Friday, 9 January 2015

Umur 2 Tahun hantar ke TASKA ??


Assalamualaikum semua..
lama tak tempek gambar budak ni kan.hehehe


dah besar dah dia..Muhammad Rayyan Amsyar bin Shafize
11 Feb 2015 cukup umur 2tahun dan jadi abang :)
wahhh..cepat betul masa berlalu kan. dulu tau minum susu, menangis je.
sekarang dah berlari, mulut pun potpet..huhu
badan slim macam mak ayah dia ok.
dah makin bijak nak itu nak ini..
beli baju nak pilih sendiri..kalau dia bekenan kena beli lahh.
pernah try potty train kononnya kat dia..ni kes maktok yg training dia..
firstime pkai underwear tanpa pampers seronok kemain..
tapi bila dah kencing baru bgtau.."cingggg"..hahahaha.
yang best tu lap sendiri pastu basuh underwear sendiri..sidai kat tangga.
bertuah betul budak ni...

harini nak cakap pasal taska...
"Umur 2 Tahun hantar ke TASKA ??"
sorry...bukan nak cakap ini betul itu salah tau!..NO..NO..NO.
Haritu borak dengan group mommy (geng skolah).. pakat cerita pasal Taska.
anak kami semua sama umor baru nak masuk 2 tahun// 2015.
sebenarnya ana tak fikir pun nak hantar Amsyar ke taska.
Memang takdak dalam senarai la taska ni dalam otak ana.hehe
sebab ? rasa macam dia kecik lagi.,umur baru 2tahun dah nak hantar taska rasa macam kurang sesuai.
kesian pulak.hihi.lain la klu umur dah 3-4tahun kan.

kawan-kawan lain depa ada alasan sendiri kenapa nak hantar ke taska.
yg sorang tu sebab anak dua, tak mampu nak handle 2 org dalam 1 masa.
maklum la jarak setahun sorang.hehe..pening la sikit kan.
yg sorang lagi sebab nak kerja. senang bila hantar taska.
dan bg depa, kos taska lebih rendah dari hantar orang mengasuh.
taska jugak ada pendidikan yang di ajar, bukan setakat main saja.

walaupun TASKA ni ada kebaikan dan keburukannya jugak.
Antara kebaikan yg ana tengok..yes..budak cepat berdikari, cepat belajar.
otak budak memang faham kan...
dari segi pergaulan,anak2 kita jadi lebih suka berkawan.dan pandai bermain.
ok...tapiiii...sekarang ni macam2 kes kat terjadi taska kan..
budak mati tercekik susu lah..adoiii..
pastu pengasuh suap makanan kat anak secara paksa..
kena kurung dalam bilik air sebab nakal sangat kannnn..
dan macam-macam lagi lahh............
owhhhh..tidakkk! ana tak boleh terima. takotttt!

bg ana umur 2 tahun bukan lah cerdik sepenuhnya macam 4-5 tahun tu..
bukan pandai berdikari sangat pun lagi..
kadang2 kita cakap dan larang pun susah nak dengar..
inikan pula tinggal kat taska.
risau..ye memang risau....tak tahu orang layan anak kita macam mana.
setakat nak cari pengasuh pun ana tak harap..
sebab tu bagi mak mengasuh, mak sendiri cakap mengasuh cucu tak sama mengasuh ank orang :)
ini kan pula nak pegi hantar taska...no.no..belum tiba masanya lagi.

ana lebih suka kalau dia umur 2-3tahun nak hantar kelas mengaji ke..
ana rasa lebih baik ajar homeschooling je kat rumah..
kita pun bole ajar anak sendiri...
beli buku ada gambaq2 tuh..beli flashcard..ajar..ajar..
ana suka la tengok mak-mak yang rajin buat homeschooling ajar anak kat rumah.
tak semestinya kena hantar gi taska jadi pandai..huhuhu.
kaannnnn ???

iklan sat nooooo
Masing-masing ada alasan sendiri kenapa nak hantar ke taska.
ana tak tau lah pendapat korang macam mana..
wajar ke anak berumur 2tahun hantar ke taska semata2 nak dia berdikari?
ana selalu je berangan kalau ana tak keja..nak luangkan masa dengan anak 24jam 7hari seminggu.
walaupun kadang2 ana jadi tarzan jugak kat rumah tu dengan perangai anak.hahaha.
tapi best..macam2 aktiviti boleh buat kan..

kalau korang nak hantar ke taska jugak pilihlah taska yang elok2..
yang berdaftar dan yang boleh jaga anak kita sebaik mungkin..insyaALLAH :)



Saturday, 3 January 2015

WishLIST 2015 :: Apa yang saya inginkan ?


Setiap awal tahun pasti ada wishlist yang ingin di capai pada tahun tersebut.
ok..ana pun nak share jugak lah wishlist 2015 kali ni.

1. Nak beli KERETA.
ok..sebenarnya ana dan suami tiada kereta sendiri tapi ada lesen lah.hehe. kalau nak keluar mana-mana mesti pinjam kereta mak mertua,.hihihi.. kadang2 pinjam kereta abah. gitulah kehidupan kami. nak ke mana pun susah..kami merempit ja.. tapi perkara yang paling ana sedih kalau nak pergi kerja time hujan,.mau tak sedih..klu nak masuk kerja lambat sebab hujan pun tak boleh, bos langsung tak boleh terima alasan tuu. yela..ana ni ada moto ja, bayangkan time hujan, ana nak kena hantar amsyar gi rumah mak dulu,baru pi kerja. kalau hujan lebat memang rasa sedih sgt. sebenarnya ada kereta proton saga lama mak mertua bg kat suami utk berniaga. kereta tu agak lusuh maklum lah duk usung pi niaga tapi elok lagi..cuma econ ja xdak. kalau naik time hujan..paham2 ajela kena lap cermin.huhu..bukan tak bersyukur,  bersyukur sgt dah.. walaupun selalu kena hujan dan panas tapi allah tetap sygkan kami 1 family jarang sgt kena demam dan penyakit lain. alhamdulillah...


lepasni harap ada lah rezeki nak beli kereta mampu milik ja. yang boleh pi jalan jauh, yang boleh bawak anak2 pi berjalan. lepas ni kami dah berempat dah :)
# bekenan pulak Proton Saga SV merah ni.hehe

2. BERCUTI


teringin sangat nak pergi bercuti atau jalan2. Amsyar dah semakin besar..teringin gila nak bawak dia pi zoo. boleh kenal haiwan-haiwan..dan teringin nak bawak mak abah pi bercuti...planning pi langkawi ja...tahun lepas tak menjadi harap tahun ni menjadi la.hehe.

kesian dulu masa kami kecik2 ja abah selalu bawak pi berjalan, sekarang semua dah besar..rindunya saat2 masa kecik dulu :')

ni pun salah satu sebab jugak kenapa nk beli kereta baru. kereta abah x mampu nak pergi jalan jauh. maklum lah kereta dah lama dekat 20tahun dah.

3. BELAJAR MAKE UP


ini pun salah satu impian ana nak jadi jurumekap pulak..insyaALLAH. sebelum ni dah belajar mekap tapi dah lupa basic,hehe. kalau boleh nak kembangkan lagi bakat yang ada ni selain melukis henna..pastu kalau ada rezeki boleh buat fulltime.

4. CARI KERJA YANG SESUAI
kerja sekarang ni ok..bukan tak ok. cuma xdak masa dengan suami dan anak2.ana kerja 10pagi-10malam.walaupun 4hari kerja 2hari cuti tpi ana biarkan anak duk rumah mak selama 12jam sehari. tinggalkan suami tanpa memasak...balik kerja pukul 10mlm je ana masak.itu pun jarang sangat,hihi. kadang2 rasa gak bersalah kat suami tp apakan daya, dia pun faham. dia pun banyak berdikari dah..lapar masak sendiri. time cuti je nak masak sedap2 pun. kesian pulak kat suami :(

kalau boleh nak cari kerja ofis hour..cuti 2hari seminggu, senang lah. tapi kalau ada rezeki ana nak sangat kerja sendiri.. senang nak urus waktu sendiri. kita bos,kita lah pekerja.

5. KEMBANGKAN BISNES
ha..yang ni nak seriusss......ada bisnes ana masih tergendala atas faktor transpot jugak.huhu. kalau boleh nak teruskan kembangkan bisnes tu. rugi bila orang lain dah maju ke depan..ana masih di takuk lama. tapi dengan tahun baru ni rasa betul2 nak serius..rasa semangat sikit kereta dah ada nanti.. nak gi join kelas ke nak gi amik stok ke..senang la sikit. tak de nak nyusahkan orang lain. :)

orang selalu cakap, kalau hendak berjaya jangan bg beribu alasan, tapi ana still ada alasan tersendiri kenapa dan mengapa ana tak boleh nak fokus kat bisnes tu.hanya ALLAH swt saja yang maha mengetahui. seronok tengok orang lain dah berjaya..ada income masyuk!! siapa tak teringin kan. :)

ok..setakat tu jela yang ana nak untuk tahun baru ni..
harap2 impian menjadi kenyataan lah..hehehe

anda pulak bagaimana ?

Settle jugak! :: Cadar baby


assalamualaikum!
hye..hye...amboi makyong skrg busy sgt tau..
dah masuk bulan januari haaaa...mau x kalot..
dah 8bulan lebih dah..apa pun tak settle lagi,

now..alhamdulilllah...
rasa lapang sikit.. cadar baby dah siap!!
baju baby dah basuh, dah paking dah...huhu..
gigih makyong buat sorang2...
dulu masa kat abg amsyar tak de rasa busy cmni tau.
perut dah 7bulan settle dah..ni 8 bulan baru nak settle.hehehe
mungkin sbb rezeki henna tak putus2 sepanjang bulan dec.
time cuti je...henna..henna je time cuti..
rezeki anak2 jugak :)

tema cadar kali ni merah yOooo!
guna kain cotton flannel.
lebihan kain tu buat barut.
mak cakap..buat pi laaah... x rugi pun kalau buat barut.
ok..ok...kita buat saja.hihi.
ana rasa berbaloi sangat beli mesin jahit ni..
sangat membantu!! setakat ni ana dah jahit langsir dan cadar baby guna mesin ni.
bestt..bestt...di mana saja bole jahit.
haritu bawak mesin ni jahit kat rumah mak..siap duduk atas kusyen depan rumah.hehe.
maklum la saiz kecik..senang nk bawak ke mana saja.
tepi pantai pun boleh haaa...huishhh! ada ka nak jahit tepi pantai?hahaha


kalau anda suka menjahit..beli la mesin ni..
x payah beli mahal2 pun tak pa..
mak kata..kat rumah wajib ada satu mesin jahit atau jarum benang...
habuan nak jahit seluar koyak ka..kannn..

ninndiaaaaaaa....
cadar baby "A" kita...
kali ni tilam saiz sederhana ja..x besar macam abg amsyar tuh..over sangat.hahaha
guna kekabu dari tilam abg amsyar...makeover ja.
1 tilam abg amsyar tu boleh dapat la 1 tilam dan 3 bantal adik baby. JIMAT!


siap renda2 lagi tau..en.suami kata, jangan buh renda banyak2 macam perempuan sgt la..
kalau keluar lelaki macamna ? ehh..ada makyong kesah ?? janji cute di mata makyong.




jahitan ZigZag kecik.....kan dah cakap berbaloi beli mesin ni sebab ada jahitan lain lagi.
(pic kelabu pulak)

tak sabarnya nak tunggu baby A ni keluar tau!
rasa macam suprise sangat-sangat ni....nak tau GIRL OR BOY.heheh
member suggest suh pi scan 4D..alaaa...bukan xnak..macam tak aci je dulu amsyar tak scan 4D.
sekarang dah 34 week.. haritu scan masa 32week doc cakap baby A ni kecik..
berat dia cuma 1.4kg ja..beza dgn abg amsyar dulu 1.8kg.
heran jugak kenapa dia kecik sedangkan tiap bulan berat ana naik 2kg maintain ja.huhu.
tak mengapalah sayang..janji kamu sihat ya! insyaALLAH tak lambat dah kita nak jumpa..
semoga semua dipermudahkan..aminnn!

Tuesday, 23 December 2014

Konfius :: boy or girl ?


Hyep!
assalamualaikum dan salam sejahtera.
maaf la blog ni tak update selalu haaaa...



nak cerita sikit pasal jantina baby A ni..
yes..baby A, ana dah siapkan nama bermula huruf A boy or girl.hihi.
perasaan nak sambut ank kedua ni ofcos la excited jugak!
tambah2 nak tau dia jantina apa kan..
anak pertama tak kisah sangat..hehe..
yela..klu anak sulong dah lelaki, mesti yg kedua nak perempuan pulak..
kalau ank sulong tu perempuan, mesti kedua nak lelaki.
tipu laaaaa kalau rasa tak kisah pasal jantina kan. mesti la nak sepasang kalau boleh.
ana sendiri pun teruja nak tau jantina baby A ni..
tapi semua ni aturan allah, kalau tak dapat sepasang pun tak mengapa..
ana pernah tanya suami..abg rasa baby kita ni lelaki ke perempuan ?
abang rasa "perempuan"..kenapa abg rasa perempuan ?
sebab abang yang buat..abg tau la..(erkkk!! tak boleh blah je ayat suami tuh.adoila.haha)
syg pun rasa macam dia perempuan...

ok..First scan, masa tu kandungan baru 6bulan lebih..
pergi klinik bersatu kat bertam tu haa..suka pi kat situ sbb doc ramah. :)
doctor yang sama scan abg amsyar dulu...
masa scan tu,doctor cakap...wahhh! 1 geng ngn si abang..baby boy!
"nampak tak bebird dia ?"
memang nampak bebird tu tp kecik sangat2..
tak macam abg amsyar dulu bebird dia nampak macam kepala penyu.hahaha
ok..doc ckp konfim boy. ana OK ja..x kisah kalau boy pun.
nak bg nama Rayyan "A" jugak..feeling macam anak kembar sikit. :P
bgtau kat suami..dia cakap tak pala boy pun..ok pa, amsyar ada geng! abg pun ada geng.
ok..ibu tak kisah ibu tak dak geng pun..

baru-baru ni scan kali kedua kat klinik kesihatan untuk 8bulan.
doc tanya "awak dah tau ke jantina baby awak ?"
ana "belum doc" ..sorry terpaksa tipu sikit.hahahaha.
doc "owh..kalau sy bgtau tak pa ka ?"
ana " takpa..sy tak tak kisah,,baby apa doc ?"
doc " baby awak perempuan.....tengok sini jantinanya..kalau boy ada bayang kat sini tp sini kosong"
ana "owh yaka....baby girl. :) "
ana pandang skrin tu..tak nampak pulak bebird dia..haishhhhh!! konfius dah ni.
nak kata dia kepit tak pun...memang nampak kosong mcm perempuan!
bgtau suami..abg doc cakap ank kita ni perempuan pulak..
ana kita betul2 nak buat suprise kan...kita duk berteka-teki sekarang ni.heheheehe..
suami ana senyum je..pastu tepon mak dia, gtau scan perempuan pulak.haha.
maklum la mak mertua belum ada cucu perempuan lagi..semuanya lelaki.
andai betul perempuan, mesti dia seronok... :)

haaa..pernah jadi macam ni tak ? situasi yang sama macam ana?
sekarang kalau orang tanya, ana pun tak pasti nak jawab baby apa..
tunggu keluar lah ya...baru konfim.hehe.
dari segi tekaan plak, seriously ramai gila yang teka baby girl..tak tau la kenapa..
tok ana pun teka jugak haa..siap usap perut lagi.."anak hg ni perempuan"
ana hanya mampu tersenyum jela..rasa macam suprise sangat kalini..tak tau boy or girl.
kalau ikutkan hati ana, ana rasa macam girl jugak,tp ana tak berharap laa.
sebab pregnant kali ni tak mengada2 sangat lah...mean tak banyak ragam.
beza sungguh dengan pregnantkan abg amsyar tu...
tapi yang ana perasan, ana jadi seorang yang suka nak naik angin! hihihi..

tak lambat dah..lebih kurang sebulan je lagi syg!
tak sabar nak tunggu kamu keluar nak peluk cium bau baby...
doakan ana n baby selamat di lahirkan ye..semoga di permudahkan..aminnn.
due date 12 FEB 2015.

Monday, 8 December 2014

RESEPIKU :: Cara mudah buat Pearl Homemade


hai..assalamualaikum dan salam sejahtera!

fuhhh! rasa macam lama sangat tak update blog.hehe.ampun!
sekarang ni betul2 sibuk..sibuk dengan melukis henna..
sibuk dengan bisnes ice blended!
alhamdulillah..rezeki musim cuti sekolah.



sorrry..sila tahan air liur masing2..hahahah :P

Ice Blended perisa Vanila di gemari ramai!!
ok..nak cerita serba sedikit tentang ice blended ana ni..
Pearl pink kaler dan filling ala2 hershey stoberi n jagung tu homemade tau!!!
Pearl tu amik resepi dari google, filling tu buat sendiri jela..resepi rahsia ok.hihi :D

Kalau minum ice blended tak da pearl rasa macam tak lengkap jerrr kan ?
ana suka pearl tu sebab liat2..mcm kunyah chewinggum.haha.
duluuuu ana penah dengar org cakap pearl ni tak boleh makan sebab ada bahan apa entah.
tapiiii..kali ni resepi pearl memang selamat untuk di makan tau!

jom kita try buat sendiri.

RESEPIKU :: Cara mudah buat pearl ala2 coolblog

BAHAN-BAHAN
- tepung ubi
- Air panas
- Gula
- Pewarna
(maaf tiada sukatan..main agak je.hahaha)


1. Masukkan air, pewarna n gula secukup rasa..ana takda sukatan.main agak ja.huhu.
Panaskan air sampai mendidih. *ini penting, jangan guna air panas dalam cerek tu.
sebab kalau air tak betul2 panas, bila tuang dalam tepung ubi ia tak jadi doh.

tepung ubi ni sensitif tau..kalau tak percaya cuba korang tuang air biasa dlm tepung tu.
boleh jadi doh tak ??? hehehhehe. sebab tu kita guna air panas.

2. Sediakan tepung ubi dalam satu bekas dan senduk untuk kacau.

3. Tuang air panas ke dalam tepung sambil gaul dengan senduk. 
jangan gaul dengan tangan lagi..hati-hati sebab air panas,.
*itu pun kalau tangan korang boleh tahan panas.hehe
bila dah gaul dan tepung jadi agak melekat-lekat boleh lah di gaul menggunakan 
tangan pula. kalau lembik tambah tepung lagi..kalau keras tambah air panas lagi..


4. uli tepung sampai jadi doh. kalau tak jadi doh itu bermakna air korang tak cukup panas.

5. Uli doh panjang2 dan potong kecik2..pastikan tangan betul2 kering...
gentel jadi bulat2 comei........

6. kalau tak nak melekat2 tabur sedikit tepung ubi ya!!

Cara Masak pulakkk..


rebuskan je pearl ni ke dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan..
bila dah masak, masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk /biasa untuk mengelakkan pearl melekat2.

kalau nak tau dah masak dengan sempurna atau tak..korang tengok pearl korang warna jernih atau
masih ada warna putih dalam tu ? kalau jernih bermakna pearl korang dah masak..
kalau masih ada warna putih2..itu bemakna belum betul2 masak lagi,,

waahhhhhhhh..kemain kan..panjang lebar tau ana bagi tip dan resespi ni.
kalau orang lain simple je..ana siap step by step lagi.hehehe :D

Semoga korang boleh hasilkan sendiri Pearl Homemade ni!
sambil2 tu buat la ice blended sekali..hihi.

Saturday, 29 November 2014

Ngidam ROYAL Puding!


wahh..wah..sakan mak buyong ni tau..
ngidam makanan negeri orang! haha.
duduk kedah tapi ngidam nak makanan negeri pahang.
kenapakah???
haritu ngidam nak makan sambal hitam, itu pun asal pahang jugak.
nasib lah jiran sebelah rumah orang pahang, dia buatkan sambal hitam untuk ana.
sedapppp tauuu! seriussss!

now..ngidam Royal puding pulak..aka Puding di raja.
ni Kes tengok dalam TV.hahahaha..
macam sedap jer...macam best jer..
ana ada jugak la niat konon2 nak buat sendiri royal puding tu..
siap cari resepi kat google, tengok youtube cara buat...hehe
tapi kesudahnya tak buat-buat pun. yela..kos dia mahal ok.
baik beli siap punyaaa..terus ngappp ja..
tengok dalam FB, ada org jual siap boleh COD lagi.yeayyy!
tercapai jugak hasrat mak buyong nie :)


rasa dia sedap!!..cuma agak manis bg ana, mungkin sebab pisang tu manis sama kot.
yang warna kuning tu orang panggil jala emas, di perbuat dari kuning telor.
haaa..kan dah cakap tadi kos mahal la kalau nak buat.
sebiji telor 5kupang kat sini aka 50sen :P
nak buat jala emas ni entah berapa biji telur nak guna.hehe.
pastu ada buah prune, gajus, ceri..kuah tu di buat dari susu cair n telor kot.haha.
makan time sejuk2 best laaa.. :)

alhamdulillah..kenyang sudahhhhhh makan petang :)
anda bagaimana? hihi.

Thursday, 27 November 2014

PROJEK CUTI SEKOLAH :: ice COOL blended


assalamualaikum dan salam sejahtera...
fuhh..fuh..lamanya tak update blog...hihi..
sibuk sangat sekarang nie...
maklum lah baru buat bisnes baru :)
projek cuti sekolah katakan...
lagipun assistant ana cuti sekolah (Adik bongsu)
dia la yang jadi pekerja sampai bulan depan...bayar upah hokey..
itu pun demand macam2..nak gaji banyak ni..nk guna laptop la, Wi-fi lah..
konon2 sambil berniaga nak online lah.
sudahnya dia sendiri sampai tak sempat nak tengok telefon :P


Mula-mula tu memang tak rancang nak buat bisnes Ice blended nie..
rasa macam lawak plak..benda yang tak di rancang tiba2 menjadi.
adik ana byk kali cakap.."hang ni betol ka nk jual ice blended?"
mesti lah nak buat..sebab nak try berniaga depan rumah je..
sebab tengok budak2 ramai kat sini..meriah sangat!
tapi untuk permulaan tu..tipu la kalau tak de rasa malu..
malu weiiii..tup..tup...bukak kedai ice blended depan rumah haaa..
mesti jiran pelikkk..dah la rumah ana tu macam ada tak da orang je.haha.
walaupun duduk rumah sewa tu dah setahun, jiran2 pon kami tak berapa nak kenal.
tudiaaaa la kejaa..sibuk memanjang!! ishhh..ishhh..
majoriti penduduk kat sini kebanyakannya melayu :)

hari pertama kami bukak kedai..hujan turun pulak..
tapi tak pe mungkin hujan rahmat agaknya.
lepas je hujan berhenti..budak2 mula mai menegur kami..
"kak niaga apa? berapa ice blended ni kak?"
budak2 sini sangat peramah..mulut pun boleh tahan.hahaha.
hari pertama kami buat promosi 1cup RM1 jeee...
alhamdulillah..ramai budak2 ha mai try beli..

Hari kedua operasi..ok la..not bad.
ana tak target berniaga terus laku..
mesti ambil masa jugak sebab orang belum tau lagi.
masok hari ke-3..perhhh! berita dah mula tersebar 1 taman..
budak2 kat sini memang kecohhh..pakat2 duk cerita..
"ada orang baru jual ice blended, anak cik maliah"
ehhh..kenapakah nama mak ana yang jdi GLAMOR secara tiba-tiba ?hahahaha
ok..ini LAWAK..mak ana orang kenal sangat..

Kadang2 naik motor nak balik rumah..ada ja budak tegur..
'kak..ice blended tak bukak lagi ka? kami lapaq ayaq ni"
oh..terasa diri glamor pulak.hahaha.orang kenai... :)
ada setengah budak tu..hari-hari mai beli..memang setiap hari akan nampak muka dia.
kejap beli kat orang itu..kejap beli kat orang ini..macam2 la.
jiran2 pun dah teringin nak rasa Ice Cool Blended kami ni.
alhamdulillah..rezeki dari Allah.. seronok berniaga.

ana target nak berniaga cuti sekolah ja..nanti dah bukak sekolah tutup lah,.
tapiiiiiii ramai yang mintak bukak terussss..alaaaa sayang2 oiii..
asisstant ana tu nanti sekolah petang..ana pulak keja.
suami ana tak minat berniaga ice blended ni.huhuhu..sapa la nak ganti :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lepas ni nak jual jagung cawan ke, kacang kuda ke...hehehe.
ada orang request LAKSA..mak aiiii..dah pregnant ni rasa nak muntah je tengok laksa.
macamna nak jual ?hahahaha..
jual BAKSO pun sodap nih...hai fikir..fikir...
best berniaga.. alhamdulillah :)