALLAH...kesakitan itukan penghapus DOSA kita kan?




 masa ni baru 4 bulan...huhu
 kandungan 7 bulan :)
last sekali trimester3 pulak.....
masa ni perut mmg dah nampak,
tapi x besar mana pun..tetap comel..hahaha ( perasan kejap!)
suka betul masa mengandung ni sbb masa ni muka nampak tembam sikit..
yela ana kan kurus kering..dari berat 43kg naik sampai 54kg je..x banyak kan?
masa ni dah kurang alahan, gatal2 pun dah xda...
masa ni mmg suka berjalan2..shoping sana sini..
masa mgndung 9bulan tu. hari2 en.suami ajak pergi exercise kat taman,
banyakkan berjalan....senang utk bersalin..
pergi kerja pun dah xnaik motor sendiri sbb rasa nak tekeluar aje ank tu klu langgar kelopak!
kalau naik motor duduk di belakang OK lagi dripada ana yang bawak..hihi.
en.suami yg hantarkan ana hari2 pergi kerja, naik kereta lebih selamat :)
perasaan ana masa ni teringin sgt2 nak tengok baby..
ikut muka siapa..ayahnya ka..ibunya ka..
Rasa takot tu dah kurang sbb keinginan nk jumpa baby lagi tinggi kan...
masa ni ramai kawan2 Tanya 'BILA NAK BERSALIN NIE?'
ana cakap..due 24 Feb 2013, tp entah la..klu dia nak keluar awai..
mungkin RAYA CINA ni :)
eh..kenapa ana cakap raya cina nie?
 9 bulan dah :)





Cuba teka? anak ana keluar bila?hehehehe..