Monday, 15 June 2015

DIY :: CARA MUDAH ELAKKAN TUDUNG ROSAK


Cara mudah untuk elakkan tudung rosak..
khas untuk korang yang suka pakai tudung menggunakan pin.
terutamanya jenis tudung bawal..atau shawl (wide shawl)
instant shawl x payah cakap lah..x perlu guna pin ponn!

hahh..cerita pasal tudung..,bila dah pin kalau tersilap bukak kaa mesti benang 'tertarik' kan ?
pernah jadi tak ? tak pernah ?? biaq betoiii ? 99% korang tipu.hahaha.
ana tak percaya kalau korang bukak pin tak pernah tertarik benang tuh.
tudung ana banyak rosak..emmm.mungkin ana kasar sgt kot ??
ke..kalot ngn anak2 terus cabut pin..hehehe :P

jom belajar cara DIY yang mudah sangat!
untuk elakkan tudung kita rosak :)

BAHAN-BAHAN.
1. Getah
2. Gunting
3. Pin-pin yang korang ada.

tengok pic di bawah..mudah aje la..hihi





Fungsi getah tu untuk elakkan kain tudung kita tersangkut hujung pin tuh..
itu yang menyebabkan kain tersangkut dan rosak..
Ana dah buat...setakat la ni pakai tudung dah tak dak problem tudung rosak.. :)
korang pun kena try jugak tau!!

Sunday, 14 June 2015

KONGSI SUAMI ISTERI


Perhhh..tajuk entry.. macam pelik bunyinya! hahaha
kongsi suami isteri ? apa tu??
haishhh..jangan pikir bukan2 ya..x kuasa ahkak nak cerita poligami ka pa..
bukan itu la syg2 semua.....
ini lain ceritanya...

dulu kita hidup membujang..
kongsi ngn kawan2..adik2..pinjam baju ke, kasut ke.hihi
pernah buat tak ?? dulu memang muka tak malu..pinjam kat kawan je..

bila dah kahwin ni boleh kongsi macam2 jgk dengan suami..
kongsi makan...kongsi pakaian, kongsi kasut..macam-macam lahh.

ana n suami, kami suka kongsi baju.
untung la jugak sebab badan saiz sama ja.
kalau baju suami x padan dia bagi kat ana..
tapi bila time lipat baju ana x boleh nak asing ini sapa punya!
sebab satu baju dua orang yang pakai.hehehe
baju kami tak pernah pakai sama macam baju kapel tuu..
kalau nak sedondon pon warna baju ja :)

tapi haritu ana terkejut bila tengok dia pakai seluar ana..
seluar tu dah lama beli tau, tapi ana tak muat sebab terlalu besar.
silap saiz...malas nak tukar dah..simpan ja dalam almari.
satu hari en.suami rajin mengemas almari nampak seluar ni.
terus pakai..dia kata elok jugak dia pakai seluar ni...adoiii..
seluar kesayangan tuhhh walaupun ana tak pakai!
nasib dia pakai tak la nampak seluar ladies sgt kan.hahaha

malas nak edit..biar ori.hahaha

ni lah seluar kesayangan ana tuh...
dia dok syok pakai seluar ni skrg..
ni gambar masa pi zoo taiping..
berpeloh habisss ronda seround dalam zoo..hehe

seronok kan kalau kita boleh kongsi barang ngn en.suami.
korang plak macam mana ???? share apa ?
tapi satu ja kami tak boleh kongsi..iaitu kasut!
saiz kaki tak sama :D



Monday, 4 May 2015

SAHABAT





ini lah SAHABAT ana...
dulu..zaman sekolah kami la paling rapat..
siap buh nama geng 'Exult Winky'...haha. (hanya kami ja tau makna)
keluar sama2..bila dah habis sekolah semua buat haluan masing2..
ada yang sambung belajar, ada yang terus bekerja.

ana seorang je yang terus kerja lepas habis sekolah.
niat nak sambung belajar tu ada..
tapi komitmen ana sebagai anak sulung kena sara keluarga.
masa tu abah tak sihat macam selalu...
pernah pi temuduga Uitm, tapi ana x berharap sangat..
tak dapat pon xpa...huhu..*walaupun tringin nk belajar.
sebab mak kata tak mampu nak sara ana kalau pi belajar..
pernah menagisssss sebab rasa down sangat..
jeles tengok kawan-kawan pi belajar...
orang kutuk kerja lekeh...tak pergi belajar.
memang terasa wehhh..masa tu umur 19tahun.
macam2 kerja ana cuba..dah mcm2 pengalaman ana tempuhi..
tapi ana kuatkan diri...kerja..kerja sampai sekarang..
ini yang buat ana lebih matang..

dalam geng ni ana lah orang pertama yang kahwin dulu :)
dalam kelas pun orang pertama!!!
masa nak kahwin semua tekejut sebab ana bukan jenis ada pakwe zaman sekolah.hahaha
nak buat macam mana..jodohku awai. kahwin sajalah. :P

Masa zaman sekolah dulu,
di antara kami Amnie paling pandai. (pakai tudung pink baju meron)
dia anak cikgu sekolah kami.hehe. bab akaun, math kami belajar dari dia ja..
kerana dia lah jugak..ana pulun akaun masa SPM dapat B.
itu pon dah rasa bangga sangat sbb bg ana akaun tu susah.hihihi
sekarang dia dah habis belajar ijazah.
duk mencari kerja dan mencari calon tak dapat lagi.hahahahaha.
sapa yang sudi nak jadi calon bgtau lah ana..ana rekemen.
(jgn marah ye amnie :P )

Natrah (pakai tudung biru) sekarang dah jadi cikgu tadika kemas.
dah berkahwin dan ada anak sorang. Nur Arissa.
jenis cakap banyak..hahaha.. kalau cakap ngan dia sampai esok pun tak habissss.
kalau tak dak dia sepi gak geng kami...

Aidah (tudung kuning) dah habis belajar poli.
keja ofis kot tak silap ana..dah bertunang,.Bakal berkahwin...
nanti kahwin nak sponsor henna kat dia. lengan sampai ke siku. kaki smp ke lutut.
bole ke aidah ???? :D

Mimie (pakai spek mata) dah kerja di pasaraya..customer service.
dah berpunya..duk cintan cintun lagi.. bila nak kahwin xtau.hihi.
mimie n aidah ni rapat macam dua beradik..

Fariza (tudung coklat) haaa..dia ni selalu kena marah ngn kami.
kesian kadang2 depa suka kacau dia..
jenis hati lembut kalah tisu basah :P
manja kemainnnn..tp dia jugak la penghibur kami.

ada sorang lagi nama Salsabila.
anak makcik kantin. masa reunion ni dia x dak..
dah keja sbg cikgu tadika kemas..dah kahwin pon..

alhamdulillah..masing2 dah ada haluan sendiri..
nak jumpa selalu mmg lah susah..
tapi kami tetap rasa rindu nk kumpul sekali mcm zaman sekolah dulu.
seronok sangat!! hang out sama2...
bila berkumpul ramai2 cmni rasa best sangat!!

next planning nak pi berkelah katanya..huhuhu..
harap2 menjadi lah ya kawan-kawan..

# semoga ikatan persahabatan kita ni kekal buat selamanya.

Saturday, 2 May 2015

COOKIES RAYA PALING SEDAP DAN MURAH



Hai assalamualaikum :)
salam sejahtera

kejap je masa berlalu...
rasa tahun ni macam cepat sangat!
bulan depan nak puasa..
lepas puasa dah nak raya..
amboi..tetiba fikir pasal raya pulak.haha
dari semalam lagi ana duk fikir tema warna utk raya ni..
tak habis2 duk tgok online..jamu mata katakan :D
nak beli tak beli jerrr..huhu.

kalau cakap pasal kuih raya..
macam boring jer,..tiap tahun asyik kuih yg sama..kan ?
kuih raya wajib korang apa?
ana suka almond london..wajibb hokey!!

kalau dah rasa boring dengan kuih yg selalu korang makan..
tahun ni jom kita cuba cookies pulak!
tak raya pun boleh ja makan...hehe

cookies ni sedapppp sangat..rangup...
kaya dengan kekacang dan bijirin.
banyak khasiat wehhhhhhh....
cookies ni jenis drop..xda bentuk.
tapi kalau sekali masuk mulut rasa nak berkali2 sampai habis 1 balang.haha :P

Cookies ni di buat oleh Puan Azne.
ni fb dia EMPIRE DELIGHTS
di reka dan di cipta resepinya tersendiri..
memang sedapp.. hai dah berapa kali ulang sedap nih..
tetiba terliur nak makan lagi :D

-----------------------------------------------------------------------
Apa yang best tentang cookies ni ?
☆ 100% produk muslim
☆ bahan-bahan berkualiti
☆ 100% pure butter anchor tanpa bahan pengawet.
☆ Cookies yg kaya dgn khasiat kekacang n bijirin!


ini antara biskut yg di jual untuk hari raya...
bole order sekarang..


1. HABBATUS SAUDA COOKIES



✿ Habbatus Sauda atau Black Seed adalah makanan sunnah. Memakannya mendapat pahala & baik untuk kesihatan inshaAllah
✿ Tidak pahit. Gabungan Habbatus Sauda & doh cookies sangat serasi. Memberikan rasa yang sangat sedap inshaAllah
✿ Sangat sedap. Gebu. Wangi yang menangkap deria anda.

-----------------------------------------------------
2. RED VELVET CHEESE

✿ mengandungi chocolate chips putih & cheddar cheese pelengkap rasa

korang pernah rasa kek red velvet ? haa..macam tulah rasa dia.
ana pernah makan ni.. sedappppppp!!!!

---------------------------------------------------------

3. ROYAL BLACK MUNCH


cookies faberet ana.hihi..dalam cookies ni ada
✿ chocolate chip✿ corn flakes✿ rolled oats

--------------------------------------------------------

4. LAVA CRUNCH



Cookies yang paling HOT dalam carta cookies..walaupun tak cantik.haha
rasanya ? masyaAllah SEDAP.... !!!!!!

Ringan dan rangup, Cookies ini tidak menggunakan tepung, ia mengandungi....
✿ corn flakes✿ chocolate chip✿ peanut✿ colourful chocolate bean

--------------------------------------------------------

5. ALMOND TREASURE


Cookies yang tidak menggunakan tepung..tp banyak khasiat sebab ada...
✿ Almond nibs✿ cereal✿ chocolate compound



--------------------------------------------------------
contoh packing untuk hari raya :)
☆ botol lebih besar
☆ harga masih sama
☆ bahan-bahan berkualiti


Tunggu apa lagi....jom buat order sekarang!

RM 25.00 /botol (tidak termasuk kos courier)
COD Sungai petani, kedah
----------------------------------------------------------------------------------

Nak rasa dulu ?

>>>>> JUALAN PRA-HARI RAYA
*Tiada minimum order
*RM 10/botol (tidak termasuk kos courier)

♡ Anda berpeluang merasai sendiri cookies keluaran kami sebelum menjelang Hari Raya!!!

Berminat ? jgn tunggu lagi! cepat-cepat order...

>> 017-466 3393 (ANA)
sms/ whatsapp


Alang-alang membeli..beli la banyak2, takot tak cukup pulak sebalang.hihihi.

"Melt in your mouth, Stay in your heart" - Azne's Cookies

Wednesday, 15 April 2015

BERSALIN ANAK KEDUA


Assalamualaikum...

Bersalin dah dua bulan..baru nak cerita kan..haha.
ok..ok..ini pun sebab nak jadikan kenangan..
mana lah tau nanti anak2 ibu dah besar..
boleh baca macam mana ibu lahirkan awak dulu2.. :)

pertama sekali ana rasa bersyukur sangat2..
sebab bersalin kali kedua ni pun ALLAH swt permudahkan..
syukur sebab senang bersalin..
lepas ni nak pregnant lagi lah.oppsss!!!!!

bila kandungan ana dah masuk 37weeks...
ana start dah amik cuti 2minggu awai dari tarikh due..
sebab takot bersalin awai..masa amsyar dulu ana bersalin 38week.
sepanjang ana cuti..ana tinggal di rumah mak dengan amsyar..
sebab kalau sakit tengah malam ke..senang nak tinggal amsyar kat mak..
saat menunggu tanda2 kelahiran ni memang berdebar kannn..huhu..
tapi perasaan tak sabar tu lagi banyak sebenarnya!
orang kata setiap anak ni tak sama kelahirannya :)

hari bersilih ganti..pergi checkup 38week..masih belum ada tanda nak bersalin.
kalau ikut abg amsyar ni dah bersalin dah.hehehe.
nurse dah bagitau kalau 12.2.2015 tak bersalin, depa bagi tempoh lagi seminggu.
fuhhhh! harap2 tak la sampai tarikh due..biar awai xpa..tak nak la kena induce. takot!!!.

dan..pada hari itu........(39week)

04.02.2015 (11 malam)
Ana dah start rasa contraction 15minit sekali..
sempat catit dalam buku..tapi rasa contraction tu hanya 2jam sahaja.
lepas tu hilang... ana rasa baby tak mau keluar lagi kot...
tapi en.suami dah get ready kot2 ada emergency..dia pun bermalam di rumah mak.
mak mertua suruh pergi hospital terus tapi ana rasa bukan masanya lagi.hehe
mak mertua ana risau..x nak jadi macam amsyar dulu.. pi hospital terus beranak!haha.
kes emergency gak tu...ana tak turun tanda Keluar darah or pecah air ketuban.
ana hanya sakit pinggang sahaja..sama macam amsyar dulu..

dua hari kemudian...

06.02.2015 (6 ptg)
boring sungguh duduk terperap kat rumah....
ana ajak suami keluar jalan2......nak pergi AmanJaya Mall..
sebenarnya teringin nak beli tudung aidijuma.hahahah..
ana dah terjebak dengan tudung AJ ni...sebab lawa!!!
sempat beli 2 tudung..untuk ana n adik.
ana cakap kat adik "aku nak pkai tudung ni masa pi hospital nanti" :D
(last2 xsempat pakai pun..sarung je tudung yang mana ada)

08.00 malam
settle beli tudung terus balik rumah..masa ni tak rasa apa-apa pun..
sampai ja  kat rumah..lending atas Sofa rumah mak..
tiba2 rasa perut memulas dan sakit pinggang....
tengok jam 5minit sekali sakit!!!! wahhhh..seronok weiii...
bgtau mak.."mak..rasanya macam tanda nak bersalin ni.."
serius ana rasa seronok sangat sebab dapat rasa contraction tu..
mak suruh pi hospital terussss...ana kata.."rilex makk.nak makan kuetiaw goreng dulu bg ada tenaga.."
mak gelak ja...tak padan dengan sakit..wajib isi perut dulu!
lepas makan..pergi mandi..kemas barang sikit...terus ke hospital.

9.00 malam
dalam perjalanan ke hospital..ana cakap kat suami best jugak kalau bersalin malam..
suami  tanya "kenapa ?" sebab senang nak parking.
kalau la ana bersalin siang..tak tau nak cari parking kat mana.hahahah.
lepastu malam2 sejuk..best nak tido dgn baby..
sempat lagi duk borak2 kosong sambil duk layan contraction..
sampai je hospital terus pergi daftar...
eh..sebelum tu bersalaman dulu lah dengan suami..mintak hampun semua.hehe

lepas settle daftar..masuk bilik chek CTG.
lama jugak la tunggu dalam bilik chek jantung baby tu..haishhh..sejam pa...
dengan contraction yang menyerang kadang2 rasa macam tak leh nak tahan..
tapi ana cuba cool..tak nak layan sangat contraction tu..
doc datang chek VE..adoiii..rasa macam nak tertendang doktor tu..kasar sungguh cara dia...
kira ni kali kedua kena seluk..masa amsyar chek VE tak rasa apa dah sbb dah full 10cm!
Hat ni betul2 terasa..huhh!.doktor bagitau..ok 4cm.
nurse bgtau kat suami mungkin dalam masa 4jam lagi ana bersalin.

11.00 malam
sain surat masuk labour room pulakkk....
di sebabkan malam tu ramai yang bersalin..labour room penuh.
ana kena tunggu kat luar dulu sementara staf cuci bilik tuuu..
duduk atas wheelchair dengan contraction semakin kuat..layan ajela..
bila dah dapat masuk bilik..baring..chek CTG lagi...
ana tak tau lah bila ana baring contraction tu lagi kuat..fuhh! berpelohhh...
ana teringat kawan bg petua nak buka laluan cepat..
mengiring ke kiri..kaki kiri bagi lurus, kaki kanan bengkok sikit..
bila rasa contraction..teran sikit..sambil tgn kanan angkat punggung sikit.hehe
ana try jugak lah..memang menjadi..hehehe..

yang best tu..doktor tegur..
doktor :- "eh kenapa puan mengiring ?"
ana :- "saya rasa mengiring lebih selesa.hehehe"
doktor :- seeloknya puan berbaring sebab nak chek jantung baby ok ke tak :)
ana :- tapi doktor sy rasa macam tak tahan dah..rasa macam nak teran..dalam masa yang sama saya rasa sakit perut..risau kalau terberak kat sini.hahahah"
doktor :- biar sy chek dulu..ok puan dah boleh mula teran lepas sy pecahkan air ketuban ni.
ana :- "OK" dalam hati 'tak sabarnya'

Alhamdulillah..tepat pada jam 11.29malam..
ana selamat bersalin,,,sakit yang kuat tadi terus hilang!!
first sekali ana tgok..jantina dia dulu.sbb haritu kan konpius boy or girl.
rupanya boy! :)
syukur! abg amsyar ada geng dah..
yang best bersalin kedua ni..tak dak episiotomy..
cuma ada luka sikit..kena jahit jugak sikit..biasalah kan :)

lepas settle semua..nurse bagi baby untuk menyusu..
alhamdulillah..baby pandai menyusu..kuat pulak tu..hehe..
ana di tolak ke tempat daftar tadi untuk jumpa family..

"keluarga Nurul Fahana?"

sapa pun tak mai masuk...kesian kan ?
rupanya en.suami balik rumah..!!!!
nak call HP semua ada kat dia..
mungkin dia ingat wife dia lmabat bersalin lagi.huhu

lama jugak la ana menunggu en.suami..
nasib baik dia datang..kalau dia datang pagi esoknya..jenuhhh!
tak pakai baju la si baby ni..hehe,.
en.suami terkejut.."la bersalin dah ??? abg ingat lambat lagi..sebab tu abang balik rumah dulu.."
en.suami azankan baby...abah pun datang tengok sat cucu dia ni.
bermalam dengan baby memang best lah..
lama gila tak berjaga malam.
sekarang dah kena berjaga malam. tak apalah..
nanti2 dah terbiasa....mcm amsyar dulu.

itu la kisah bersalin anak kedua..
cerita pon lebih kurang sama je macam abg amsyar kan.
alhamdulillah sekali lagi..umur dah 24tahun dah ank dua :)
HERO-HERO pulak...rasa semangat je kan.
waris ibu ayah..



Nama di beri Muhammad Rayyis Ammar bin Shafize
yang bermaksud Ketua yang memakmurkan dan kuat agamanya.
semoga anak ibu dan ayah ni menjadi ank yang soleh,dan menjadi seorang yg berguna pd masa hadapan!


Wednesday, 21 January 2015

ASB LOAN :: Ada baik buruknya!


assalamualaikum dan salam sejahtera.
huuuu..lama tak update blog kan.
sorry sangat! kadang-kadang tak dak cerita menarik pon..
tapi sekarang baru ada cerita..
ehh..apa yang ana cakap ni ?haha.

ok jangan pening-pening nooooo..
ana just nak share pasal ASB LOAN.
mesti korang jugak tak terlepas di promote oleh pihak bank utk join loan asb ni kan?
bukan tak bagus loan ni..ada baik buruknya jugak!
asb loan ni macam kita pinjam duit bank, tapi melabur guna skim amanah saham.
dividen memang berganda lah berbanding kita menabung biasa tuu..




ana buat loan asb ni dah hampir 3 tahun..
kira ana buat loan ni sebelum ana kahwin lahh..time tu memang duk simpan duit.
setiap bulan ana boleh simpan RM500 utk majlis kahwin ana...
tapi....beberapa bulan sebelum majlis tu..ana 'terpengaruh' dengan kata-kata pihak bank.
yes..festime dengar asb loan ni..depa memang promote habis-habisan.
terang satu persatu nak bagi ana faham..
bila dah ter'join untuk loan asb ni..mak memang marah gilaaaaaaa kat ana.
yela..mau x marah. loan asb ana 50K bayaran bulanan RM 300 selama 25tahun!!!
tapi hanya setahun ja kita menabung, tahun kemudian kita guna duit dividen bayar loan tu.

mak ana memang sound ana lah..hehehe. sebab buat keputusan sendiri.
duit untuk simpan majlis kahwin tu ana dah kena bayar loan. itu yang mak tak setuju.
ok..masa tu ana masih muda..cewaaahhhh! tak fikir panjang ponnn!
apa yang ana fikir..adalah simpanan masa depan.itu yang ana faham..
tapi mak ana memang tak setuju.....
nak batalkan loan tu memang dah tak boleh..

jadi sedar tak sedar dah 3tahun masa berlalu.
setiap bulan bayar loan tak pernah missss...
setiap tahun dapat dividen yang banyak! itu lah duit kecemasan yang ana guna..
duit dividen ni sangat membantu ana time ana sesak..walaupun ana kena cover balik nanti.hehe.
itu antara kebaikan loan ni.. tapi ada part paling best jika kita tahu cara melabur guna asb loan ni.
ana pernah baca dalam internet..memang best! tak payah tunggu 25tahun baru dapat duit tu.
tapi ada caranya.. insyaALLAH nanti ana share. ana pon nak terminate dlm masa 5thn akan datang.

tapi.............yang buruknya :(
ini part yang paling ana tak sukaaaaaaaa...
ASB LOAN ni boleh sangkut kalau kita nak beli rumah or kereta.
kalau kita tak bayar ke..nama boleh blacklist ok!
ana pernah cerita kan ana nak beli kereta ?? wishlist ana tahun 2015.
ok..awal bulan haritu ana ada try buat loan untuk kereta pertama.
tapi kebanyakan bank reject permohonan ana sebab ada ASB loan ni..
alasannya gaji tak stronggg!! serius rasa geram gilaaaa..sebab ana bayar cantik, tak pernah miss.
sekarang pon dah settle payment loan tu setahun guna dividen..
sebelum ana join asb loan tu..ana pernah tanya maybank "kalau sy nak beli rumah or kereta sangkut x?"
katanya "tak, jika bayar elok..."

ana memang tak puas hati..............................
ana try pi maybank nak terminate ASB LOAN tu dengan alasan asb tu menganggu ana nak buat loan kereta or rumah nanti sebab gaji sy tak banyak..
tapi pihak maybank rilex je cakap kat ana "u cari orang lain yang boleh buat loan untuk u"
whaaatttt?? nak pakai kereta sendiri tapi nama orang lain ?
rasa macam putus asa sangat nak beli kereta sendiri tak boleh gara-gara ASB ni..
walaupun bayaran bulanan loan asb tu dah x guna duit gaji dah..

yelah..pihak bank depa kira macamni tau..

contoh :-
Bulanan asb loan : RM 300
Bualanan Kereta : RM 400
Total : RM 700 x 3 = RM 2100

Jadi ana kena ada gaji lebih dari RM 2100 tu..sedangkan gaji ana sekarang tak sampai RM1500 pon :(
walaupun guna grantoooo...
nak tunggu gaji RM 2000 ? entah bila boleh pakai kereta...huhu..

sedih kannnn..kecewa memang lah.
tapi ana tetap tak putus asa!!!!
ana ada try cara lain.........................
semoga ada harapan dan rezeki kali ni...
korang doa2 la ekh..mana tau doa korang allah makbulkan utk ana. :)
mesti korang tertanya2..kenapa tak share dgn en.suami kan ?
ok.suami ana kerja sndiri..pendapatan tak tetap dan tiada slip gaji.
itu masalahnya..sebab tu ana guna nama ana utk beli kereta ni.
mudah-mudahan ada rezeki kali ni..


## luahan hati..
ana rasa macam tertipu..dulu pihak bank pernah cakap kat ana "student pon banyak ambik loan ni untuk masa depan"
sedangkan mereka student mampu bayar ? lepas habis belajar nak kena bayar pinjaman lagi..mcm mana pulak depa nak apply beli kereta? musykilll sungguh!! rasa tertipu! :(

so..apa pendapat korang ? bagus ke tak asb ni ?
bagi ana..bagus utk korang yang susah nak menabung,
dan tak bagus jika korang punya ekonomi tak stabil lagi.huhu.
nanti jadi senasib macam ana...

Tuesday, 13 January 2015

URINE TEST homemade :: JANTINA BABY


Assalamualaikum semua..
korang sihat ka? ana macam biasa la tengah menunggu tanda-tanda kelahiran ni..huhu.
menghitung hari katakan..nervous ?? mestilah........
x tau nak mai rasa sakit yang macam mana nanti :D
turun darah dulu ke, keluar air ketuban ke..atau sakit pinggang ja..
sebab dah ada pengalaman kan..dulu masa nak bersalin amsyar, sakit pinggang ja.
tupp..tup..pi hospital baru pecah ketuban dan dah terbuka 10cm!!
terkejut weehhhh..hahaha.. rasa macam tak percaya anak sulung boleh senang bersalin macamtu.

tapi perlu la ingat setiap anak tak sama pengalamannya...*kata orang
harap2 baby A ni pun semudah macam abg Amsyar jugak..aminnn!
yang paling best pregnant kali adalah SUPRISSSSSEEEEE!!!
kes scan 2 kali berbeza jantina.hahaha.. kejap boy, kejap girl.
sebab tu rasa macam tak sabar sangat nak jumpa baby A ni..!!

sebelum tu ana nak ajak korang buat URINE TEST homemade ni untuk tau jantina baby.
ana pernah buat dah.....hampir 10 kali...hihi.



nak tau RESULT ana ?

URINE + CLOROX = berbuih / pregnant (saja test.hihihi)
URINE + SODA = tak berbuih.

even dah banyak kali try buat tetap result yang sama..
tuang je urine jadi keruh.hahahaha. xdak buih langsung.
adakah baby A ni GIRL ??? benarkah ?
hmmm..petanda lain, puting nenen amsyar terbelah..
eh..itu tips orang dulu2..katanya kalau puting nenen si abang terbelah maknanya girl.
kalau timbul boy. kadang-kadang tak betul jugak.hehehe.

pernah tanya kawan pasal urin test ni, dia pun sama result macam ana..buat banyak kali
siap cakap "entah la ana, buat jadi keruh jugak..ke soda dah expired"..
tapi rezeki dia dapat jugak baby GIRL haaaaa...dah sepasang. :)

ana tak pasti ketepatan urine test homemade ni 100% atau tak..
tapi ana ada terbaca..setiap jantina anak boleh merubah hormon si ibu sebenarnya.
korang pernah tau tak petua potensi nak dapat baby boy sebelum ehem2 tu kena cuci faraj
dengan air soda bikarbonat (beli di farmasi ya) huhu.

kalau nak tahu tepat ke tak..tunggu baby A ni keluar dulu ya!!.hehehe :D
ni just suka-suka je k..ana tak mengharap pun sebenarnya..
yang penting baby A selamat di lahirkan..

update: 36 week sudah :)