Thursday, 22 May 2014

DIY :: LAMPU !!


Assalamualaikum..
harini nak share DIY lampu.
tapi bukan ana yg buat la..hihi..
boleh jadi rujukan untuk kita semua jugak ni..
mana lah tau ada bahan yang dpt di kitar semula..ye dak ?

jom layan gambar  :)


comey tak? kreatif gila kan ???
























ok cukup setakat tu..hehehe.
selamat ber DIY ya ! :)

Sunday, 11 May 2014

Kerana WANITA itu unik




Dari kawan "Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami.
Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"

Jawapan Ustaz :

"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, 
tapi suami akan ditanda Malaikat sebagai durhaka pd Allah SWT.

Karena isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang
tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.


Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pengorbanan mereka, 
walaupun kecil dimatamu, baginya besar bagi dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, 
setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya
adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

renungan sepintas lalu...


Mengapa WANITA sering menangis?

Jawab Allah :

Kerana WANITA itu unik.

Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh
teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat.

Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

WANITA sangatlah istimewa...

***ya ALLAH aku bersyukur di lahirkan sebagai seorang wanita :')

Thursday, 8 May 2014

AISKRIM buah buahan untuk kanak-kanak


Assalamualaikum..hai semua :)

bila si kecil dah semakin besar, apa orang makan, dia pun nak makan jugak kannn.
orang makan ais, dia nak ais..makan sikit boleh la, tapi kalau nak banyak2 ibu rasa ibu kena buat aiskrim 1 malaysia.hehe. aiskrim buat sendiri ni lebih selamat dari aiskrim yang jual di pasaraya.
yelaaa..gula banyak! nanti kena kencing manis plak..hehe

mula2 tu plan nak buat aiskrim letak dalam bekas tuh.
ala bekas mcm aiskrim siap dgn batang pemegang tuh!
tapi bila fikir balik, amsyar ni baru 1 tahun ++ , habis belemoih nanti klu guna hat tu.
last2 dapat ideal buh dalam plastik..

makan ais sambil tgok tv.huhu

AIS KRIM EPAL + KURMA

Ana buat buah epal, sebab amsyar suka buah epal.
kurma sebagai pemanis, penganti gula.


1 biji buah epal (kalau nak buat sikit )
5 biji kurma.
Susu Formula (kalau ank xminum susu formula, tambah ais suam ja)

cara-cara :-
1. potong buah kecil2. pastu stim buah epal n kurma sampai lembut.
2. biarkan sejuk, masukkan epal + kurma + FM dalam blender.
3. blend sampai halus mulus..jangan pekat sangat dan jangan ceroi sangat. (cair la..sorry bahasa kedah kami pnggil ceroi.hahaha )
4. masukkan dalam jug kecil, tuang dalam plastik aiskrim. ikat elok2 ok ?
5. settle ? masuk dalam peti ais, tunggu beku boleh la makan.


caranya mudah je kan ? macam kita buat puree tu..
tapi kalau tak nak letak FM letak je air suam or panas, sbb kalau letak air sejuk biasa, nanti ais keras sangat! tak halusss...boleh try ok?
amsyar ni kan, bila kita buat ais macamni laju je makan ! habisss 1 batang ais krim tuh!
kalau buat ala2 puree, uwerkkk..uwerkkk..hahaha.. maklum la budak dah ada gigi, mana mau lembik2.

nanti boleh cuba buah lain pulak ya! :)
kalau nak lagi sedap kan..kita tambah laa mealshakes !


Ehhh..AIS-AIS NI TAK BAHAYA KE UNTUK BUDAK ?

ana baru je dapat tau, klu budak batuk, bg je dia minum ais untuk melegakan batuk tu.hihi.

Umumnya semua orang tahu ais tidak elok untuk kesihatan kan, TAPI terdapat FAKTA tentang kebaikan Ais ni tau!



ana nak kongsikan untuk mereka yang belum tahu :-
"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis ataupun manusia"

Kelebihan Ais/Air Sejuk:

  • Membiasakan diri menguyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Untuk kanak-kanak, benarkan mereka menguyah ais untuk menguatkan gigi mereka dan sekiranya mereka batuk, benarkan mereka memakan aiskrim secara perlahan dan berterusan untuk beberapa jam kerana ianya lebih berkesan daripada memakan ubat batuk yang mengambil masa seminggu untuk menyembuhkan batuk. 
  • Atlit atau ahli sukan biasanya menggunakan ais sebagai rawatan awal untuk kecederaan yang dialami.
  • Sekiranya bayi menghidap demam panas, ais boleh digunakan sebagai ajen perencat agar dapat menghalang kecederaan yang lebih berat.
  • Air sejuk yang dibalut dengan kain hitam adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka juga adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ianya  dapat mencepatkan kadar kesembuhan.
  • Secara psikologinya air sejuk amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan danjangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia aie memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang san seterusnya melemahkan struktur tulang.
  • Air kelapa sejuk amat baik untuk kesihatan kerana amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam darah.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah baik sekiranya amalan meminum segelas air sejuk di waktu pagi kerana ianya menguatkan perut.


✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿

JOM DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE DARIPADA ANA...

Apa yang menarik jika beli dari Anna Shafize?
✔ Percuma panduan makan vitamin 
✔ Konsultasi berterusan
✔ Jaminan pulangan wang jika vitamin yang di pos tidak sampai kepada anda.




jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area SUNGAI PETANI atau kawasan yang berdekatan dengannya, boleh hubungi Ana untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini dengan cara pembelian secara online. Ana akan pos ke alamat anda =)

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


Sunday, 20 April 2014

SUKA SUKI : Bila hari cuti....


saja nak cerita pasal hari cuti..............
best kan kalau dapat cuti wekend day..ewahh feeling mcm keja ofis la sangat kan.haha
eh..memang ana keja ofis, tapi bukan ofis hour.
keja 12 hour tauuu! tapi 4 hari kerja 2 hari ana cuti..weeee..lagi best ke ??
setiap kali cuti ana memang jenis tak lekat kat rumah..
dari zaman ank dara lagi....cuti je "wajib" keluar..xkisah la nak gi shoping ke, window shoping ke.
nak lepak2 ke..nak pi rumah kawan ke..
yg penting kena keluarrr !! hehe..tapi sekarang pun keluar tapi jarang la keluar dengan kawan2 nak lepak2 tengok wayang....orang kata..........
"bila dah kahwin suami no 1, kawan-kawan no2 tauu! "

sekarang ni tiap hari cuti mesti ada je keja nak buat..
kadang2 balik rumah mak mertua tidor sana..
kadang2 keluar dengan family tersayang, anak n suami :)
baru2 ni ana ajak suami gi branch beli vitamin.. terdesak punya pasal..
kebetulan pulak ada customer tu call nak vitamin tu cepat..belikan skali untuk dia..
ana pun ada jugak buat stok..tapi stok ana habissss..sebab tu kalot pi branch..
selalu order melalui online je tp ambil masa 3 hari jugak nak sampai depan rumah.
pertama kali ana gi branch tau!hehe...tu pun xtau jalan..adehhh..
nasib baik tanya kakakku bradik shaklee yg duk area penang....
akhirnya..jumpa jugakk!! ni branch SHAKLEE dekat sunway tu..seberangjaya.penang.



 besar jugak la branch ni...best je masuk..orang pun tak ramai..mybe sbb dah petang kot..hehe


selfie ibu n anakku
nasib baik lah budak ni x kacau berjalan jauh..(jauh la sangat kan..haha..sg.petani-seberangjaya ja pon) :P
baju amsyar tu ala2 wakdoyok sikit..haha..kancing sampai atas.
.lepastu bukak balik la..panas kan..eksyen nk tgkp gambar ja,,
time balik tu plan nak pi penang belah pulau tuh, naik feri kaa, tp en,suami tak nak pulakk..
dah lama tak pi belah pulau tau...sedih!..huhuhu
nanti lah pi lagi....26hb april ni ada event shaklee plak :)

keesokkan harinya..haaa kan dah cakap..memang tak lekat kat rumah.hahaha
pi pantai merdeka pulakkkkk..kali ni pi sana best la sebab amsyar dah boleh jalan...
x payah nak dukung dahh..tapi bila berjalan tu jenuh pulak nak kepung..

suami ana memang suka tengok sunset ni :)

bila tengok sunset ni teringat masa zaman kapel dgn en.suami dulu...
dia pernah bawak ana pi pantai bersih sebab nak tgok sunset ni..hehe
en.suami cakap..cantik...suka tgok..suka duk kat pantai..rasa tenang :)



last pic...potret family ku.....heran diri sndiri muka putih melepak camtu. :P
kesian ibu ayah..excited kemain senyummm tapi amsyar buat muka xnak layan..hahaha.
sebenarnya budak ni dah mengantok..sbb tu muka seposen je..siap garu kepala..adoi.lawak!
bila laa kita nak pic yg elok ni..susah betol nak dapat yg betul2 cantik...sampai sekarang belum ada potret family gantung di dinding..uwaaaa!

# bila nak guna monopod ni..nampak la sikit pemandangan blkg tu..haishh..org dah berkurun guna,kita baru nk guna.. :D

itu je nak cerita..hehe..ok bai..

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿

JOM BELI SHAKLEE DARI ANA....................


Apa yang menarik jika beli dari Ana?
✔ Percuma panduan makan vitamin 
✔ Konsultasi berterusan
✔ Jaminan pulangan wang jika vitamin yang di pos tidak sampai kepada anda.


UNTUK INFO LANJUT SILA HUBUNGI SAYA !


jika anda nak beli produk SHAKLEE atau nak COD area SUNGAI PETANI atau kawasan yang berdekatan dengannya, boleh hubungi Ana untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini dengan cara pembelian secara online. Ana akan pos ke alamat anda =)

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Saturday, 19 April 2014

DIY : bekas letak Handphone


assalamualaikum hai semua !
harini nak kongsi DIY bekas letak HP..

bila dah ada anak ni....barang2 seperti pisau ke, HP ke dan lain2 tak boleh letak atas meja.
nak je dia tarik dan capai sampai dapat! bahaya tauuu!!
HP la satu masalah bg ana sebab ana cas letak atas rak, memang dia boleh capai HP tuh!
nanti dia tarik wayar2 cas tu....hai risau betol..kang terputus wayar, kena beli lain pulak T_T
sebab tula ana teringat pasal DIY yg lalu ada buat bekas ni..
macam OK je kan..jom cuba...xguna modal banyak pun..hehe


sumber google

mula2 nak buat guna botol yang macam gitu..tapi non ado pulak..hihi..
Rayyan Amsyar x guna produk Johnson's..
jadi fikir punya fikir..emm baru teringat sabun pencuci baju tu dah habis..
nasib tak buang lagi tauuuu! kita recycle balik..
jadikan bekas letak HP...



sebenarnnya botol ni xdelah besar sangat..huhu.. sederhana ja..
Ana suka guna pencuci ni...wangii gilaaaaa!! tak payah celup pewangi dah..hehe
jenama tollyjoy je..1 liter RM 14 ++ kot..
ehh..ter'promot tolloyjoy pulakkk..sorryyy !

.................tapi ana xdak tutorial lahh..
ana just gunting ja jadikan bentuk seperti di bawah nieee.....
lepastu kalau ada pembalut kertas, balut la bagi nampak cantik sikit kann..nampak comel..
bila dah siap..boleh la try letak kat tempat cas tu...
wayar gulung2 masuk dalam bekas tu supaya tak nampak berjuntai OK..
sekarang ni Rayyan Amsyar pun dah tak kacau HP ibu n ayah :)



selamat mencuba.....
lebih selamat dan paling penting lebih jimat !!!

Sunday, 13 April 2014

LAMAN SOSIAL :: terasa ke ?


TERASA KAH ANDA ? hahahaha
jom baca dulu..harap2 kita bukan dalam golongan di bawah ini :)



Entah2 anda pun ada sangkut salah 1..haha..
hai nasiblah, sekarang ni masing2 nak share apa yg dia buat,

sembunyikan lah kegembiraan kita, mungkin ada yang berduka,
sembunyikan lah  kekayaan kita, mungkin ada yang papa kedana,
sembunyikan lah kesihatan kita, mungkin ada yang sedang sakit,
sembunyikan lah kejayaan kita, mungkin ada yang merana...

sesungguhnya perbuatan merenda diri dan tidak suka menunjuk itu adalah amalan yang muliaa..

jom sama2 berusaha ke arah itu..

jadikan FB sebagai medan perkongsian ilmu,
jadikan FB medan tazkirah,
jadikan FB medan maklumat,
jadikan FB medan yang boleh memajukan ummah..

semoga usaha kita yang sedikit ALLAH pandang dan di beri ganjaran lebih besar! inshaa'ALLAH.amin! :)

Monday, 7 April 2014

Dear Customer Anna Henna Sp


assalamualaikum..
rasa macam tak berapa besh la harini. hmm..rasa moody.
mungkin sebab dapat customer yang cerewet kot ?huhu
sabar jela...nak buat macam mana..
klu seratus orang hubungi kita, seratus orang jgk la perangai berbeza2 kan..

sepanjang ana buat henna ni..rasanya belum lagi bertemu customer yang betol2 cerewet!
tapi sekarang ni baru terjumpa customer cerewet.
kalau ikutkan hati rasa mcm x nak layan je, lantak la kat dia, tp dalam masa yg sama kesiannn pulak kan..huhu.
hati orang perempuan ni..mcm ni lah..

bagi ana,bila nk berurusan dgn org jangan la anda jadi seorang yang cerewet sangat OK!
ana sendiri faham anda pun sibuk dengan hal2 kat rumah sebab nak kenduri kan..
tp awak kena la pandai bahagi masa, awak nk datang buat henna pukul berapa semua..
set date n time dengan ana siap2 senang..
kalaulah time tu ana buzy, ana akan cakap time bila ana free.
tapi bila dah cakap time tu ana free, anda pulak cakap anda tak boleh..
ana nak buat macam mana lagi ???????? kita kena bertolak ansur la..
ana buat henna bukanlah fulltime.tapi ana buat secara partime, kedai pun xdak..hanya buat kat rumah saja.

kadang2 anda booking last minit, kebetulan kena hari ana kerja.
mmg tak sempat dah nak ubah cuti atau shift kerja.
susah sangat sbb ana balik kerja pkoi 10 malam.
kalau anda tinggal dekat rumah xpelah, kalau jauhh ????
sebab tu lah ana mintak kerjasama anda, boking awal kalau boleh.
senang ana nak bincang, nak tukar cuti kerja ke hapa..
bagi yg luar dri sg.petani,kedah ana dah set tempat yg senang nak cari..
tapi kalau diri sendiri yg banyak bg alasan, pleaseeee jangan paksa ana..ok..
ana ada anak kecik..harap sgt anda semua boleh faham ana..

selama ana buat henna ni. alhamdulillah, ramai yg puji puas hati, cantikk katanya..
yang paling penting depa kata 'MURAHHHH' hahaha..

PERHATIAN !
kalau nak booking henna, sila set date dan time dengan ana dlu ye syg2..
bila dah booking, dekat2 dengan tarikh tu sila ingatkan ana lagi, takot terlupa.hihi.
tak perlu bayar deposit pun tau !!..

ini lah hasil ANNA HENNA SP :)







skrg ni ramai pulak yg suka design ni..katanya dah boring dengan design bunga.hehe






TQ kepada kakak senior zaman sekolah dulu yg amik perkhidmatan henna dari ana.
alhamdulillah dia sgt berpuas hati ! :)



Nak boking HENNA ??

Kalau anda nakkan PERKHIDMATAN ANNA HENNA SP, anda boleh hubungi Ana ya!
untuk tengok koleksi ANNA HENNA SP, anda boleh add di FB ana.
atau follot instagram AnnaShafize

HARGA ? yg pasti HARGA ana serendah RM5 Sebelah tangan.
dan HARGA FULL PAKEJ paling mahal RM100 SAHAJA!! 
Jom booking tarikh anda sebelum ianya FULL!!
BOOKING TARIKH tanpa BAYARAN!!

please Contact 017-466 3393 (ana)
(SMS / Whatsapp)

Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah sahaja!
*Cas transport di kenakan sekiranya ana pergi ke rumah anda ya!
*Jika anda ada design sendiri melalui internet ke.. sila send pic kat whatsapp ana  terlebih dahulu untuk menentukan harga henna.
*Luar kawasan dri sg.petani, seperti alor setar or penang, anda boleh juga booking henna tp anda kena datang sg,petani la.hihi

PENTING !!!!!!
*sila booking awal, sebab cuti kerja ana tak menentu, ini partime sahaja bukan fulltime ya!
TQ :)