Thursday, 12 June 2014

CUTI SEKOLAH VS BERHENNA


Assalamualaikum.hai semua..anda sihat ?
ana tak sihat pulak harini, musim orang bersuara rocker skrg ni! hehe
sakit tekak + selsema + suara taknak keluar = LETIH..
nasib baik la masa pergi berhenna tempoh hari ana masih sihat lagi :)

bila datang musim cuti sekolah, ada je aktiviti bersama anak2 kan..
Ada yang balik kampung, pergi bercuti, pergi berkelah,waahh! syok.teringat zaman kecik dulu.
cuti sekolah je tido umah tok kat kampung seminggu! hehehe..
dan tak lupa jugak musim cuti sekolah la orang ramai nak kahwin.
banyak sungguh kenduri kendara ni..sampai tak sempat pun nak pergi semua.
ana cuma dapat pergi kenduri kahwin (7.6.14) rumah mak saudara belah suami je kat kulim,
lepas tu (8.6.14) kenduri sepupu bertunang pulak.

Musim berhenna kembali, ana siap atur jadual lagi nak pergi rumah customer.hihi.
nasib balik lah ambil cuti annual leave 4hari, sambung cuti keja 4hari = 8 hari bercuti.
konon2 dah cuti panjang ni nak bawak si Rayyan Amsyar n adik ana pi Lost World Tambun.
tapi cuaca tak mengizinkan, hujan je..xpalah nanti ibu bawak ye syg!

ramai bakal pengantin yg dah booking henna awai..ana limit 4 or 5 org je sehari.
sesiapa yg boking last minit ana terpaksa tolak atas sebab2 yg tertentu..

NI PAKEJ SINGLE / SIMPLE


PAKEJ CANTIK




ini customer ana dari Guar Cempedak. design tu inspired dari SyraSkin.
ana cuma tiru bunga aje,hihi.. ramai jugak yg pilih design ni :)
Ramai customer ana ni, tp ana letak sikit2 jela dlama blog.hehe.
nak tgok design2 bunga FB ana atau Intagram OK!

kalau ada kawan2 tanya nk lukis henna,sila promote ana ya..hahaha.

anda pun nak berhenna jugak ?

sila SMS or Wasap ya!
017-466 3393 (ana)

untuk lihat lebih banyak koleksi anna henna SP..
Instagram : ANNASHAFIZE
klik pakej henna untuk lihat pakej yg di sediakan oleh anna henna sp.

Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah sahaja!
*Cas transport di kenakan sekiranya ana pergi ke rumah anda ya!
*Jika anda ada design sendiri melalui internet ke.. sila send pic kat whatsapp ana  terlebih dahulu untuk menentukan harga henna.


PENTING !!!!!!
*sila booking awal, sebab cuti kerja ana tak menentu, ini partime sahaja bukan fulltime ya!
TQ :)

Tuesday, 10 June 2014

ALHAMDULILLAH :)


memang tak sangka!
memang tak percaya !
memang apa lagi ??? errr..
memang tak dapat terucap dengan kata2..


syukur...syukur..alhamdulillah.
di beri peluang kedua untuk merasainya lagi..
kini diriku di sahkan hamil!
yess!! Rayyan Amsyar bakal jadi seorang abang..
dia  memang layak dah jadi abang.hehe.
ana sendiri tengok dia bila bermain dengan kawan2.
sikap dia dengan kawan2..pandai menyesuaikan diri..
pandai dah main dengan budak2 yg lebih kecik dari dia. :')

sebelum ana tau ana preggy..ana tak faham betul perangai Rayyan Amsyar..
manja sngat2..nak buat perangai...nak dukung je...kira sebelum ni dia tak pernah mcm tu.huhu.
semalam ana betul2 tak boleh nak tido..entah..rasa macam tak selesa.panas badan.
dulu first preggy kita boleh tau tanda-tanda hamil kan..
ni second memang susah jgk nak tau....
yang ana boleh perasan,period ana lewat seminggu dah.
pagi tadi chek UPT risau takot kecewa je..haha *mengharap OK!
seperti biasa if nak check UPT, better awal pagi bangun subuh.
URIN first tu yg terbaik untuk chek UPT...
Mula2 ada 1 line je..1line lagi kabur ya amatttt!
tapi lama2 line yang kabur tu muncul jadi terang!
subhanallah..allahuakbar! rasa happy sangat tau!!!!!

bila dah tau berita gembira ni ana baru nak suprise suami..
letak UPT kat bilik air..konon2 nak bg dia nampak sendiri lahh..
tapi emmmm...org lelaki sama kot.. dia buat tak tahu je.....ke dia tak perasan ?hmm.
terpaksa la bgtau dengan mulut jugak..'abg syg mengandung"
"syg tipu lahhhh" suami ku tak percaya! hehe.
ni tengok ni..(tunjuk UPT) senyihhhh mcm dulu jugak!hahaha..aptb.
mcm mana perasaan abg ?tanyaku... "mcm biasa abg tak mengharap"
maksud suami ana, dia takot nak terlampau seronok..sbb baru sangat kandungan ana ni.mybe dlm 3 or 4week camtu. dia risau kalau apa2 terjadi nanti..sebab tu dia ckap mcmtu.huhu.
sebab dulu dia pernah cakap " jgn seronok sgt, nanti nikmat kena tarik balik baru tau!.."
kita buat macam biasa ja *senyum :)

bila cakap pasal "tambah anak no.2" ni..
ana dan suami memang plan nk anak 2015.(awal tahun)
kalau boleh taknak jarak terlalu jauh dengan amsyar.
nanti amsyar dah masuk 2tahun, dia dah dpt adik..
now..ana dah kena start makan set hamil shaklee..
nak jadi super mommy kena makan vitamin OK!

sekarang ni ana suka pulak tengok baby girl.
baju girl..oh..geram!! harap2 kali ni girl la..
kesian kat maktok (mak mertua) belum ada cucu girl lagi. semua 4 cucu lelaki.hehe.
kalau ada cucu girl mesti dia seronok sangat!!
mudah-mudahan 2nd pregnancy kali ni tak alah teruk mcm rayyan amsyar dulu..
doakan semoga kehamilan ana ni selamat sehingga bersalin ya :)

TETIBA TERFIKIR..MAMPUKAH ANA MENJAGA DUA ORANG ANAK NANTI ? HAHAHA..
INSYAALLAH BOLEH !!!! MENTAL MAU KUAT LA YA.. :p




Tuesday, 3 June 2014

RESEPIKU :: ROTI ARAB SENANG JER !




Pernah makan roti arab tak ?
harini ana nak share resepi roti arab, resepi asal dari mak ana.
mak ana ni kalau bab masak2 ke kuih2 ke..dia langsung tak ikut resepi!
tapi tetap menjadik!.hehehe.. ana nak ikut macam dia la..
patot la mak kata masak ni tak susah pun, masak je apa yg ada kat rumah tu..
masak ni kena kreatif..kena rajin buat eksperimen la..huhu.

ok resipi ni mudah ja..

BAHAN-BAHAN :-
1 ) 1 cawan air suam + garam + minyak 2 sudu. (campur sekali tau!)
2) susu pekat manis 4 sudu (ikut kemanisan masing2 lah.)
3) tepung gandum (2 cawan )
4) yis basah. (kalau tak dak yis basah,kering pun boleh la)

CARA-CARANYA :-
1) Tuang air suam yg di campur tadi bersama susu dan yis basah ke dalam mangkuk.
2) masukkan tepung sedikit demi sedikit ya, sambil kacau2..better buat dgn tangan.
walaupun agak melekat nanti, tp lgi bagus dari buat dengan senduk, tak sebati pulak kan.huhu
3) uli tepung sampai jadi doh. lembut,tak keras dan tak melekat di jari.
4) agihkan doh bulat2 kecil atau sederhana, ikut kesesuaian citarasa anda sendiri.
 (ana buat saiz sederhana je)
5) biarkan doh selama 15 minit, biarkan dia gemuk sebentar. maksud ana tepung tu naik lah.kan guna yis!hehe
6) lepastu, canai doh leper2 jgn leper sangat laa noh..
7) goreng doh tadi ke dalam kuali minyak penuh. (macam goreng donut tu la)

bila dah masukkan dalam kuali, doh tu sendiri akan jadi kembung2 macam pic ana tu.
jangan takot ya..goreng roti arab ni tak meletopppsss! hehehe.

tentang kuah pulak, sila beli kuah dalca di kedai nasi kandar..baru sedap!hahahaha.
ana punya tu beli kat kedai nasi kandar ja, senang OK!
kalau rajin buat kuah sendiri, boleh buat kuah gulai ikan, kari ayam, kari sardin ka.



yis tu ana gna yis basah jenis ni kalau tak silap la.
itu pun amik dari makkk..mak ana buat kuih jual.
yis ni memang wajib la ada kat rumah mak.hehe.

SELAMAT MAKAN ROTI ARAB YA!


Saturday, 31 May 2014

Ber'henna sampai ke penang


assalamualaikum...hai semua.

alhamdulillah..syukur kpd ALLAH swt krn masih memberi kesempatan
dan rezeki untuk ana berhenna pengantin.
walaupun ana buat secara partime, kadang kala menganggu jugak rutin kerja hakiki tu.
iyela..cuti ana pun tak menentu, terpaksa minta tukar cuti dengan kawan2.
mujurlah dapat partner yang sangat memahami kerja partime ana ni. :)
bab tukar cuti memang senang nak ejas..huhu..TQ daniel n along!
sebab tu ana suka berkerja dengan lelaki berbanding perempuan..hehe.
lelaki ni senang nak deal dengan depa..
depa jenis tak berkira satu hal, senang sungguh laa...dan tak banyak gosip! hahahaha.

ehh..berbalik kepada cerita asal..
pada 22 may 2014 yang lalu, ana di jemput melukis henna kat
penang..*ewahh ayat di jemput kononya!
tak lah..Customer ana ni nama dia Nina,
dia booking ana untuk malam berhenna..siap dengan photografer!
tiap2 bulan dia selalu update dengan ana pasal henna. takot ana lupa.hehehe..
thanks nina.

Nina ni tinggal kat penang..
ni kira firstime jugak la pi lukis henna sampai ke penang.
sebab sebelum ni ana buat kot area Sungai petani,kedah ja.
bukan tak nak pergi jauh2 tp faham2 jela..
cuti pun tak menentu, masa perjalanan ke sana lagi..
dah ler tinggal anak kat mak, kesian kat dia bila ana balik lewat.

jika anda pengantin luar dari kawasan sg.petani, nakkan perkhidmatan henna ke rumah.
ana terpaksa pertimbangkan dulu,jika tiada apa2 halangan insyaALLAH boleh sampai ke sana.
tp lebih baik sekiranya anda sendiri yg datang ke sungai petani.kedah.
kita boleh deal kat mana nak jumpa ya?


credit : fb nina

Nina ni sangat suka dengan design bunga-bunga.
ni kira design yg terbaru ana buat..dia orang pertama yg rasmi.huhu.
design ni ana baru dpt idea sehari sebelum pi lukis henna.
tp design yg ana lukis tuu amsyar dah conteng guna maker..Oh anakku!
dia pun nak melukis design jugak..habissss tak boeh tinggal pen marker.
mujurlah nampak lagi design tu..ana bawak design yg di conteng,masing2 gelak je.hahaha.
nak buat macam mana, tak sempat nak lukis balik dah..


credit : Fb nina

tahniah untuk nina dan suami...
selamat pengantin baru, semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa
di berkati dan di rahmati oleh allah swt hendakNya.
terima kasih jugak sebab sudi menggunakan perkhidmatan henna
sejak bertunang sampai lah kahwin.

kalau ada kawan2 tanya nk lukis henna,sila promote ana ya..hahaha.

anda pun nak henna jugak ?

sila SMS or Wasap ya!
017-466 3393 (ana)
Instagram : ANNASHAFIZE
klik pakej henna untuk lihat pakej yg di sediakan oleh anna henna sp.


Thursday, 29 May 2014

Review :: Global Sewing Machine


assalamualaikum! hai semua..
masih ingat lg ana pernah share ana beli sewing machine tu ?
lepas je ana publish entry tu, brg dah sampai..hehehe. mcm kebetulan pulak kan.
ok mula2 tu kemain la excited tau nak bukak tengok saiz dia..

alkisah sebelum barang sampai, ana ada bgtau mak,ana beli mesin jahit.

ana : 'mak,kak beli mesin jahit,mak cuba teka kak beli mesin jahit harga berapa?'
mak : dalam RM 300 +++ kot.....
ana :  salah la mak! RM 169 je.hihi.
mak : biar betul..mesin jahit mainan ka apa ?
ana : mesin betul laa makkk..nanti brg sampai mak tengok. special mak ada jahit zigzag lagi tau!!

mak tak percaya..hahaha..adoi lawak betol..
tak patot tau dia cakap ana beli mesin jahit mainan!
lepas je barang sampai, dia pun bekenan,siap rekemen kat kawan2 dia pulak.
esoknya ana order kat jiran pulak, lusa barang sampai..abg kurier tu cakap "eh order lagi ?"
"ya..ini org punya"..ehh..malu pulak muka kita ni tau order banyak kali..hihi.

Review :: Global Sewing Machine


mesin ni best sebab dia ada 8 jenis jahitan.
boleh buat jahitan biasa dan zigzag..
Pusing je kat bulat tu nak jahitan jenis apa..



cara2 nak masuk benang pun senang..
siap tunjuk step by step..nampak tak anak panah no.2, 3 dan 4.
itu step untuk masukkan benang kat jarum untuk sesi jahit tuh.
tp jgn la risau kalau tak reti sebab nanti depa dah bubuh siap dah.hehe
lagi satu, kalau nak jahit malam2..kot la kelabu mata ka, ada lampu kecil di sediakan.
nak masukkan sekoci pun senang..
ok kan jahitan dia ? kemas :)
boleh la nak jahit baju koyak2 ka, jahit kain batik ka.
jahit langsir kaaaa..macam2 lagi lah.



mesin ni boleh control guna tangan atau guna kaki.
warna hitam tu pedal untuk pijak guna kaki..eh..betul ke pedal ?
takpa lah janji faham ye murid-murid.
kalau nak control guna tangan boleh control kat L-OFF-H tuh!
L untuk LOW perlahan, H untuk high laju la.
tapi bg ana guna pedal kaki senang lagi..
mesin ni boleh guna elektrik, kalau tak nak guna elektrik boleh guna betri jugak!
guna bateri biasa 4 biji bawah tapak tu..

sejak ada mesin jahit ni, ana rasa semangat nak buat baju sendiri *konon2 nya la kan.hahahaha
insyaALLAH akan ku usahakan buat baju jubah.. teringin sgt nk buat baju jubah.
dah ada pola, tunggu nak lakar atas kertas minyak ja..
Nanti jika ada kesempatan ana share buat baju pulak.
ewahh..macam expert je kan ? padahal hentam kromo je.hahaha.
ada ana kesah ? janji jadi baju boleh pakai..
ana cari pola dalam blog orang je...
nasib baik ada internet kan, betul cakap paklong ana.
internet ibarat library,kita boleh mencari ilmu :)

pendapat ana tentang mesin ni....
✿  Saiz yang sederhana, ringan, mudah nak simpan atau nak bawak ke mana saja (mana lah tau, nak feeling menjahit tepi pantai ke..hihi)
✿ senang nak guna,sesiapa yang tak dak basic menjahit pun boleh guna.insyaALLAH.
✿ Bunyi yg tidak kuat, kalau amsyar tido, ana menjahit pun tak menganggu mimpi dia tuh!hehe.

Sunday, 25 May 2014

GLOBAL sewing machine "terbeli" jugak akhirnya!!!


assalamualaikum....
hai semua...sihat ke? dah makan ? :)

korang suka menjahit tak ? ana suka sangat tau!
sekadar hobi lah katakan...hihi.
mak ana pun pandai menjahit, ana belajar menjahit dari mak ana jela..
pernah jugak rasa nak join kelas menjahit, buat baju kurung moden or baju fesyen2 ni.
tapi masih belum ada rezeki nak join..tak apa. ana tak kisah pun.
semalam ana sesaja ushaa2 online shopping.hahaha.
kononya nak cuci mata lahhh..entah macam mana tergerak hati nak servey pasal mesin jahit.
nak tengok review2 orang yg pernah guna masin jahit moden.
kat rumah mak ana ada mesin jahit, model "Singer"..ehh betul ke tak ejaan tu.hehe
jenis lama punya..besaq gabak..berat..susah jugak la kalau nak alih2..hmm.
jenis jahitan satu je..lurus. xdak zigzag la.

ana memang tak plan nak beli mesin jahit tu sekarang, tp dlm wishlist 2014 target nak mesin jahit ada jgk.
so..memang nak beli, tp nak cari yg sesuai dgn ana n bajet pun tak tinggi.hihi (ini penting ok!)
semalam servey2, nampak review pasal model Global-Sewing-Machine-GSM-505. NOT BAD OK!
tapi bila nampak harga dia yg sgt MURAH tu..terus rasa nak beli !!!!!
Nafsu orang perempuan kan..hahahaha..mana blh tahan tgok benda murah!!!


klik gambar utk lihat lebih jelas

kalau korang nak order, layari Lazada.com.
klik kat HOME APPLIANCES.
Pastu SEWING MACHINE.
Cari model Global-Sewing-Machine-GSM-505.

dapat cari tak ?
sekarang ni masih ada promosi lagi..tp tak tau la sampai bila.
barang kat Lazada ni ok jgk harganya..ada yg betul2 murah!
Servis pun bagus ! ana baru je order semalam, harini barang dah sampai. cepat kan ?
dah la ana order pukul 5 ptg, rasanya time tu org dah balik keja..*ada kena mengena jgk ka?
lepas ana buat order,dia hantar SMS cakap dah place order, pkoi 7mlm hantar SMS lg inform barang dah shipped !
dan yang paling besttt..masa barang sampai nanti ana baru bayar duit..hehehe..
tapi korang ada pilihan samada nak bayar terus guna Credit card atau debit card.
dekat payment ana letak "Cash On Delivery" senang ! FREE SHIPPING plak tu :)


ini lah mesin jahit yang ana cakap tuu..
comey kan ?
baru tengok dalam gambar dah cakap comey..hahahaha..

jom tengok apa keistimewaannya :-
✿ Automatik thread putar balik
✿ Lebar jahitan laras
✿ Mempunyai Suis tangan atau operasi pedal kaki
✿ ada 8 corak jahitan.
✿ Powered oleh AC atau AAA bateri (kalau xdak letrik gna bateri je)
✿ Long lasting!

saiz : Size (L x W x H) 31.1L x 14.7W x 29.5H cm.
berat:  4.5kg
Waranty : 1 year.

ana rekemen kpd korang yang suka jahit menjahit tu..
beli la mesin jahit ni sbb saiz dia yg sederhana, tak kecik n besaq, mudah nak simpan.
mana lah tau kan boleh jahit langsir rumah ke lepas ni.hehehe.
ana nak jahit baju raya nie..wahhhh! semangat gitu! posa pun belum lagik.

nanti ana review pasal Global-Sewing-Machine-GSM-505.
ohhh....GLOBAL sewing machine "terbeli" jugak akhirnya!!!
pembelian yang tidak merugikan ! :)

COKLAT CADBURY TIDAK HALAL ?


     
25 MAY 2014 

Harini pakat kecoh dalam FB pasal Coklat Cadbury..huhu..
Mesti lah kecoh sebab faberet orang ramai tauuuu!!
ana pun suka makan coklat Cadbury..bila tension je cari coklat, 
asal makan coklet je dpt hilangkan tension.hehehe..
semalam ana bukak FB ramai kata Cadbury haram sbb ada DNA babi.
Ana ingat depa ni saja buat cerita..hahaha..boleh fikir mcmtu ?
tiba2 harini ada keluar kat cerita pasal ni kat surat khabar.
nahhhhh!! memang betul lahhh...




Sijil halal 2 produk Cadbury ditarik balik

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.
Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.
"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya.

Amacam ???  coklat Cadbury kegilaan kita dah tak halal.....

errrr........rilex laa...KIT KAT kan ada!!! 
jom berubah dengan Kit Kat pulak..hahahaha.